CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Zafrul lama di MITI, masih ada tanggungjawab, tak boleh lepaskan – PM

1-12-2025 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 935| Komen: 9

 


KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri esok, akan dimaklumkan tanggungjawab baharu beliau pada Rabu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Tengku Zafrul juga menunjukkan prestasi memberangsakan termasuk jaringan perdagangan dan perniagaan di peringkat antarabangsa sepanjang khidmat beliau.

“Tengku zafrul lama di sini. Beliau masih ada tanggungjawab, tak boleh lepaskan begitu sahaja. Saya bagitahu beliau berakhir sebagai Menteri MITI 2 haribulan (esok), dan beliau terus kerja yang akan saya umumkan pada 3 haribulan (lusa).

“Ini memberi signal (isyarat) apa dilakukan mengembangkan jaringan perniagaan dan antarabangsa. Dalam satu dua tahun ini, saya banyak jalankan tugas di luar negara.

“Peranan MITI dan keluarga MITI semua di bawah kepimpinan beliau sangat membanggakan dan nampak kejayaan baik. Kita seperti biasa kalau ada ruang, orang yang punya prestasi, dia tak boleh lepas dan lari daripada tanggungjawab,” katanya.


Beliau berkata demikian berucap pada pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di sini hari ini.

Sebelum ini, Tengku Zafrul dilantik sebagai Senator bagi penggal pertama pada Mac 2020 bagi menjawat jawatan Menteri Kewangan, seterusnya pada Disember 2022 memulakan penggal kedua sebagai Senator sebagai Menteri MITI.

Beliau akan menamatkan tugas di MITI esok, susulan tempoh lantikan sebagai Senator tamat.

Sementara itu, Tengku Zafrul ketika ditemui media turut memberi bayangan beliau bakal terus berkhidmat dalam kerajaan selepas ini.

“Nampaknya saya diberi peluang untuk terus berkhidmat. Dalam kapasiti apa, saya juga masih menunggu,” katanya.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anarina 1-12-2025 06:31 PM
Kalau RR gituu jah dia hembus
Quote sharlenetexas 1-12-2025 08:21 PM
Joging minum kopi kat mana pulak?


Quote alesandra 1-12-2025 08:35 PM
mmg tak salah pun.tapi nampaknya takde langsung tanda2 penyesalan.business as usual.mmg betul2 dahsyat ujian kuasa ni.tunggu jela hari kau
Quote hawinor 2-12-2025 09:27 AM
figting
Quote kaseh80 2-12-2025 09:58 AM
Mcm hebat sgt
Tak boleh di tukar ganti
Sbb cable ke wayar ???
Quote kemaruk 2-12-2025 10:03 AM
"Di Parlimen, saya malas untuk bertanya banyak soalan kepada Zafrul kerana saya tidak fikir jawapan itu jawapan yang sepatutnya disampaikan oleh mana-mana menteri kewangan yang bertanggungjawab.

"Bila kita cakap soal bank, rakyat susah peniaga-peniaga kecil susah. Dia jawab mempertahankan bank bukan mempertahankan rakyat di bawah.
“Itu pun ada yang orang masih berkata Yang Berhormat! Yang Berhormat!" tambah Anwar, melakonkan seseorang yang bergegas untuk mencium tangan menteri kewangan.
"Menyampah betul. Ini yang saya sebut bangang ini. Bila sebut bangang, (kata) kasar, apa dia kasar? - bekas ketua
pembangkang...
Quote Cayn 2-12-2025 10:44 AM
dulu rasa nye macam ada harapan bila PH naik. Compared dgn PM2 lain abahcow, Mail, nmp la PMX ni international. Ghopenye lbh kurang je. Bila dah dapat kuasa sanggup buat apa saje utk kekal berkuasa.

Teruk betul Malaysia ni tak de pemimpin pelapis. Semua orang tua recycle. Tak de pilihan. Semua hauk.
Quote Dwdrum 2-12-2025 11:17 AM
Edited by Dwdrum at 1-12-2025 07:22 PM

Sepatut nya zafrul/PHBN etc.. fuck it up saja dengan US... Jadi populist biar netizen belajar untuk survive...
Quote elzy 2-12-2025 04:48 PM
Tengku Zafrul ketika ditemui media turut memberi bayangan beliau bakal terus berkhidmat dalam kerajaan selepas ini.

Untunglah.. Pandai jaga hati boss..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.045291 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top