CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kami tidak mampu berpindah dalam masa singkat” - Penduduk di kawasan Batu 11 Gombak

3-11-2025 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 939| Komen: 9

 


GOMBAK – Penduduk di kawasan Batu 11 Gombak merayu campur tangan segera pihak berkuasa serta pemimpin politik selepas menerima notis kedua daripada Jabatan Perhutanan Selangor yang mengarahkan mereka mengosongkan kediaman masing-masing selewat-lewatnya 10 November ini.

Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Rantau Utara Batu 11 Gombak, Norfahizariha Darus, 37, berkata mereka sebelum ini telah menerima notis pertama pada 15 Oktober 2024 yang melibatkan 24 buah rumah, namun diberikan penangguhan tanpa tarikh tetap.

Bagaimanapun, pada 9 Oktober lalu, penduduk sekali lagi menerima notis baharu yang memaklumkan mereka perlu mengosongkan rumah dalam tempoh sembilan hari sahaja.

“Kami dah buat macam-macam. Surat sudah dihantar kepada ketua kampung, penghulu, pejabat daerah, pejabat Menteri Besar, termasuk pejabat politik Timbalan Perdana Menteri. Kami juga serah salinan kepada pejabat perhutanan serta pihak masjid.


“Kami bukan mahu melawan, kami hanya minta penangguhan kerana keadaan kami tidak mampu berpindah dalam masa singkat,” katanya pada siang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Timbalan Pengerusi Kampung Gombak Batu 11, Normala Baharim, 38, berkata pihaknya turut membuat laporan polis bagi melindungi diri sebagai wakil penduduk sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, tindakan mengadakan sidang media bukan bertujuan menentang pihak berkuasa, tetapi semata-mata mahu menarik perhatian pemimpin agar turun padang dan mendengar rintihan rakyat.

“Sekarang sudah tinggal sembilan hari. Kami dah naik turun pejabat, tapi belum ada satu pun jawapan yang pasti.

“Ke mana kami nak pergi? Ke mana arah kami selepas rumah dirobohkan?” ujarnya.

Menurutnya, sebahagian besar penduduk terlibat terdiri daripada golongan B40 dan warga emas yang tidak berkemampuan menyewa rumah lain dalam masa singkat.

“Selepas notis pertama tahun lepas, ada seorang ayah jatuh sakit jantung sebab terlalu tertekan bila tahu rumahnya akan diroboh. Rumah kami pun bukan besar, sudah uzur, tapi itu satu-satunya tempat berteduh.

“Kalau nak pindah rumah sekarang, sewa pun RM900 sebulan, deposit dua bulan tambah satu bulan air semuanya lebih RM3,000. Itu belum termasuk upah lori, buka bumbung atau pindahkan barang,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan perobohan itu mempunyai kaitan dengan projek pembesaran Lebuh Raya Pantai Timur atau faktor lain, memandangkan tiada penjelasan rasmi diterima daripada mana-mana pihak.

“Kami ni anak Gombak, rakyat Malaysia, ada kad pengenalan biru, bukan warga asing. Jadi tolonglah kami.

“Turunlah pemimpin-pemimpin yang berjawatan tinggi, tengok keadaan kami. Bantulah kami,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa dapat mempertimbangkan semula tarikh pengosongan tersebut bagi memberi ruang kepada penduduk mencari penyelesaian yang lebih wajar dan berperikemanusiaan.  


Sumber: – Kosmo
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 5-11-2025 12:32 AM
Setakat kan tanah bergeran tapi pusaka pun kena halau dengan adik beradik.
Quote eyansss 5-11-2025 03:21 AM
first notis setahun yang lepas, tak sempat mende…
Quote renko 5-11-2025 08:36 AM
berdarah indon ke ni
Quote airfilterkotor 5-11-2025 08:42 AM
Ooo... penyewa rupanya.
Yang dapat pampasan, pemilik rumah sewa.
Quote bulalof 5-11-2025 09:00 AM
penempatan kampung baharu juga yg selamat ya?
Quote Samerosie 5-11-2025 09:15 AM
Kenapa nak pindah kena buka bumbung rumah pula?  
Quote talapia 5-11-2025 09:29 AM
tanah kerajaan ke camne ni? miss pulak issue ni..
tapi first notice setahun yg lepas.. bukan usaha nak cari rumah.. tapi usaha anto surat bagai mintak tangguh..

kenapa dorang kena kosongkan rumah? tanah lot ke.. tanah gomen ke..
Quote afie_m 5-11-2025 09:39 AM
notis thn lepas, ada masa kalau cari tu, cuma nak tahu, tanah tu tanah kerajaan atau sendiri..
Quote pengecatbintang 5-11-2025 10:35 AM
afie_m replied at 5-11-2025 09:39 AM
notis thn lepas, ada masa kalau cari tu, cuma nak tahu, tanah tu tanah kerajaan atau sendiri..

katanya Jabatan Perhutanan terlibat

agaknya Rizah Hutan lah kott

kalo Rizab Hutan

agaknya nya macam kes ceroboh tanah hutan tanam durian kat Raub

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040752 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top