CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai minta Jojo lawan Yusof Azmi

4-11-2025 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 907| Komen: 15

 


PETALING JAYA – Kekecohan yang berlaku terhadap penganjuran sukan seni bela diri Warzone World Championship (WWC) nampaknya tidak terhenti begitu sahaja.

Teguran yang dilakukan oleh atlet kebangsaan, Johan Ghazali terhadap penganjur yang juga Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusof Azmi sebelum ini juga telah menjadi isu hangat.

Malah, Yusof turut membalas teguran tersebut semalam dengan menaikkan kenyataan balasnya menegaskan bahawa kejohanan berkenaan tidak menggunakan sebarang dana atau tajaan daripada mana-mana pihak luar, termasuk Johan sendiri.

Kementerian Belia dan Sukan juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejohanan tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak mereka.

Namun, orang ramai mempunyai cara penyelesaian mereka apabila mencadangkan agar perlawanan antara Johan atau Jojo Ghazali dengan Yusof perlu diadakan.


“Kalau ada perlawanan tu, aku rasa lagi tinggi penonton. Johan tegur cara baik pun dia tak nak pakai. Mungkin dengan perlawanan kalau saudara tu nak senyap kali ini,” kata Jo Blanko.

“Aku nak sangat tengok yusof ni lawan Jojo, kalau tak Jojo bagi sahaja dengan adik dia Miki. Kalau dia memang nak cari duit la,” kata Hiesham.

“Kadang-kadang saya tak faham, sukan yang jadi persahabatan pun mereka ni cipta buat bergaduh, budak kecil pun ikut sama. Betula nak selesai benda ni baik dua ni lawan,” kata IlhamMarzuki82.

Terdahulu, Johan menegur kejohanan WWC telah merosakkan sukan bela diri yang diminatinya apabila mencampurkan elemen kekejaman dan lakonan untuk mempromosi dan memperkenalkan kejohanan tersebut.

Johan beranggapan cara tersebut bakal merosakkan sukan tersebut apabila ditonton oleh generasi muda. Menurut Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, teguran itu bukan untuk menunjukkan sikap kurang ajar dengan orang lebih dewasa. 

Sumber: -KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahcyber 4-11-2025 05:03 PM
Takyah la..Sesama negara dan bangsa, selesaikan secara hikmah. Kalau ada perlawanan, takkan berakhir macam tu je. Orang luar yang seronok tengok kita bergaduh.
Quote pooh~key 4-11-2025 05:04 PM
Dek jojo my love sissy.
Quote maxgamer82 4-11-2025 05:22 PM
itu yang kanda sifir nak, boleh buat duit
Quote azimodin 4-11-2025 05:25 PM
Kemain penyonkong semborit.. siap cakap anytime YA boleh KO kan jojo, asalkan fight with no rules katanya. Penjuang bangsa konon...
Quote pooh~key 4-11-2025 06:10 PM
IMG_5334.jpeg

My baby sissy…
Quote Skuau 4-11-2025 06:18 PM
"sekali orang ketis..bertabur tulang rusuk engkau"-Tuan Director Ahmad Nisfu
Quote Kitty_catz 4-11-2025 06:25 PM
mesti ucop tengah shaking
Quote Purestteam1 4-11-2025 07:18 PM
x yah la Jojo... bukan level jojo... biarla pihak tu shaking tebuk lantai
Quote PinkyPie 4-11-2025 08:29 PM
azimodin replied at 4-11-2025 05:25 PM
Kemain penyonkong semborit.. siap cakap anytime YA boleh KO kan jojo, asalkan fight with no rules ka ...

Ayahanda2 ikat perut nak beli tiket heolz
Quote sharlenetexas 4-11-2025 09:45 PM
Akak sokong jojo dan miki. Kemsalam kat ayah ye.


Quote sharlenetexas 4-11-2025 09:47 PM
pooh~key replied at 4-11-2025 06:10 PM
My baby sissy…

Gatal ya kakpooh.
Semoga dikjojo dan miki jaga burung elok2. Jangan bagi terlepas kat tenet. Malu mak ayah.





Quote JahLupa 4-11-2025 10:04 PM
Kasi hantam je mamat tu jojo. Semak pulak nengoknya
Quote pooh~key 4-11-2025 11:15 PM
sharlenetexas replied at 4-11-2025 09:47 PM
Gatal ya kakpooh.
Semoga dikjojo dan miki jaga burung elok2. Jangan bagi terlepas kat tenet. Malu  ...

Akak susah nak behave pabila jojo kiriman syurga muncul sissy.
Quote B40tastePosh 4-11-2025 11:33 PM
Kes apa bergaduh ni??!
Quote s@s@ 5-11-2025 09:00 AM
lakonan ja tu.... buat hiburan, x yah amik serius

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.094524 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top