CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tinggi perintahkan Kerajaan, PDRM bayar RM10,000 sehari pada keluarga Pastor Raymond Koh

6-11-2025 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2793| Komen: 62

 


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membayar ganti rugi RM10,000 sehari kepada keluarga Pastor Raymond Koh bermula kehilangannya selepas diculik, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Su Tiang Joo mengarahkan ganti rugi RM10,000 itu bermula kehilangan lelaki itu pada 13 Februari 2017 hingga polis mendedahkan keberadaannya.

Untuk rekod Raymond diculik ketika sedang memandu di Petaling Jaya namun sehingga kini, beliau hilang selama 3,188 hari.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan, satu atau lebih defendan, yang terdiri daripada pegawai polis berkhidmat dan bekas pegawai, terlibat dalam penculikan Raymond dan bertindak mengikut ‘satu arahan’.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa lima lelaki bertopeng dengan pakaian seragam tentera berwarna hitam menarik Raymanod keluar dari keretanya.


Isterinya Susanna Liew memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan atas penglibatan kerajaan dalam kehilangannya serta cara pihak berkuasa menyiasat kes itu.

Terdahulu dalam prosiding sama, mahkamah turut memerintahkan PDRM an kerajaan Mahkamah Tinggi di membayar ganti rugi berjumlah RM3 juta kepada isteri seorang aktivis Amri Che Mat, apabila memutuskan kedua-dua pihak itu bertanggungjawab secara tidak langsung ke atas kehilangan lelaki terbabit.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan PDRM membuka semula siasatan kehilangan Amri bermula hari ini dan melaporkan perkembangan kepada Peguam Negara (AG) setiap dua bulan.

Sebelum ini, isteri Amri iaitu Noorhayati Mohd Ariffin memfailkan saman terhadap kerajaan, polis dan empat yang lain pada 18 November 2019 dan menuntut ganti rugi teruk dan teladan atas kerugian yang dialaminya akibat kehilangan Amri pada tahun 2016 .

Dia pada mulanya memfailkan saman terhadap 21 defendan. Namun sebelum membaca penghakiman hari ini, mahkamah mengesahkan dengan peguam Noorhayati, Surendra Ananth, bahawa dia telah menggugurkan saman terhadap 15 individu, termasuk Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan Menteri Dalam Negeri antara 16 Mei 2013 hingga 9 Mei 2018.

Sebelum ini media melaporkan siasatan kehilangan Amri yang hilang pada 2016 dan Raymond yang diculik pada 2017 masih berterusan hingga kini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa siasatan yang dilaksanakan oleh PDRM untuk mengesan mangsa dan suspek yang bertanggungjawab dibuat dengan telus.
 

Sumber: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 6-11-2025 08:19 AM
Bestnya hidup goyang kaki, duit masuk.
Quote supernaturalee 6-11-2025 08:21 AM
what was happening to those 2 poor guy?
Quote Purestteam1 6-11-2025 08:24 AM
masih blur.. maksud berita ni, kerajaan/polis ada kaitan ke dengan kehilangan pastor ni?
Quote cmf_almondpecan 6-11-2025 08:29 AM
B40tastePosh replied at 6-11-2025 08:19 AM
Bestnya hidup goyang kaki, duit masuk.

Mungkin duit ni memberi kesenangan kepada mereka tapi belum tentu dapat. Lagipun, selama 8 tahun ni diaorang terseksa tak tau apa jadi kat laki/bapak dan terpaksa ke hulu ke hilir lapor sana sini, naik turun mahkamah, naik turun suhakam sebab nak cari pastor koh ni. Keluarga Amri che mat pun sama. Lepas dapat duit ni masih takde jawapan apa jadi kat dua orang ni.
Quote ultra78 6-11-2025 08:31 AM
Keadilan perlu ditegakkan. Kerajaan Malaysia mmg salah.
Quote IzzahF 6-11-2025 08:32 AM
apa jadi kat dua org ni? mmg [olis ke yg culik sebenarnya?
Quote Minami2013 6-11-2025 08:35 AM
So 10k setiap hari sampai cukup amount rm31 juta?

Dulu2 mmg byk kes tergantung.
Quote Kitty_catz 6-11-2025 08:36 AM
IzzahF replied at 6-11-2025 12:32 AM
apa jadi kat dua org ni? mmg [olis ke yg culik sebenarnya?

pirasat meols... high probability dua2 dah takde


Quote cmf_almondpecan 6-11-2025 08:38 AM
Purestteam1 replied at 6-11-2025 08:24 AM
masih blur.. maksud berita ni, kerajaan/polis ada kaitan ke dengan kehilangan pastor ni?


Sejak keputusan suhakam hari tu menyimpulkan bahawa pastor koh ni mangsa enforced disappearance oleh special branch pdrm. Agak spesifik dia punya pronouncement.

