CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nama Islam saya ialah Liana Alara" - Kekasih Ben Amir Sah Peluk Islam

11-11-2025 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2603| Komen: 30

 


Kekasih kepada pelakon Ben Amir iaitu Maiya memperkenalkan nama barunya, Liana Alara seleaps sah memeluk Islam.

Menerusi perkongsian di Threads, Miaya memilih nama tersebut yang membawa maksud tenang dan cahaya dalam fasa baru hidupnya.

“Nama Islam saya ialah Liana Alara, nama yang membawa makna baharu, kedamaian dan cahaya dalam kehidupan baharu hidup saya,” tulisnya.

 

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Liana meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan dalam fasa baru kehidupannya itu.

“Terima kasih kerana menyambut saya dengan begitu baik dalam perjalanan baharu kehidupan ini.


“Doa, mesej dan pelukan anda (walaupun dari jauh) amat bermakna dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya benar-benar bersyukur untuk setiap seorang daripada anda,” tulisnya.

Sumber: Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 12-11-2025 07:57 AM
Liana tu dr word lai-yin means lembut..celah mana jadi "makna bahru,kedamaian dan cahaya""?

Lainlaaa nama ko ada "Nur" kat depan..logik la dtg word cahaya...merepek je dua ketul ni..

Awat masuk Islam kat sini...bkn kt Filipina kesayangan ko tu?nk duduk msia blk ke cmne ni
Quote Kancilkering 12-11-2025 08:07 AM
asal
ben10 dh ghupe macam ayah ayah
Quote apedehal 12-11-2025 08:45 AM
Apesal tgk sama je pulak dgn muka yasmin aziz tu sbb sama2 pilipino ke..papepon welcome sedare baru..moga istiqomah
Quote Hanzeviera 12-11-2025 08:51 AM
ben asal ghuper dah macam gitu
Quote prince_marhaen 12-11-2025 09:22 AM
dah syahadah jangan nak pose pose bikini tepi pantai pinoy tu ye nokkk.... hihihi
Quote orkid_amani 12-11-2025 10:56 AM
Awai Ben balik Msia..area dia kena badai tak? Teruk jugak yaa pantai sana kena hempas ombak.. rumah2 semua ranap rapat ke bumi.. next soon katanya 2nd wave.. tiba2 rasa bersyukur jadi rakyat Malaysia
Quote nadie90 12-11-2025 12:08 PM
Dalam dok mengata hidup kat KL x setenang kat Filipina.

Filipina tgh dilanda taufan, tiba2 ada kat Malaysia. Nanti Filipina dah ok, terbang balik p sana lol #prayforPhilippines

Alhamdulillah buat saudara yang dah peluk Islam.
Quote KamikuP 12-11-2025 12:23 PM
Tahniah.. pasni kawen la ekk?Tak ajak acik porem kenduri kah? ekekek
Quote dani-rox 12-11-2025 02:38 PM
Nak kawen sbb pasport Msia naik ranking ke nih
Quote binisupir 12-11-2025 04:00 PM
Cantiklah dia ni
Quote Incanto 12-11-2025 05:37 PM
Alhamdulillah…bertambah umat Islam

nama mcm inspired by nama anak scawal Lara Alana
Quote mizterpaling88 12-11-2025 09:54 PM
nasib baik bukan dayang ara bella... hahaha suka betul pinoy nama ada ara ni.  kawen kt mana ben?
Quote innocentsangat 12-11-2025 11:09 PM
Kancilkering replied at 12-11-2025 08:07 AM
asal
ben10 dh ghupe macam ayah ayah

Last tgk dia wangi masa berlakon dgn Mira Filzah.
Quote rayna_raynes 13-11-2025 12:21 AM
Edited by rayna_raynes at 13-11-2025 12:23 AM
L.U.S.M replied at 12-11-2025 07:57 AM
Liana tu dr word lai-yin means lembut..celah mana jadi "makna bahru,kedamaian dan cahaya""?

Lainla ...

nama dia ada nur kat depan. Nur Liana Alara

elok la dia buat kat sini, siap documentation kat socmed. orang nak rujuk pun senang. buat kat pilipin nanti netizen persoalkan jugak, macam si raja remilah ilya kawen kat ozi sampai skrg org dok tanya laki dia tu masuk islam ke tak, kenapa takde gambar salam tok kadi kenapa takde gambar masuk islam.
Quote rayna_raynes 13-11-2025 12:21 AM
dani-rox replied at 12-11-2025 02:38 PM
Nak kawen sbb pasport Msia naik ranking ke nih

kawen pun bukan boleh dapat passport malaysia. apo
Quote Missjass 13-11-2025 02:23 AM
L.U.S.M replied at 12-11-2025 07:57 AM
Liana tu dr word lai-yin means lembut..celah mana jadi "makna bahru,kedamaian dan cahaya""?

Lainla ...

Rasa dah lama kt Malaysia tgk ig si pinoy ni buh location KL dekat gambar
Quote Missjass 13-11-2025 02:24 AM
mizterpaling88 replied at 12-11-2025 09:54 PM
nasib baik bukan dayang ara bella... hahaha suka betul pinoy nama ada ara ni.  kawen kt mana ben?:lo ...

Bella tu bukan ke nama sebenar dia dayang nabellah je ara tu nama anak dia je kan, sekarang tiber nama dia pun ada ara
Quote dani-rox 13-11-2025 08:06 AM
rayna_raynes replied at 13-11-2025 12:21 AM
kawen pun bukan boleh dapat passport malaysia. apo

alooo gurau sempena berita pasport mesia naik ranking je lah
Quote Tunan 13-11-2025 11:12 AM
Baiknya la Ben ni
Setia pd yg satu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053396 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top