|
Kuala Lumpur: Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025. Jabatan Imigresen Malaysia dalam perkongsian hantaran di Facebook rasminya berkata, ia membolehkan warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 negara di seluruh dunia. "Pencapaian itu mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia," katanya. Sementara itu, Bernama melaporkan berdasarkan data menerusi www.passportindex.org, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama Passport Power Rank, diikuti oleh Singapura dan Sepanyol di tempat kedua. Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.
Sumber: – Harian Metro, BH |

prince_marhaen replied at 7-11-2025 01:36 AM
meols baru renew passport... nak gi hatyai jehhhhhh...naik ketapi ETS jehhhhh.... semata-mata.. gigi ...
Kitty_catz replied at 7-11-2025 10:18 AM
laah baru ku seru pi hatyai, ada yg dah post dulu
best ka sana? kata makan best
prince_marhaen replied at 7-11-2025 03:15 AM
hat yai ni first time, biasa meols bkk ngan krabi je... nak try naik ETS kekdahnya... nk turun pad ...
prince_marhaen replied at 7-11-2025 11:15 AM
hat yai ni first time, biasa meols bkk ngan krabi je... nak try naik ETS kekdahnya... nk turun pad ...
midori888 replied at 7-11-2025 11:42 AM
meols pnh gi Hadyai sekali tapi tak naik van tomyam haha...for short weekend getaway oklah, gi pas ...

prince_marhaen replied at 7-11-2025 03:58 AM
ohh okey...nnt meols try.. trip sendiri je..solo.. hgahahahahaha berani ekk
FOTHER-MUCKER replied at 7-11-2025 02:44 PM
Baguslah Dari #12/13 boleh naik ke #3.
Tahniah nuar brahim!

dua_chzy replied at 7-11-2025 03:02 PM
Eee meols nak tiru tahun depan. Hoho.
prince_marhaen replied at 7-11-2025 07:05 AM
hahaha! Ayuhhhhh!!! .. Beli tiket ETS KL Sentral - Padang Besar (return), pastu sampai border lalu ...
FOTHER-MUCKER replied at 7-11-2025 02:44 PM
Baguslah Dari #12/13 boleh naik ke #3.
Tahniah nuar brahim!
dua_chzy replied at 7-11-2025 03:10 PM
Meols ajak kawan tapi macam2 la anxiety sheols kan. Emh. Tayah la. Baik meols pi sundri.
prince_marhaen replied at 7-11-2025 07:29 AM
ye, awal2 dah ajak kekawan... tapi memasing nak pegi ngan agent lah, risau hotel la, tak kumpul du ...
ADVERTISEMENT