CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa maksud IG Story isteri Faisal Halim?

10-11-2025 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1766| Komen: 22


PETALING JAYA – Dua hantaran pada Instagram Stories Nur Syazwani Mizuana Shahril iaitu isteri pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim mencetuskan pertanyaan orang ramai.

Hantaran ringkas itu dimuat naik Nur Syazwani Mizuana kira-kira 13 jam lalu dengan pertama ialah ‘perkahwinan bukan satu perjudian’, disusuli perkongsian kedua iaitu ‘wanna play the game? Lets play, patut la layan aku macam sampah’.

Ibu kepada seorang anak itu juga berkongsi hantaran daripada TikTok kira-kira 11 jam lalu bertulis, ‘jangan risau, Allah nampak siapa yang bersungguh menyakiti dan siapa yang diam menahan diri. Dunia boleh tipu mata semua orang, tapi tak boleh tipu balasan tuhan’.

Kemudian, hantaran keempat kira-kira lapan jam lalu yang diambil daripada TikTok bertulis, ‘saya tak doakan yang buruk, tapi percaya setiap perbuatan ada balasan…’

“Awak boleh tipu saya, boleh lukakan saya, boleh buat saya nampak bodoh sebab terlalu percaya, tapi jangan lupa. Tuhan itu Maha Adil, mungkin hari ni awak ketawa tengok saya jatuh, tapi esok lusa bila giliran awak diuji, waktu tu baru awak faham apa yang saya rasa.


“Saya tak nak balas dendam, sebab saya tahu kifarah tu tak pernah salah alamat, cepat atau lambat. Semua orang akan rasa balik apa yang dia bagi,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan susulan hantaran dibuat oleh Nur Syazwani Mizuana yang mengundang persoalan orang ramai.

Kosmo! pada 12 September lalu melaporkan, Faisal dan Nur Syazwani Mizuana kembali menjadi suami isteri selepas pasangan terbabit mengambil keputusan dengan bersepakat untuk kembali berdamai dan menjalani hidup bersama.

Dengan penyatuan semula sebagai suami isteri, Nur Syazwani Mizuana menarik balik permohonan cerai yang dikemukakan terhadap anak guamnya pada sebutan kes di Mahkamah Syariah Klang 16 Oktober.

Sebelum ini, wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini yang mana permohonan cerai itu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu perceraian secara baik.

Untuk info Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Nur Syazwani Mizuana pada 9 Mac 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sebelum ini Faisal mengalami kecederaan selepas disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu.

Pada 8 Mei lalu, peguam kepada Faisal Halim mengesahkan kes serangan asid membabitkan pemain itu diklasifikasikan sebagai NFA oleh Pejabat Peguam Negara. –


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imthegirl 10-11-2025 02:44 PM
Rempit nye la perangai acah acah buat statement kat medsos ni. Elok la laki bini
Quote Decaffeinated 10-11-2025 03:26 PM
Boleh tak orang yang suka merintih mengadu di medsos ni di'ban' dari menggunakan hp selama 12 bulan?
Quote kuewTiau 10-11-2025 03:38 PM
bukan haritu dah settle ke?

by the way
muka wife FH ni kan mengingatkanku pada wife saudara iols yang jumpa time raya je
dia insecure dengan saudara-saudara perempuan belah husband (saudara kami) dia.
kalau bercakap dengan husband dia, ada la dia datang dekat pastu muka berubah
padahal kami ni dari kecik rapat
bercakap pon kasar huha huha takde gedik langsung
takdenya nak ngorat laki dia yang memang kami anggap abang je euw.
sekarang dah xde langsung kami komen kat FB laki dia.koser.
maaf lari topik sebab muka mereka sebijik sama. haha

