CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lamborghini jutawan kripto terbalik, wang bertaburan di lebuh raya

10-11-2025 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 697| Komen: 9

 


MOSCOW – Seorang jutawan mata wang kripto meninggal dunia selepas kereta mewah yang dipandunya melambung, terbalik dan  terbakar di  sebuah lebuh raya di Russia, lapor akhbar The Sun UK. 

Kemalangan berlaku sekitar pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) di Lebuhraya Antarabangsa, Moscow semalam. 

Alexei Dolgikh, 36, dilaporkan memandu kenderaan utiliti sukan Lamborghini Urus pada kelajuan 149.66 kilometer sejam sebelum hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan kereta itu terbalik dan meletup, dengan serpihan dan sejumlah wang kertas bertaburan di atas jalan. 

Dolgikh dan seorang rakannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penumpang cedera parah. 

Pejabat Pendakwa Raya Moscow mengesahkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas. 


Dolgikh menerima 586 saman sejak memiliki Lamborghini Urus berharga £329,000 (RM1.8 juta) itu pada 15 bulan lalu. 

Kebanyakan samannya adalah kesalahan memandu laju, demikian menurut media tempatan. – AGENSI


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 10-11-2025 02:15 PM
Satu sen pun tiada daya atas kekuatan Tuhan.

Satu sen pun tidak mampu menyelamatkan mereka. Kecuali sedekah dan jariah, anak Soleh yang membuat kebajikan untuknya dan ilmu yang disebarkan untuk kebaikan manusia.

Lahawlawala quataillah billah. Innalillaha Ala Qulisya'in Qodir.
Quote fattymah 10-11-2025 02:27 PM
Cam scammer cerita taxi driver tu eh.. mas cash buh kat lori buruk.. sekali jatuh gaung nanges
Quote Page88 11-11-2025 03:14 AM
Never race. This is what happens.
Quote kayujaras 11-11-2025 10:27 AM
586 saman dalam tempoh 15 bulan.. sehari satu saman ke macam mana?
Quote testly 11-11-2025 11:06 AM
Bgslah...kita tak tahu timing kita mati, tetapi kita boleh tahu cr mcm mn kita mati, mengikut rutin cara kehidupan kita. Dah suka bwk keja laju2...nahhhhh...mula selamat, akhir kiok...
Quote gangerina 11-11-2025 12:07 PM
dah dua org dah russian crypto millionaire mati, satu lagi kes kena tanam kat Dubai dessert....
Quote ninja boy 11-11-2025 01:08 PM
Sumber duit tarak berkat ka
Quote akukah 11-11-2025 02:19 PM
gangerina replied at 11-11-2025 12:07 PM
dah dua org dah russian crypto millionaire mati, satu lagi kes kena tanam kat Dubai dessert....

Yg kena tanam kat Dubai tu ada kes tipu duit ratus juta.. ramai musuh
Quote goldden 11-11-2025 03:14 PM
kat sini ada satu manusia nama tok berlagak yg kaki scam. dgr citer dia dh kembali kpd penciptanya. yg dia scam sempat ke diorg tu dpt blk duit mereka?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.036834 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top