CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Maafkan abah, Bilal, jika wujud butang padam…’ - PU Riz

3-11-2025 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4107| Komen: 72

 


Empat tahun berlalu, pendakwah bebas PU Riz kesal apabila masih ada segelintir netizen mengungkit isu lama membabitkan dakwaan dirinya merentas negeri sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika fasa pandemik Covid-19.

PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 30, berkata, perkara yang dijadikan bahan gurauan serta sindiran sehingga ke hari ini itu melampau sekali gus melukakan perasaannya.

“Amati baik-baik apa yang ingin saya tulis kerana emosi saya benar-benar penat dan saya rasa ‘it’s about time’ mulut-mulut yang tiada hemat dan hormat pada agama diberi peringatan.

“Tidak mengabaikan apa yang terjadi di Nilai dan penceritaannya, peristiwa itu menjadi sebahagian daripada sejarah hidup saya. Buat kali pertama, saya menempuh satu peristiwa durjana yang perit ditelan.

“Walaupun akhirnya mahkamah sudahpun membuat keputusan, kesannya pada hidup saya amatlah menakutkan. Percayalah, tiada satu pun sisi diri saya yang menginginkan hal ini berlaku,” tulisnya dalam hantaran di laman sosial.


Dalam perkongsian sama, suami kepada pelakon dan usahawan, Neelofa itu, tidak menafikan timbul rasa bersalah dalam diri terhadap anak sulungnya, Bilal setiap kali mengenang insiden berkenaan.

Apatah lagi ketika itu isterinya sarat hamil putera sulung mereka yang membuatkan kekecewaannya berganda selain mempersoalkan kemampuannya sebagai seorang bapa.

“Kita yang tua bangka ini pun tertekan, apatah lagi keadaan anak sulung yang masih dalam rahim ibunya. Tuhan sahajalah yang tahu.

“Rentetan peristiwa itu, kadang-kadang hadir suara kecil berbisik dalam fikiran, ‘kau bukan seorang bapa yang baik’.

“Sehingga hari ini, setiap kali mengenangkan peristiwa itu, saya akan memeluk Bilal dan memejamkan mata, sambil berbisik padanya ‘Maafkan Abah, Bilal’,” tulisnya.

Menurut Haris lagi, perkara lain yang mencetuskan kekesalan adalah apabila seseorang yang dianggap sahabat turut menjadikan insiden berkenaan sebagai ‘modal’ satu program lawak.

“Kami juga insan biasa yang ada kekurangan, tidak pernah kami nafikan dan keadilan perlu ditegakkan. Kami pertahankan apa yang benar dan diizinkan Tuhan. Alhamdulillah.

“Belum lagi saya cerita mengenai pelawak yang kontang idea, mengotak-katikkan maruah saya di hadapan ribuan, bahkan jutaan rakyat Malaysia. Semasa panggilan, skrip diberitahu mengenai watak ustaz. Langsung tiada disebut awal-awal isu peribadi akan dimainkan.

“Tambahan pula, yang mempelawa itu sahabat baik dalam program Pencetus Ummah suatu ketika dahulu. Dengan sangkaan baik dan persahabatan yang kukira suci, dirobek begitu sahaja demi mengejar ‘rating’ yang entah ke mana arahnya,” ujarnya.

Akui PU Riz lagi, rakannya masih menyimpan mesej dikirimkan yang menzahirkan rasa memandangkan insiden berkenaan turut memberi tempias terhadap keluarga.

“Sahabat saya tidak ramai. Maka jika berkawan, saya bersahabat sungguh-sungguh. Walaupun demikian, kerana hal ini sudah lama berlalu, saya maafkan.

“Jika masa boleh diundurkan, dan jika wujud butang padam, inilah detik yang ingin saya padam jauh-jauh dari hidup saya.

“Percayalah ia bukan sesuatu yang mudah buat keluarga kami. Walaupun hampir empat tahun berlalu, komentar seperti ‘Karpet ada jual tak?’, ‘Nilai kat Selangor ke?’ masih muncul di media sosial,” tulisnya.

Akui PU Riz lagi, dia sekadar meluahkan isi hatinya kerana semua keputusan sudah dibuat mahkamah.

“Tiada apa yang boleh saya lakukan. Tulisan ini juga bukan satu desakan atau permintaan.

“Suara sumbang seperti, ‘kan kau yang cari hal, kau tanggunglah’, ‘dah buat, lepastu nak koyak’. Saudara, kita negara hukum. Bukankah mahkamah tempat kita merujuk dan menegakkan keadilan? Kes sudah dibicarakan dan keputusan sudah dikeluarkan.

“Ini sekadar penceritaan dan luahan kekesalan. Saya tidak mengharapkan apa-apa, kecuali urusan baik saya disampaikan Tuhan,” katanya.

Terdahulu, PU Riz dan Neelofa tidak didakwa berkaitan kesalahan rentas negeri selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara.

