CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq raih RM1 juta untuk Muar, tamatkan Ironman Langkawi bawah 13 jam

3-11-2025 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1493| Komen: 22

 


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 di Langkawi hari ini dengan catatan masa bawah 13 jam.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, Syed Saddiq mencatat masa 12 jam 22 minit sekali gus meraih sumbangan RM1 juta bagi penduduk Parlimen Muar.

"Terima kasih," ucap beliau menerusi satu hantaran video ringkas memaparkan dirinya menamatkan cabaran itu sebentar tadi yang dikongsikan di Facebook.

Video berdurasi 25 saat itu juga menunjukkan Syed Saddiq menangis kegembiraan sebaik melepasi garisan penamat.

Terdahulu media melaporkan, Ahli Parlimen berusia 33 tahun itu bertekad menamatkan acara sukan lasak terulung negara, Ironman Malaysia 2025 dengan catatan masa bawah 13 jam.

Usaha itu dilakukan bagi meraih sumbangan RM1 juta yang dijanjikan untuk disalurkan kepada penduduk Muar sekiranya beliau berjaya menamatkan cabaran berkenaan.


Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyahut cabaran berkenaan yang dilontarkan syarikat pengeluar fesyen tempatan, Prima Valet (PV).

Menerusi perkongsian di laman Facebook dan aplikasi TikTok kelmarin, Syed Saddiq menegaskan cabaran itu disahut demi kepentingan rakyat dalam usaha membantu penduduk di kawasannya.


Sumber: – BH
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 3-11-2025 04:35 PM
Tahniah..
Quote Purestteam1 3-11-2025 05:55 PM
hebat... kita 6Km pun mcm nk putus nyawa
Quote cm_vungtau 3-11-2025 06:26 PM
Kau ni takde kerja ke dekkkk?

Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja atau retired dah. Celah mana ko bekerja dik non?

Apa kabar laki Vivek Usop yang terpaling Iron Man dulu?
Quote sharfox 3-11-2025 11:59 PM
cm_vungtau: Kau ni takde kerja ke dekkkk? Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja atau retired dah. Celah mana ko bekerja dik non? Ap ...

Dia dpt rm1 juta. ko komplen, dpt apa?

Quote pocongkiutss 4-11-2025 12:46 AM
sharfox replied at 3-11-2025 11:59 PM
Dia dpt rm1 juta. ko komplen, dpt apa?

Kalau bangnon menang baru dia puji kut..ahahahah..bygkan umur warga emas berjaya tamatkan iron man
Quote otai_g 4-11-2025 02:33 AM
cm_vungtau replied at 3-11-2025 06:26 PM
Kau ni takde kerja ke dekkkk?

Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja ...

Ada je peserta ironman tu yg bekerja. bkn semua yg masuk tu x de kerja. Abeh x de kerja mcm mn nak beli dia punya gears dgn bayar yuran penyertaan? Nak sewa hotel lg. Bukan murah2 ye. Kalo b40 mmg x hadap la nak buat bnd2 ginih.
Quote Samerosie 4-11-2025 08:01 AM
cm_vungtau replied at 3-11-2025 06:26 PM
Kau ni takde kerja ke dekkkk?

Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja ...

Adik i ultra trail runner dan bekerja full time kat glc. Every year derang dah tau dah apa event akan keluar so derang akan apply cuti siap2.  My sis under veteran category, sama juga dgn ironman ni dia ikut category umur.  My sis was sponsored by on, then running lab.  Tapi sekarang dia run free agent sbb dah tak boleh nak commit for these brands.
Quote Samerosie 4-11-2025 08:02 AM
otai_g replied at 4-11-2025 02:33 AM
Ada je peserta ironman tu yg bekerja. bkn semua yg masuk tu x de kerja. Abeh x de kerja mcm mn nak ...

Ye betul.  Yg selalu menang dlm category dia akan di approach oleh sponsors.  Tp hotel transport mmg sendiri lah.
Quote Samerosie 4-11-2025 08:05 AM
pocongkiutss replied at 4-11-2025 12:46 AM
Kalau bangnon menang baru dia puji kut..ahahahah..bygkan umur warga emas berjaya tamatkan iron man ...

