CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura bakal laksana hukuman sebat terhadap ‘scammer’

6-11-2025 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1158| Komen: 9


 


SINGAPURA – Singapura merancang untuk melaksanakan hukuman sekurang-kurangnya enam kali sebatan terhadap ‘scammer’ atau penipu internet di negara itu, lapor laman berita VnExpress semalam.

Menteri Kanan bagi Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, Sim Ann mengumumkan perkara tersebut kepada ahli-ahli parlimen  ketika negara itu memperhebatkan tindakan terhadap sindiket penipuan susulan kerugian tertinggi akibat penipuan internet.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu mengalami kerugian kira-kira SGD$3.7 bilion (RM11.87 bilion) akibat penipuan antara tahun 2020 hingga separuh pertama 2025 dengan 190,000 kes dilaporkan dalam tempoh tersebut.

“Kami akan memperkenalkan hukuman sebat mandatori bagi penipu di internet,” kata Ann ketika membentangkan baccan kali kedua pindaan kepada Kanun Keseksaan Singapura.

Menurut Channel News Asia, di bawah Rang Undang-Undang (Pindaan Pelbagai) Undang-Undang Jenayah, penipu dan individu yang merekrut atau mengambil bahagian dalam sindiket penipuan akan menerima hukuman antara enam hingga 24 sebatan.


“Sindiket-sindiket ini menggerakkan sumber yang besar untuk menjalankan dan meraih keuntungan daripada aktiviti penipuan serta mereka mempunyai tahap kesalahan yang paling tinggi,” kata Ann. – AGENSI

 

Sumber: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 6-11-2025 08:22 AM




Quote Purestteam1 6-11-2025 08:25 AM
harap malaysia pun kuatkuasakan camni.. tegas
Quote ninja boy 6-11-2025 08:29 AM
Ituhari markas scammer di sempadan thai myamar kena serbu
Quote ultra78 6-11-2025 08:35 AM
Kalau aku la, aku buat public execution. Atau disalib dan dibakar.
Quote Minami2013 6-11-2025 08:38 AM
Dulu2 scammer awang hitam. Skrg dah recruit warga tempatan.
Quote mejaputih 6-11-2025 09:07 AM
Kat malaysia si buah kana elok dilepaskan...
Quote BungaKencana 6-11-2025 09:14 AM
hukum bunuh je mcm China.. scammer ni tak kan insaf
Quote Kitty_catz 6-11-2025 09:36 AM
sokong..  msia bila lagi?
Quote TOPwind 7-11-2025 07:21 AM
ninja boy replied at 6-11-2025 08:29 AM
Ituhari markas scammer di sempadan thai myamar kena serbu

dah bertahun kenapa baru ditangkap.

tak bayar duit kopi ke?

tulah asal orang kapir je pasti jahat.

terutama yg hitam legam.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074610 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top