|
Kemelut antara Nubhan dan Dr Afifah Hidayah hangat diperkatakan apabila seorang individu mendedahkan mesej perbualan bersama isteri kepada penyanyi itu di Instagram. Menerusi hantaran di Insta Story yang dimuat naik individu bernama Syamim itu, Dr Afifah didakwa menjelaskan tuntutan wang yang dikaitkan dengannya sebelum ini. Dalam mesej tersebut, Dr Afifah mendakwa tuntutan itu hasil nasihat daripada peguam serta dia berhak mendapatkan kerana sudah melahirkan tiga orang cahaya mata dalam tempoh 10 tahun perkahwinan. “Duit itu peguam yang minta, kami tak bodoh. Peguam dah tengok akaun bekas (Nubhan) akulah. Memang aku lebih layak dapat RM5 juta itu daripada keluarga kau.
“Memang kena mintalah aku dah beranak anak dia tiga orang. Dah buang masa 10 tahun dekat orang macam tu. Kisah pulak, duit laki aku bukan duit you. Nak pijak-pijak aku memang taklah,” katanya. Sementara itu, Dr Afifah menafikan dakwaan bahawa dia terdesak untuk menagih wang daripada suaminya serta dia percaya Allah ada bersamanya. Difahamkan, Syamim merupakan anak kepada Sharifah Mastura Syed yang didakwa sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga pasangan berkenaan. Sumber : mStar Online, Rotikaya |
KamikuP replied at 10-11-2025 05:15 PM
Asyik cerita depa jahh.. rindu pulak nak tau cerita Nurul Shuhada Mat Shukri.. ekekeke
prince_marhaen replied at 10-11-2025 04:20 PM
Anak-anak 'makcik' yang menumpang rumah Noobis tu yang lebih2 kan...pahal ntah.. ntah2 betul mak dia ...
ADVERTISEMENT