Semua sports event ada category umur masing2 so mcm yg veteran dia adalah timing sendiri tak sama yg category muda cam ss ni.  Tp mmg kalau dah minat, training dia tak akan miss sbb kalau miss badan rasa lemau.
Quote putribonda 4-11-2025 08:33 AM
Ironman ni sama tak dengan yang KJ masuk tu. KJ 8 jam tak silap. lepastu peserta tempatan paling pantas pun 5 jam rasanya. aku tau sbb tengok kat berita tb3.

ke ironman ni ada kategori2 dia.
Quote Samerosie 4-11-2025 08:51 AM
putribonda replied at 4-11-2025 08:33 AM
Ironman ni sama tak dengan yang KJ masuk tu. KJ 8 jam tak silap. lepastu peserta tempatan paling pan ...

Semua sports event termasuk ironman ni ada age category.  Kalau tak, pingsan la yg tua nak compete dgn yg muda.  So for each ahe category, ada la timing2 dia habiskan.
Quote talapia 4-11-2025 09:21 AM
putribonda replied at 4-11-2025 08:33 AM
Ironman ni sama tak dengan yang KJ masuk tu. KJ 8 jam tak silap. lepastu peserta tempatan paling pan ...

KJ half iron man kan? kali ke 3 join katanya.. tapi x go for full.. dia pon umur dah berapa.. so mmg x merasa la kot full iron man.
tak sure kali ni sape je celeb yg join..
last year or previous one klau tak silap Aliff Satar berjaya habiskan full iron man
this year Syed Saddiq lak..
suka vibe camni..
Sir Fathi MC+ tu pon join for half iron man..
tu mmg stok2 runner la.. pantang ada marathon smua join
Quote Perawankota 4-11-2025 10:19 AM
1 juta tu memang hadiah dari Ironman or dari mana?
Quote putribonda 4-11-2025 11:12 AM
Samerosie replied at 4-11-2025 08:51 AM
Semua sports event termasuk ironman ni ada age category.  Kalau tak, pingsan la yg tua nak compete ...

i see..ada kategori umur lah ya.
ingat YBSS dng KJ kategori yg sama.
dasyat lah KJ kalau kategori sama tp 8jam je.
thank you u
Quote Samerosie 4-11-2025 12:21 PM
Perawankota replied at 4-11-2025 10:19 AM
1 juta tu memang hadiah dari Ironman or dari mana?

Kan dlm artikel kata dia akan dapat sumbanga tu kalau dia habiskan ironman race.  Maybe ada la corporate2 yg sumbang.  Kalau ironman betul 1st sampai 3rd place je.
Quote Skuau 4-11-2025 12:23 PM
cm_vungtau replied at 3-11-2025 06:26 PM
Kau ni takde kerja ke dekkkk?

Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja ...

kan dia tgh cari duit tu tuk Muor..1 juta...cakap lu...
Quote ninja boy 4-11-2025 03:40 PM
Edited by ninja boy at 4-11-2025 03:43 PM

Wah wah
Quote Mimo.mimo 4-11-2025 03:57 PM
putribonda replied at 4-11-2025 11:12 AM
i see..ada kategori umur lah ya.
ingat YBSS dng KJ kategori yg sama.
dasyat lah KJ kalau kategori  ...

KJ half ironman. Itupun dia kata almost dnf. Ss full ironman.
Quote akies 4-11-2025 04:17 PM
Perawankota replied at 4-11-2025 10:19 AM
1 juta tu memang hadiah dari Ironman or dari mana?


Dr prima valet. Kalau dia berjaya habiskan cabaran
swim sejauh 3.8km, bike 180km dan run sejauh 42.2 km
kurang 13jam.

Syed sadiq berjaya habiskan dalam 12jam lebih.
Barai nau muka dia masa last loop.
Org sorak2 kt dia buat dek je

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043047 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top