CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Zaman Saya Dah Berlalu, Ammar Lagi Popular Dari Saya” - Aliff Syukri

29-11-2025 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 668| Komen: 8

 


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri terharu apabila dirinya tercalon bersama usahawan lain dalam kategori Seller Terpaling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke- 37.

Memetik BH Online, Aliff beranggapan dirinya kerdil berbanding  finalis lain yang dilihat hebat-hebat belaka dan dia bukan mahu menjadi artis.

“Secara jujurnya, saya terkejut dicalonkan. Saya rasa macam artis sebab yang tersenarai semuanya artis popular. jadi, saya fikir, saya tidak layak. Apatah lagi usahawan yang dicalonkan semua hebat-hebat.

“Saya di sini pun untuk berniaga sahaja sebenarnya. Bukanlah untuk popular hendak jadi artis. Namun, saya hargai usaha ABPBH kerana menamakan saya.

“Alhamdulillah, tetapi tidaklah kami mengharapkan lebih. Kalau menang, rezeki. Kalau tidak menang, tidak mengapa,” katanya.

Turut tercalon bersama anaknya, Ammar Ahyan, Aliff berkata dia hanya menumpang rezeki anak sulungnya itu.


“Zaman saya sudah berlalu rasanya. Tetapi, saya hargai orang masih tidak lupa kepada saya.  Saya fikir sekarang anak saya lagi popular daripada saya. Saya di sini pun sekadar menumpang dia. Apa-apa pun, Alhamdulillah kami di sini bersaing secara sihat,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia kini tidak lagi terkejar-kejar populariti apatah lagi di usia sekarang dan hanya mahu mencari rezeki untuk anak-anak sahaja.

“Dahulu saya mengaku hendak jadi artis. Tetapi, sekarang, saya sudah tua dan sudah tiada niat itu. Sekarang, saya betul-betul hendak cari rezeki untuk anak-anak dan membesarkan mereka.

“Hendak buat gimik boleh, tetapi, kena dengan cara yang betul. Rakyat Malaysia sekarang suka dan sokong mereka yang baik dan beradab,” katanya.

Sumber: – BH Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 29-11-2025 03:08 PM
jangan la artis dekat dengan budak ni
Quote misszazaz 1-12-2025 10:02 AM
hhrrmmmm
Quote hayrin86 1-12-2025 10:27 AM
Kedua-dua beranak bukan artis ok.
Quote vender 1-12-2025 11:10 AM
Tertengok alip ni kat ig story mak dia, dia visit rumah mak dia kat batang kali...dia duduk je, termenung mulut nganga and mcm merenung   jauh dgn muka risau. X respon pun staff bonda yg tgh greet dia. Mesti dia stress kan nak maintain kaya tu..dgn problem staff lg..
Quote babigemuk 1-12-2025 03:01 PM
vender replied at 1-12-2025 11:10 AM
Tertengok alip ni kat ig story mak dia, dia visit rumah mak dia kat batang kali...dia duduk je, term ...

Org yg kaya tak semestinya gembira la
Quote royaldanish 1-12-2025 03:40 PM
vender replied at 1-12-2025 03:10 AM
Tertengok alip ni kat ig story mak dia, dia visit rumah mak dia kat batang kali...dia duduk je, term ...

nak kena pikir apa lagi nak jual
Quote sharlenetexas 2-12-2025 10:47 PM
Heols junior nina smith kat taylors.


Quote L.U.S.M 3-12-2025 01:10 AM
Anak dia lembam pun dia blh marketing smpi jadi femes..tp aura tetap xde..haha

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.040581 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top