CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia maut ditembak di Sungai Golok didakwa pernah serang suspek sampai parah

5-11-2025 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2520| Komen: 33

 

SUSPEK kes bunuh warga Malaysia di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand pada Sabtu lalu dikatakan pernah dicederakan mangsa beberapa bulan lepas.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, suspek berusia 31 tahun yang juga bekas penjaga gol pasukan bola sepak Kelantan itu didakwa ditetak mangsa hingga dimasukkan ke hospital.

"Kes tembak mati di Sungai Golok rupanya mereka memang ada isu, penembak tu sebelum ni dah pernah kena tetak oleh si mati," dakwa seorang pengguna Threads.

Pengguna itu juga berkongsi rakaman suara dan video dalam dialek Kelantan serta gambar yang menunjukkan kesan kecederaan yang dialami suspek.

 


Antaranya kesan jahitan di bahagian kepala dan tangan.

Pengguna itu juga mendakwa empat bulan lalu mangsa dan isterinya bertindak mengambil jongkong emas dan memukul kepala suspek.

Selain itu, mangsa juga didakwa menikam suspek yang menuntut hutangya berjumlah RM2,000.

Terdahulu, media melaporkan seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut ditembak dua individu di rumahnya dalam kejadian pada lewat petang Sabtu.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 18 kesan tembakan pada tubuh mangsa, termasuk di bahagian badan dan leher.

Keesokannya pada Ahad, suspek yang merupakan bekas pemain Kelantan FA tahun 2019 ditahan selepas tampil menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok.

Suspek turut menyerahkan pistol yang digunakannya kepada pihak berkuasa negara tersebut.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 5-11-2025 07:53 PM
Gedebe


Quote pooh~key 5-11-2025 08:03 PM
Alah it’s ok sissy yang mati tu yang tak handsome sissy.
Quote krustykrab 5-11-2025 08:05 PM
Mcm dah boleh agak kalau tak pil kude mesti emas.
Quote Kiahlemau 5-11-2025 08:23 PM
Ko dah la duduk tempat org lepas tu carik pasal...tak pasal2 pindah alam.
Quote Pumpkinhead 6-11-2025 09:55 AM
personal issues ni...hurm
Quote akuMNdia 6-11-2025 10:10 AM
wahhhh...jongkong emas?
besar mana jongkong emas yg digunakan tu?
Quote eetodee 6-11-2025 10:20 AM
dah baca dua2 side cerita. Memang kes dendam ni. giloooo.
Quote prettyuglybabe 6-11-2025 11:12 AM
terus terbukak aib sendiri
Quote Suchi 6-11-2025 11:59 AM
Ganaaahhh la sek mu
Doh serupo amarekaaa

Quote akukah 6-11-2025 12:08 PM
akuMNdia replied at 6-11-2025 10:10 AM
wahhhh...jongkong emas?
besar mana jongkong emas yg digunakan tu?

Bkn jongkong emas. Tapi batu bata yg buat dinding rumah. Org2 belah sana mmg panggil batu bata tu sebagai jongkong.. ketuk kepala dgn batu bata tu mmg berjahit la kepala
Quote TeropongThaico 6-11-2025 12:17 PM
Sama2 jahat ler ni
Quote hart_attack 6-11-2025 01:10 PM
Habis tu nak buat mcm mana ni? Yg sebelah sana ckp ni.yg sebelah sini ckp mcm ni. Siapa yg mula dulu ni. Tau² je cerita masing² nk tunjuk cedera,mati kena tembak.
Quote midori888 6-11-2025 01:12 PM
owh sama2 jahat rupanya...eloklah tu sorang dah mati, sorang lagi pun sila cepat berpindah alam jugak...
Quote akuMNdia 6-11-2025 02:38 PM
akukah replied at 6-11-2025 12:08 PM
Bkn jongkong emas. Tapi batu bata yg buat dinding rumah. Org2 belah sana mmg panggil batu bata tu  ...

  dalam artikel tu tulis jongkong emas.. kagum la aku...rupanya batu bata tu.
Quote pocongkiutss 6-11-2025 02:41 PM
akuMNdia replied at 6-11-2025 02:38 PM
dalam artikel tu tulis jongkong emas.. kagum la aku...rupanya batu bata tu.

Haha samala iols pun ingtkn jongkong emas
Quote dua_chzy 6-11-2025 03:48 PM
Meols dah hagak. Dua2 evil.
Quote dua_chzy 6-11-2025 03:49 PM
TeropongThaico replied at 6-11-2025 04:17 AM
Sama2 jahat ler ni

Meols baca laporan media, yang kena bunuh tu ada 4 rekod jenayah katanya.
Quote supernaturalee 6-11-2025 03:58 PM
dua_chzy replied at 6-11-2025 03:49 PM
Meols baca laporan media, yang kena bunuh tu ada 4 rekod jenayah katanya.

good riddance?


suspek pun elok la ke dalam


Quote TeropongThaico 6-11-2025 04:06 PM
dua_chzy replied at 6-11-2025 03:49 PM
Meols baca laporan media, yang kena bunuh tu ada 4 rekod jenayah katanya.

Sib baik aiol hold dulu rasa simpati tu hari hahahha... Dengar cerita pasal tembak sbb dua ribu tu pun dah krik krik

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052089 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top