CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua warga asing ditahan pukul lelaki hingga maut di Kampung Pandan

1-12-2025 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 880| Komen: 6

 


KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing yang disyaki terlibat kes pukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Lorong 5, Kampung Pandan, di sini ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 12.01 tengah malam.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun didapati terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah serta luka di tapak tangan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini

Mohamad Lazim berkata, mangsa kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.33 pagi hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis berjaya membuat tangkapan ke atas dua lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” tambahnya.

Terdahulu, tular klip video pergaduhan sekumpulan individu bersenjata dipercayai berlaku di Kampung Pandan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 1-12-2025 06:53 PM
TUDIA...ingat kita myanmar takut ka kasi mati u orang Malaysia.
Quote TOPwind 1-12-2025 07:05 PM
nanti adalah org myanmar

tidur kat lantai bank Malayu(Bank Cina tak berani sbb kena tumbuk terus)

dan ada org cina selamatkan sbb dua2 pendatang.
Quote miss_white 1-12-2025 07:18 PM
Sial punye pendatang Myanmar ..ko nk berbunuh sama2 ko lantak lah..Datang negara orang. berani pukul orang tempatan..
Quote TravellingBear 1-12-2025 08:36 PM
22 tahun tu muda sangat ... anak siapa lah tu
Quote silance 1-12-2025 10:18 PM
ni mesti salah warga tempatan. Pati semua baik.

-Pencinta warga asing.
Quote B40tastePosh 1-12-2025 10:21 PM
Zahid Hamidi sayang betul kat warga asing sebab dia pun dari Ponorogol.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.040922 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top