|
Penyanyi Adira tidak menafikan dakwaan bekas suaminya, Datuk Red yang telah ditinggalkan di sebuah lebuh raya selepas dipercayai berlakunya perbalahan antara mereka. Memetik mStar Online, Adira bagaimanapun berkata ada sebab mengapa dia berbuat demikian namun dia meninggalkan bekas suamnya berdekatan stesen minyak. “Saya memang mengaku ada tinggalkan tapi bukan tengah malam dan saya tinggalkan dia berhampiran dengan stesen minyak dimana senang untuk dia pergi ke tandas dan lain-lain. “Adalah sebab yang saya tak boleh kongsi, apa bekas suami saya keluarkan itu cerita daripada pihak dia. Apa yang saya boleh katakan tentu ada sebab kalau terjadi dan tidak perlu untuk semua orang tahu, cukup saya dan dia saja yang tahu. Dia pun tak cerita punca kan,” katanya. Sementara itu, Adira berkata dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan lebih selasa berdiam diri daripada membalas kenyataan dibuat bekas suaminya.
“Saya nak jalani kehidupan dengan bekas suami secara ternang. Sebab saya percaya perkara seperti itu boleh terlepas kerana dia dalam keadaan yang tak guna akal tapi emosi dulu. “Kalau saya nak balas kenyataan dia saya bimbang apa yang terkeluar itu akan keruhkan keadaan. Banyak hati saya nak jaga contohnya anak saya, anak-anak tiri yang mana hubungan kami erat dan saling ambil tahu, saya lebih menjaga hubungan itu,” katanya. Dalam pada itu, Adira berkata segala urusan berkaitan dengan bekas suaminya diserahkan kepada kakaknya iaitu Emma Suhaimi. “Kami pun sudah bawa haluan masing-masing, saya tahu kalau balas balik pusing-pusing akan tengok juga. Besok dia akan datang rumah tengok anak. “Saya tak nak jadi kekok, saya boleh hadap dengan buat tak tahu saja. Buat masa sekarang ini saya bagi keluarga yang berhubung dengan dia,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya |


mrsLucky replied at 16-11-2025 05:49 PM
Dulu pernah ada gossip Dato Red keluar dengan Ruhainis tapi he said pasal biz...


ADVERTISEMENT