CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘KKM diminta tidurkan Kak Ju, matikan, saya rasa nak gelak’ - Che Ta

1-12-2025 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3064| Komen: 41

 


Dibenci netizen gara-gara watak kakak ipar toksik, pelakon Rozita Che Wan menganggap percaturan kembali ke set penggambaran selepas tiga tahun ‘bercuti’ merupakan langkah paling tepat.

Rozita, 51, atau mesra disapa Che Ta mengakui karakter bernama Kak Ju dalam drama bersiri Bahagia Yang Tertangguh menjadi buah mulut penonton yang sakit hati melihat sikap wanita itu mengganggu rumah tangga adik sendiri.

“Penangan watak Kak Ju itu mengembalikan ingatan saya saat melakonkan watak Kiah Pekasam dahulu, cuma bezanya inilah kali pertama saya bawa karakter hitam. Jujur tak sangka kemunculan Kak Ju berbekas di hati penonton.

“Sejak siaran episod awal lagi, berbakul-bakul komen dan kecaman netizen saya terima. Siap pakej makian minta Kak Ju ditidurkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tak kurang juga yang komen minta watak Kak Ju dimatikan segera. Ada juga cakap berdepan bila jumpa saya dengan nada sinis, nak ‘pijak’ Kak Ju,” katanya mengenai drama arahan Osman Ali itu.


Begitupun, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak melihat percikan amarah ramai terhadap watak dijiwai itu sebagai ancaman, sebaliknya penerimaan terhadap mutu lakonannya.

“Dari sudut lain, saya percaya apabila watak itu meninggalkan kesan di hati penonton tak kira positif atau negatif, bererti diri ini sudah memberikan sehabis baik dalam menghidupkan watak Kak Ju sehingga meninggalkan impak.

“Komen dan kecaman sebegitu kalau difikirkan buat saya rasa nak gelak sebab geram punya fasal, mereka (penonton) sampai buat macam-macam terhadap Kak Ju,” katanya.

Pada masa sama, Che Ta berterima kasih kepada produksi iFabulous Art Media & Event Sdn. Bhd (iFame) dan pengarah yang memberi sepenuh kepercayaan kepada menjayakan watak tersebut.

“Mereka berani cabar saya keluar dari kepompong kebiasaan. Ikutkan saya memang lantang bersuara, dengan anak pun tegas cuma mungkin sebelum ini tiada produksi berani buka peluang saya bawakan watak jahat.

“Sampai anak saya berseloroh cakap watak Kak Ju itu macam diri sendiri. Tapi saya di rumah tidaklah sekejam Kak Ju. Malah kawan anak saya di Jerman yang menonton drama ini dalam talian pun terkejut yang mendakwa saya sangat garang, ‘laser’ dan cakap lepas,” ujarnya.

Mengakui menumpang tuah drama siaran Astro Ria yang diadaptasi novel judul sama nukilan Rissa Ahdiya, katanya kerjasama pelakon lain turut membuatkan naskhah terbabit memenuhi selera ramai.

