CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM longgarkan syarat lantikan bagi bukan Bumiputera

28-11-2025 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 373| Komen: 8

 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kelonggaran terhadap beberapa syarat lantikan dalam proses pengambilan bukan Bumiputera termasuk kriteria fizikal dan akademik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata langkah itu bertujuan membuka lebih banyak ruang penyertaan kepada bukan Bumiputera sekali gus memastikan komposisi anggota PDRM merangkumi pelbagai masyarakat di Malaysia.

“Kementerian Dalam Negeri dan PDRM tidak menetapkan sebarang kuota khusus bagi Bumiputera atau bukan Bumiputera… malah pengambilan dibuat berdasarkan merit dan kelayakan akademik, tahap kesihatan, kecergasan fizikal serta lulus proses tapisan keselamatan. 

“Langkah ini bertujuan memberi maklumat dan membuka lebih banyak ruang penyertaan tanpa menjejaskan tahap profesionalisme dan integriti pasukan… kerajaan khususnya PDRM sentiasa menggalakkan lebih ramai bukan Bumiputera menyertai pasukan keselamatan agar komposisi keanggotaan mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia,” katanya.


Shamsul Anuar menjawab soalan V. Ganabatirau (PH-Klang) mengenai jumlah individu baharu diserap ke dalam badan penguat kuasa negara dan peratusan bukan Bumiputera dalam PDRM pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata setakat 31 Ogos lepas, jumlah keseluruhan pengisian jawatan dalam PDRM ialah 136,503 orang termasuk 7,581 anggota beruniform dan pegawai awam dalam kalangan bukan Bumiputera iaitu bersamaan 5.55 peratus daripada keseluruhan pasukan.

Shamsul Anuar juga berkata proses pengambilan dan kenaikan pangkat dalam PDRM bebas daripada sebarang unsur diskriminasi kaum dan agama, dengan mekanisme telus yang merangkumi pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan, ujian psikometrik serta tapisan keselamatan selain rekod disiplin yang ketat.

Beliau turut memaklumkan data terkini pengambilan bukan Bumiputera di beberapa agensi beruniform lain sejak 2023, antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (553 daripada 10,914 jawatan), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (103 daripada 4,913 jawatan) dan Jabatan Penjara Malaysia (440 daripada 16,153 jawatan).

Sumber: -Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 28-11-2025 04:33 PM
Teringat kawan cina iols kena reject application polis sebab tangan bengkok..hahahah..
kesian dia..
Quote s@s@ 28-11-2025 05:04 PM
shernazz replied at 28-11-2025 04:33 PM
Teringat kawan cina iols kena reject application polis sebab tangan bengkok..hahahah..
kesian dia..

standard la dari dulu lagi mcm tu.... huhuhu, aku pun pernah kena
Quote Decaffeinated 28-11-2025 06:18 PM
Harap gomen dapat longgarkan juga syarat pembelian hartanah untuk bukan bumiputera di Putrajaya and maybe Shah Ale dan Bangi juga.
Quote sharlenetexas 28-11-2025 08:31 PM
Hello abam polis.


Quote sharlenetexas 28-11-2025 08:33 PM
Ocpd brickfields sekarang orang cina.


Quote sharlenetexas 28-11-2025 08:33 PM
Nak tergelak rasanya pernah termimpi jumpa bapak si jojo. Dia siap ajak iols join polis


Quote shernazz 29-11-2025 08:11 AM
s@s@ replied at 28-11-2025 05:04 PM
standard la dari dulu lagi mcm tu.... huhuhu, aku pun pernah kena

Dia tak ouas hati oo
Dia.mmg nak sangat masuk..
Iols.cakap.dah tangan bengkok mmg auto reject la..selain oendek
Quote supernaturalee 29-11-2025 08:27 AM
sharlenetexas replied at 28-11-2025 08:33 PM
Nak tergelak rasanya pernah termimpi jumpa bapak si jojo. Dia siap ajak iols join polis

since you kata mimpi kan, so die ajak tu je ke


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.043687 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top