CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alahan makanan laut, Daiyan Trisha berdepan gangguan usus - "“Baru tahu saya ada alah kepada udang, ketam dan kerang"

1-12-2025 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 969| Komen: 8

 


Kerap sakit perut selain berlaku gangguan pada usus sehingga menganggu aktiviti harian, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha mendedahkan dirinya disahkan mempunyai alahan terhadap makanan laut.

Ujar Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, alahan tersebut tidak muncul dalam bentuk lazim seperti kegatalan kulit atau sesak nafas, sebaliknya memberi kesan terus kepada kesihatan usus.

“Baru tahu saya ada alah kepada udang, ketam dan kerang, macam tak percaya.

“Dah makan semua itu sepanjang hidup saya. Saya suka makanan laut, mengapa ini berlaku kepada saya?,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Project High Council itu, alahan tersebut merosakkan keseimbangan ususnya sehingga membawa pelbagai masalah berturut-turut.

“Alahan ini bukan jenis gatal atau sesak nafas.

“Ini alahan yang ganggu usus dan membuatkan badan jadi tak sihat.


“Saya akhirnya dapat jawapan kepada semua persoalan saya, memang menangislah,” luahnya.

Pendedahan tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati.

Membalas komen salah seorang netizen, pelantun lagu Penat itu menjelaskan dia perlu berpantang seketika sebelum kembali menikmati makanan laut.

“Saya masih boleh makan makanan laut, cuma kena berhenti dulu sebab nak rawat usus.

“Kemudian boleh makan semula tapi dalam pemantauan,” ujarnya.

Peminat membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat, malah menasihati Daiyan supaya terus menjaga kesihatan agar tidak menjejaskan gaya hidup serta jadual kerjanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 2-12-2025 07:30 AM
gout?
Quote pet_ayut 2-12-2025 01:29 PM
eczema?
Quote sukanyanyi 2-12-2025 01:31 PM
Merapu2 la bila curhat kat threadz dibuat jd headline.. sbb mcm very tak penting..
Quote pocongkiutss 2-12-2025 01:41 PM
Kena jumpa pakar proktologi tak nanti?
Quote Purestteam1 2-12-2025 02:44 PM
kenapa x call abg...
Quote sharlenetexas 2-12-2025 10:43 PM
pocongkiutss replied at 2-12-2025 01:41 PM
Kena jumpa pakar proktologi tak nanti?

Asalkan bukan hkl.


Quote pocongkiutss 2-12-2025 11:23 PM
sharlenetexas replied at 2-12-2025 10:43 PM
Asalkan bukan hkl.


Manatau kena buang keje..dia masuk swasta ke kan

Btw tambah ilmu iols..tak penah dgr proktologi sebenarnya sebelum ni
Quote sharlenetexas 2-12-2025 11:36 PM
pocongkiutss replied at 2-12-2025 11:23 PM
Manatau kena buang keje..dia masuk swasta ke kan

Btw tambah ilmu iols..tak penah dgr proktol ...

Iols duk jumpa doc gastro tak pernah dengar pasal proktologi ni.


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050623 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top