Quote rykall 10-11-2025 04:15 PM
Fungsi Tik Tok, Instagram ni sebenarnya utk berkongsi maklumat ilmiah atau pengetahuan menarik, pemandangan indah dll bukannya nak meroyan. Kembalikan fungsi asal kewujudkan media sosial. Netizen pula dah takda kerja ke melayan.
Quote KamikuP 10-11-2025 05:08 PM
Adakah kena simbah asid selayaknya?
Quote Suchi 10-11-2025 05:14 PM
Boleh tak korang post yang indah2 je kat socmed ni?
Tanak tau menda2 yang tak best, yg buruk2 simpan je.
Jangan mulakan perkelahian, jangan probok2, masalah yang tak libatkan masyarakat jangan post kt public kasi setel la kamu dua urang aja
Quote lightheaded67 10-11-2025 06:09 PM
Edited by lightheaded67 at 10-11-2025 06:20 PM

pulak

mana nk mbuatnyei
kalau dpt manusia yg jenis batu bata
kena heboh bru deme nk setel
kita diam deme nohen
kalo nohen takpe lagi
kita diam lg dia mjadi jadi
lagi le penin
smpi kiamat dramanyei
tiber
Quote ninja boy 10-11-2025 06:16 PM
Org Malaysia nakkan info good2 kejayaan kekayaan duit harta kehenseman kecantikan aje, x mau info ttg miskin2 jenayah2 sakit2 kena dera mental itu semua, nnt dah jadi mayat penat polis hospital cari bukti cari punca sbb sblm jadi mayat xde siapa mau dengar masalah
Quote TeropongThaico 10-11-2025 06:17 PM
Gaduh balik ke????
Quote pooh~key 10-11-2025 07:56 PM
Suchi replied at 10-11-2025 05:14 PM
Boleh tak korang post yang indah2 je kat socmed ni?
Tanak tau menda2 yang tak best, yg buruk2 simpan ...

Eeeeew boringnya tak ada spice la nanti feed akak sissy. Umpama makan nasi lauk ikan singgang lupa taruk garam sissy.
Quote ultra78 10-11-2025 08:01 PM
Malas nak layan kisah rumahtangga yang dijaja dalam media sosial
Quote orangbiasaje 11-11-2025 01:18 AM
Yang menyampah sebab dia hint2. Cuba clear cut, "Kepada sang suami, lawyer dah hantar surat tapi kamu tidak hadir. Telah cuba dihubungi namun tidak berjawab. Maka social media ini antara ikhtiar agar sampai kepada kamu. Mohon hadir pada sekian-sekian. Terima kasih."

(atas ni contoh ya, bukan spesifik untuk kes ni)
Quote pocongkiutss 11-11-2025 01:48 AM
Suchi replied at 10-11-2025 05:14 PM
Boleh tak korang post yang indah2 je kat socmed ni?
Tanak tau menda2 yang tak best, yg buruk2 simpan ...

Yg indah2 nnt "ain" pulak
Quote Blessed_Servant 11-11-2025 02:04 AM
pocongkiutss replied at 11-11-2025 01:48 AM
Yg indah2 nnt "ain" pulak

Serba tak kena. Silent reader je la
Quote supernaturalee 11-11-2025 08:13 AM
KamikuP replied at 10-11-2025 05:08 PM
Adakah kena simbah asid selayaknya?

what? bininya nak kena siasat jugak ke caner


mmmm
Quote ardent91 11-11-2025 08:55 AM
KamikuP replied at 10-11-2025 05:08 PM
Adakah kena simbah asid selayaknya?

plot twist.. tah2 bini die yg upah org simbah asid kat muka laki dier..



Quote kawahapi 11-11-2025 08:58 AM
Ntah apa apa lah, gado update status, berbaik bercinta rasa macam baru lepas kawin tulis status dekat social media. Lepas tu gado lagi, londeh lagi.
Quote toynme 11-11-2025 09:18 AM
serabut la
settle diam2 la kak
mcm bohsia je perangai
Quote tompie 11-11-2025 09:31 AM
ardent91 replied at 11-11-2025 08:55 AM
plot twist.. tah2 bini die yg upah org simbah asid kat muka laki dier..

Adoi.. Dah macam plot cite netflix...
Sure polis dah siasat... crime of passion memang antara benda 1st kena clearkan..
Kalau tengok tv.. memang yang 1st2 kena siasat ialah orang terdekat..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.073325 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top