CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kejutan! Zaiton Sameon peserta ke-14 GV12

3-11-2025 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1250| Komen: 13

 


Mencipta kejutan, penyanyi veteran Zaiton Sameon diumumkan sebagai peserta ke-14 Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) sewaktu sesi pengenalan peserta konsert minggu pertama yang berlangsung sebentar tadi.

Nama penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu tiba-tiba diumumkan selepas 13 peserta GV12 diperkenalkan.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak produksi GV12 mengenai pembabitan Zaiton sebagai peserta GV12.

Ada juga yang beranggapan kemunculan Zaiton hanyalah sebagai gimik untuk konsert pertama.

Sebelum ini 13 peserta GV12 yang diumumkan sewaktu sidang media ialah Nubhan, Rahmat Ekamatra, Shy8, Korie, Mark Adam, Iskandar Ismail, Ruri Repvblik, Mendua, Freshies, Shae, Datuk Elaine Kang, Mell Sakura dan Krisya. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 3-11-2025 09:19 AM
gimik jer kan.. dia bukan peserta pun.
nextttttt...
Quote Cpkay 3-11-2025 09:56 AM
boleh ke dia nak menghafal lirik lagu lagu cabaran tu .. macam mustahil je
Quote hart_attack 3-11-2025 09:59 AM
Baru je jumpa dkt kenduri kahwin ank tengku, kak eton dgn ifa raziah dan tega jd penyanyi jemputan dorg. Sihat je dia
Quote BungaKencana 3-11-2025 10:42 AM
acik eton tak payah la join... karang kne bawa lagu rancak mcmana, acik dah tak kuat lg
Quote vender 3-11-2025 11:20 AM
Dok imagine mcm mana juri nak komen nyanyian dia. Kalau kasar kang nangis . Kalau lembut sgt tak adil pula utk peserta lain..
Quote kucingitam 3-11-2025 11:21 AM
tak kompeten dah kak eton ni.. penganjur tlg jgn menangguk di air keruh demi menaikkan rating gv yg dah sendu..mementang kak eton bnyk peminat..
Quote blakcswan 3-11-2025 05:00 PM
nyanyi berdiri tiang je lah.mcm acik shima dlu.

igt dulu dia nyanyi kt muzik2 final..masa dia tarik lagu menaruh harapan.
dulu aku sendiri kini masih sendiri hadapi hidup ini.susah senangku diriku....lalalalla

lps tu eksiden...lagu tu dari masa depan kot..blh tau kisah masa dpn dia.
apa2 pun aku kesian ngan acik eton.
Quote sharlenetexas 3-11-2025 11:13 PM
Larat ke tu?


Quote lasagna 4-11-2025 08:46 AM
bila laa kak melah nk join gv ni..
Quote noor2 5-11-2025 07:56 AM
Moga acik ni berubah ..ketepikan hiburan ...moga dimurahkan rezeki
Quote redz85 5-11-2025 08:16 AM
takut eh cara Allah tegur dia...

Nauzubillah min zalik

Quote makadek 5-11-2025 08:21 AM
kesian nek eton dia tk bole nyayi sgt mungkin nk buat ramai2 penuhkan qouta mggu ketama dh kena kick
Quote dekmieDandy 5-11-2025 09:33 AM
time dia sihat sikit haritu tak ajak pulak

ni jalan pun dah tak larat gi ajak masuk

apoo, btw gv tahun ni pun skip jugak kot. rasa dah 2-3 tahun jugak skip

boring entah lagu benda dok suruh nyanyi, berulang-rulang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045176 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top