Kertas siasatan dibuka selepas pasangan itu dipercayai merentas negeri dan berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan pada Mei 2021.  

 

Sumber: – Kosmo
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bankerpencen 3-11-2025 10:11 AM
Err memang ko buat salah kan? Padan muka la
Quote LaskarHijayu 3-11-2025 10:15 AM
Confirm ke tu je satu yg nak di delete kalo boleh di delete ustaz?

Ini soalan....
Quote alieyrina 3-11-2025 10:23 AM
Lerr ingat pasal gambar tuut.  Rentas negeri rupanya
Quote KBW2 3-11-2025 10:28 AM
Sebenarnya mahkamah buat DNAA ke atas derang ni (dilepas tanpa dibebaskan), iols rasa salah satunya sebab Jahkepam tengah preggo ketika itu dan derang dah bayor 3 kompaun X 10000. Ini semua hanya game jah, kalau mahkamah putus tak bersalah sepenuhnya nanti public maroh yedak, sebab marhaen biasa siap kena penjara atas kesalahan sama, malah lebih kecik pun ada. Begitulah adat undang-undang di donia ini, tiada kesamarataan. Ko plak nak ungkit-ungkit pesaipa ? Masih angkuh ya? Walau dia tulis dia kesal, tapi dia tak kedengaran nyesal pon, lebeh pada dia nak luah rasa tak puas hati kepada orang luar yang dok momok dia lagi pasal tuh.
Quote duricinta 3-11-2025 10:31 AM
dh mmg ko yg buat salah, org lain bole ikut peraturan, knp ko x boleh? nak2 plak semua org kenal, tanggung la akibat perbuatan sendiri, x yah nk gunakan anak plak utk simpati..btw knp nk ungkit balik cter dimalukan kt tv tu, klu jep x mention pun mmg semua org tau dh, telan sendiri je la
Quote BungaKencana 3-11-2025 10:33 AM
slh sorang yg pernah buat lawak kapet nilai ni Jep dlm Sepahtu Reunion... mmg berubah muka pak PU tp da mmg slh kau, aku ni makcik kne pkul smpai mati pun tak dpt rentas daerah waktu tu.. hadap jelaaaa
Quote gangerina 3-11-2025 10:59 AM
halah2 mcm budak kecik nak mengadu kt  mak...ape benda laaa
Quote sudirmanistas 3-11-2025 11:04 AM
BungaKencana replied at 3-11-2025 10:33 AM
slh sorang yg pernah buat lawak kapet nilai ni Jep dlm Sepahtu Reunion... mmg berubah muka pak PU tp ...

I'olls punya dah lupa kes tu, ingt kan Jep bahan karpet sbb figura dia yg mcm pakistan haha
Quote menjad 3-11-2025 11:21 AM
Alahai.... Kemain simpan sakit hati smp larrr. Cuba lah berjiwa besar. Simpan dan xperlu diungkit lagi.
Quote kucingitam 3-11-2025 11:37 AM
alah ngadenya..
Quote prettyuglybabe 3-11-2025 12:30 PM
banyak hal jugakkan dia ni..
bebed leak..
kawin pun tak ikut peraturan pkp..
gi langkawi gi nilai masa pkp..
Quote Aneem 3-11-2025 12:32 PM
Edited by Aneem at 3-11-2025 12:34 PM

Rentas negeri dianggap peristiwa durjana ek
Yg bebird bergentayangan level apa?
Tny dengan nada sopan santun
Quote NuansaBiru 3-11-2025 12:32 PM
Jangan nak coba2 raih simpati sangat lah
Ko takkan menang dari segi persepsi
Yg kau cuma akan dapat ialah ia akan mengingatkan semula masyarakat dlm kecurangan pelaksanaan undang2, oleh pemerintah tika itu, bahawa ada 2 set undang2, satu utk rakyat bawahan, satu utk kelas atasan/selebriti
Bodoh la cubaan penyucian ko ni  
Quote Purplehaz 3-11-2025 12:46 PM
Pu kapet
Quote asfaz 3-11-2025 12:48 PM
Hakikatnya kau mmg salah sb langgar ,tak payah spin membabitkan anak.
Quote BoongaKertas 3-11-2025 12:48 PM
tp dari ayat dia, kenapa iols rasa mcm its not SORRY tp dia mcm more meluahkan jer perasaan? lol.
Quote sleepandream 3-11-2025 12:52 PM
mesti set2 dia gurau boleh, orang lain gurau bahan dia tak boleh...
Quote KBW2 3-11-2025 12:53 PM
NuansaBiru replied at 3-11-2025 12:32 PM
Jangan nak coba2 raih simpati sangat lah
Ko takkan menang dari segi persepsi
Yg kau cuma akan dapat  ...


Quote LaskarHijayu 3-11-2025 12:55 PM
BoongaKertas replied at 3-11-2025 12:48 PM
tp dari ayat dia, kenapa iols rasa mcm its not SORRY tp dia mcm more meluahkan jer perasaan? lol.

Mmg pon.........

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046470 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top