Jadi, keluarga pastor koh dan amri saman (sivil) kerajaan, PDRM, IGP, PCK, KPP E2 pada ketika itu, berapa pegawai, anggota dan kakitangan awam. Nampaknya dengan keputusan mahkamah ini, boleh disimpulkan bahawa mahkamah mendapati polis yang bertanggungan (bukan bersalah) dalam hal ini.

Oleh kerana ini kes sivil, maka beban bukti (on balance of probabilities) adalah lebih rendah daripada kes jenayah (beyond reasonable doubt). Jadi, kita hanya boleh kata mahkamah mendapati polis serta defendan2 lain adalah bertanggungan atau liable ke atas tuntutan2 yang dibuat oleh Plaintif. Persoalan mengapa para defendan tak didakwa di mahkamah jenayah, itu kena tanya pendakwaraya kenapa tidak mendakwa.
Quote Kitty_catz 6-11-2025 08:41 AM
Edited by Kitty_catz at 6-11-2025 01:14 AM
B40tastePosh replied at 6-11-2025 12:19 AM
Bestnya hidup goyang kaki, duit masuk.

not so fast.. duit ni masuk trust fund.. only boleh keluar kalau ada closure

kalau sampai bila2 kes ni kena sidai ie tak jumpa samada hidup or sadahakallah.. duit tu tak dapat

gomen mmg obligated utk bayar to this trust fund regardless, tu sbb masuk trust fund dulu, not direct to waris

camtu lah ceritanya lebih kurang baca kat rumah biru
Quote Kitty_catz 6-11-2025 08:46 AM
cmf_almondpecan replied at 6-11-2025 12:38 AM
Sejak keputusan suhakam hari tu menyimpulkan bahawa pastor koh ni mangsa enforced disappearance ol ...

mebi sbb yg kasik arahan tu sila connect the dots?

nak sebut kang berangkut lappy
Quote Tinot7 6-11-2025 08:47 AM
Minami2013 replied at 6-11-2025 08:35 AM
So 10k setiap hari sampai cukup amount rm31 juta?

Dulu2 mmg byk kes tergantung.

Rasa mcm silap.. sbb dpt 3 jota kan, bkn 31 jota.. so patutnya 1k sehari
Quote Minami2013 6-11-2025 08:52 AM
Tinot7 replied at 6-11-2025 12:47 AM
Rasa mcm silap.. sbb dpt 3 jota kan, bkn 31 jota.. so patutnya 1k sehari

Keluarga che amri rm3 juta. Pastor tu rm37 juta, awalnya i baca rm31 juta.. rupa nya 37 juta. 1000104789.jpg
Quote terma2nkondisi2 6-11-2025 08:59 AM
berita 8 tahun dulu..

CCTV footage captures pastor Raymond Koh's abduction

CCTV footage captures the well-planned abduction of pastor Raymond Koh Keng Joo on Feb 13 by a group of men at Jalan SS4B/10, Petaling Jaya.

[youtube]Y-jcxSZGS-8?si=RDTgREDaELs254K-[/youtube]
Quote IzzahF 6-11-2025 09:02 AM
Kitty_catz replied at 6-11-2025 08:36 AM
pirasat meols... high probability dua2 dah takde

aiols gugel jap td cuma baca katanya ada kaitan keganasan. keganasan apa depa buat ni?
Amri katanya terkait syiah...mcm takde angin tade ribut. Ye lah kot ye pun ada sebab kan takkan dilenyapkan gitu je...mesti la family nk tau apa jadi kan? hidpu ke mati ke? nampak gaya mcm btl chuols ckp..dah takde
Quote Kitty_catz 6-11-2025 09:16 AM
IzzahF replied at 6-11-2025 01:02 AM
aiols gugel jap td cuma baca katanya ada kaitan keganasan. keganasan apa depa buat ni?
Amri katan ...

haa meols dengo pun camtu.. amri = syiah

pastor = kes memurtadkan ore isley

camtu lah

so sila connect the dots

wallahualam
Quote Tinot7 6-11-2025 09:19 AM
Minami2013 replied at 6-11-2025 08:52 AM
Keluarga che amri rm3 juta. Pastor tu rm37 juta, awalnya i baca rm31 juta.. rupa nya 37 juta.

Woahh... byk duit tu...
Quote Purestteam1 6-11-2025 09:22 AM
cmf_almondpecan replied at 6-11-2025 08:38 AM
Sejak keputusan suhakam hari tu menyimpulkan bahawa pastor koh ni mangsa enforced disappearance ol ...

Tq tuan/puan atas pencerahan..  tq
Quote annehuda 6-11-2025 09:28 AM
cmf_almondpecan replied at 6-11-2025 08:38 AM
Sejak keputusan suhakam hari tu menyimpulkan bahawa pastor koh ni mangsa enforced disappearance ol ...

So mmg btul ke special branch pdrm yg buat tu? Sebab tgk video mcm takde logo pdrm ke ape ke yg membuktikan mmg pdrm yg buat? Kalau nak kata sebab nampak terlatih pun, kot2 la mercenary yg diupah oleh orang lain ke

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.116242 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top