CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah hari imbas kandungan, malamnya suami Farah Fakhira meninggal dunia lepas main badminton

1-11-2025 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1907| Komen: 17

 


Kuala Lumpur: Usahawan muda dan pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi, 28, diuji kematian suami tersayang, sebelum sempat menimang cahaya mata pertama yang kini dalam kandungan.

Lebih meruntun hati, pasangan yang mendiri rumah tangga sejak Februari 2021 itu sempat meluangkan masa bersama melakukan imbasan kehamilan pada sekitar jam 1 tengah hari, Khamis lalu.

Suaminya, Zaidul Ariff Abdul Malek disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas pengsan secara tiba-tiba sewaktu bermain badminton pada malam hari sama.

"Jam 1.06 tengah hari imbas kandungan, bayi sudah besar, semua bentuk badan dia jelas dan doktor imbas muka bayi.

"Berjalan dari 3 petang, makan sama-sama sampai kita tunggu solat maghrib dekat luar sebelum balik (ke rumah).

"Sebelum suami pergi badminton jam 10 malam, sempat luangkan masa di rumah berborak.


"Jam 12 tengah malam, dapat panggilan maklumkan Zaidul pengsan dan dikejarkan ke hospital.

"Sampai di hospital saja, dapat tahu awak dah tiada," tulisnya di Instagram Story, semalam.

Dalam satu lagi Instagram Story, Farah Fakhira menyifatkan Zaidul Ariff sebagai suami yang penyayang dan mengutamakan isteri, malah menurutnya tiada sedikit luka pun terhiris ketika mereka hidup bersama.

"Sebelum awak (Zaidul Ariff) pergi, kita pernah berborak antara kita siapa dulu yang Allah akan ambil.

"Tapi jauh sudut hati, saya selalu doa biar saya seorang yang rasa sakit kepergian bagaimana sebab saya tahu tak akan tertanggung bebanan itu.

"Doakan saya boleh lalui kehidupan tanpa awak dan diizinkan membesarkan anak dengan baik.

"Terima kasih sekali lagi sudi hidup bersama saya, sudi sayang saya. Sudi terima saya seadanya.

"Maaf jika saya banyak membebankan hidup awak selama ni. Terima kasih sekali lagi wahai suami.

"Al-Fatihah buat suami yang paling aku cintai Zaidul Ariff Abdul Malek," tulisnya.

Jenazah Zaidul Ariff dibawa ke Masjid Sendeng Jalan Jelebu untuk disolatkan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Paroi-Kuala Pilah, semalam.


Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 1-11-2025 02:07 PM
Ok kesian kat ko dik... but moral of the story nya jangan main badminton ka?
Quote VioletsAre_Blue 1-11-2025 07:14 PM
Decaffeinated replied at 1-11-2025 02:07 PM
Ok kesian kat ko dik... but moral of the story nya jangan main badminton ka?

Malam tak sesuai untuk bersukan sebab badan dah penat. Malam untuk rehat. Al Fatihah untuk arwah.
Quote orkid_amani 1-11-2025 11:08 PM
Biasa sudden death ni sbb jantung kn.. classmates aii dulu pun cakap mlm xpayah laa nk bersulan bagai..kalau nk jugak buat waktu subuh tu..pukoi4-5 pagi katanya
Quote awanysss 2-11-2025 09:58 AM
mohon yang nak bersukan ulangkaji subject biology sekolah menengah pasal anaerobic respiration..
skrg ni dah jd trend bersukan malam2.. boleh tp kena check dan berhati2..

apapun, ajal tetap akan akan berlaku..
meols rasa arwah baik orangnya, insyaallah sedang berehat di taman syurga..
Quote bakingsoda 2-11-2025 02:02 PM
kul 10 malam baru start main, time tu patut dah otw nak lelap. al fatihah
Quote nutcrack8 2-11-2025 02:41 PM
Adoii, malam jgn la bersukan. Nak sihat better tidur.
Mmg malam ni utk rehat ni bantai main badminton. Hormon kortisol menurun waktu malam utk lindungi jantung. Org puang dok pe lg ade estrogen ngan progestron.

Better tidur, nk main badminto, 10pg bole. Tukar timing. Atau petang2
Quote otai_g 2-11-2025 02:43 PM
Fakta malam x bleh bersukan ni sbnrnya Mitos. Actually Kes sudden death ni kalo bersukan siang2 pun blh kena. Bnyk je Kes jd pd waktu siang.
Quote hayrin86 2-11-2025 04:44 PM
VioletsAre_Blue replied at 1-11-2025 07:14 PM
Malam tak sesuai untuk bersukan sebab badan dah penat. Malam untuk rehat. Al Fatihah untuk arwah.

Kan. Kalau musim bola Piala Dunia tgk bola secara langsung jawapannya. Bukan musim bola Piala Dunia, malam untuk rehat termasuk tido awal malam apabila tiada sebarang urusan mustahak/rasmi.

Quote hayrin86 2-11-2025 04:46 PM
orkid_amani replied at 1-11-2025 11:08 PM
Biasa sudden death ni sbb jantung kn.. classmates aii dulu pun cakap mlm xpayah laa nk bersulan baga ...

Jam 4 atau 5 pagi semua masih lagi tidur, cuma yang nak keluar kerja atau sekolah baru bangun awal.

Quote Tinot7 2-11-2025 05:10 PM
Takziah kpd keluarga
Quote lostnfaun 2-11-2025 06:45 PM
Lewat betul dia bersukan start pukul 10. Dari siang mesti dah byk buat kerja lain pastu malam pkl 10 start sukan, bila badan nak rehat sepenuhnya.
Quote B40tastePosh 2-11-2025 07:00 PM
Kita meninggal dengan apa yang kita minat -Acik por
Quote edayildiz 2-11-2025 07:11 PM
tgk gak kt tt..tp satu je nk ckp sempat dia rakam masa dia lari g sepital tu eh...kalau i..i xmmpu nk merakam atau pgg fon..
btw takziah
Quote nutcrack8 2-11-2025 09:51 PM
Sudden death men badminton ble2 bole berlaku tp risiko lebih besar waktu malam.
Quote becir 2-11-2025 11:23 PM
haritu belajar cpr, trainer ckp cardiac arrest semua org ada risiko nak kena, tak kira sihat camne pun
Quote Pumpkinhead 3-11-2025 01:53 PM
Sedihnya....takziah pada keluarga
Quote KamikuP 3-11-2025 02:21 PM
B40tastePosh: Kita meninggal dengan apa yang kita minat -Acik por


Kalau hari2 layan porn, mungkin mati sambil pegang henpon

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064653 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top