Selain Che Ta, drama 28 episod itu turut menampilkan Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Riz Amin dan Mimi Ernida. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 1-12-2025 11:16 PM
Dalam gambar ini, semua wajah jadi rupa muda mudi...
Tidak dimakan usia...
Quote vender 2-12-2025 12:40 AM
Stress aku nengok cerita ni..asyik terpekik2..dpt tgk sekejap je..yg nad punya watak pun bg aku mcm nak padankan muka dapat kak ipar mcm tu, sbb dia pun sama je..
Quote red_velvet 2-12-2025 04:55 AM
Tengok citer ni sebab nanad.. Memang nalarekek acting nanad. Cheta pun ok, lama dia x berlakon tapi menjadi watak kak ju tu.. Tak sangka izue pun menyakitkan hati jadi watak laki Taraguna...
Quote A-Are 2-12-2025 08:11 AM
baru 2hari lepas terserempak zain saidin dgn echah kat Giant damansara..herlok je echah mcm kanak2 normal xda makeup2 bila dengan apaknya
Quote rain2169 2-12-2025 08:46 AM
me belum berpeluang lagi nak tengok citer ni.
Best ke uolls?....
Quote pauliza 2-12-2025 08:55 AM
Kadang2 lalu kt TT klip drama ni .Hangin jgk tgk part watak che ta Jual cincin watak nad zainal .Dh la menumpang rmh org ,Siap jual harta adik ipar .Huhu cumanya pelik sikit la Che ta ckp loghat Kedah ,Izzue pulak bunyi2 kelate
Quote goldden 2-12-2025 09:21 AM
weekend hr tu den terserempak dgn izzue kat gpo. putih melepak dia ni. tp dia pakai mask la jenjalan kat situ
Quote orkid_amani 2-12-2025 09:24 AM
Mcm penah baca novel bahagia yg tertangguh dulu..novel mmg best tp xtau laa drama ni best ka dak.. sudah2 laa tu production kat Msia ni buat drama adaptasi novel.. biaq ja laa novel tu kekal dgn readers dia..xpayah laa jadikan drama.. baaanyaaak yg xsampai..xsama dgn apa yg ditulis dlm novel
Quote hawinor 2-12-2025 09:30 AM
Ramai pelakon yg melakonkan watak jahat sebenarnya adalah org yg sangat baik haha...
Quote kaseh80 2-12-2025 09:59 AM
Umur masih 51 tahun gitu
Forever and ever
Quote noor2 2-12-2025 10:12 AM
X pernah tengok dan x minat nk tgk
Quote dudaberhias 2-12-2025 11:33 AM
Elok la tu di tidurkan sekali permaisuri kokdiang. Dah 2025 ni pun ada ya yang pakai bulu mata macam ulat bulu gitu? Dah macam drag queen. Perhilitan kutip jap please, semak!
Quote cheada89 2-12-2025 02:24 PM
citer ni aku layan sbb nad tu, tapi perasan tak bibir 'dekwan' tu nampak macam dia buat shesuatu? alamak. terganggu jap aku menengoknya. selain watak kak ju, aku naik darah scene raiqal anak diorg tu. merengek yg annoying. hahahahahha
Quote supernaturalee 2-12-2025 04:54 PM
cerita tak membina minda masyarakat malaysia


sedeyhhhh

Quote alesandra 2-12-2025 05:05 PM
Mak aku layan drama ni.aku tak.letih nengok drama berebut batang.tapi satu je aku pasan muka nekta  haggard
Quote AWEKSAMURAI 2-12-2025 05:51 PM
vender replied at 2-12-2025 12:40 AM
Stress aku nengok cerita ni..asyik terpekik2..dpt tgk sekejap je..yg nad punya watak pun bg aku mcm  ...

Btul weh ... Lemah gila sat keras sat lemah dia punya bodoh mcm budak x g skolah ..
Quote AWEKSAMURAI 2-12-2025 05:52 PM
cheada89 replied at 2-12-2025 02:24 PM
citer ni aku layan sbb nad tu, tapi perasan tak bibir 'dekwan' tu nampak macam dia buat shesuatu? al ...

Betul sgt hahaha smlm lg annoying lari keluar g ikut entah sapa2 dia bukan bdk tadika dia skolah dh kot hahaha.... Dgn rayqal tu aku rasa nk hamput
Quote AWEKSAMURAI 2-12-2025 05:54 PM
pauliza replied at 2-12-2025 08:55 AM
Kadang2 lalu kt TT klip drama ni .Hangin jgk tgk part watak che ta Jual cincin watak nad zainal .Dh  ...

Lg bodoh g bayar hutang ahlong abang biras x guna pinjam... Hahahaah malam ni xmau cerai plak ... Dh lah bini tau skandal laki dia preggy ... Dok lah bodoh pusing2 situ
Quote tepisket.. 3-12-2025 08:15 AM
Masalahnya apasal semua bibir dgn pipi bulat2 mungil2. Same clinic cucuk kah?? Mimi ernida tu mak aiii jerangkung nya mata. Pi la buat treatment sikit.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top