CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya tak hamil, hanya buncit’- Janna Nick nafi lagi berbadan dua

1-12-2025 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2598| Komen: 37

 


 “Saya tak hamil, saya buncit.”

Demikian seloroh pelakon dan penyanyi, Janna Nick sekali lagi membalas pertanyaan netizen berkenaan perubahan fizikalnya yang didakwa seperti berbadan dua.

Perkara itu dikongsikan Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 30, menerusi video yang dirakamkan di gimnasium bersama suaminya, Dini Schatzmann.

Menerusi kapsyen video berkenaan, Janna berharap penjelasannya dapat menjawab semua komen netizen yang masih salah faham dengan keadaan fizikalnya.

Malah pasangan selebriti yang tinggal di London sejak September lalu bagi menyambung pengajian hanya meminta orang ramai terus mendoakan mereka dikurniakan zuriat.

Menyemak ruangan komen di Instagram, ramai pengikut menitipkan kata-kata semangat terhadapnya dan suami.

“Semoga segera dikurniakan zuriat soleh dan solehah secepat mungkin,” tulis netizen.


“Kita doakan semoga Allah hadirkan zuriat ke dalam rahim Janna. Amin,” kata seorang pengikut lain.

Ini bukan kali pertama pengacara popular itu disangka mengandung, tetapi dia menjelaskan berat badannya naik berikutan rawatan kesuburan yang dijalani.

Dua kali menjalani suntikan hormon iaitu tiga bulan sebelum terbang ke United Kingdom turut membuatkan wajahnya menjadi sembab.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Jun 2023 itu sememangnya berharap dikurniakan cahaya mata dalam tempoh terdekat. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarberbisa 1-12-2025 11:25 PM
cerita hal puki jelah kau ni mek janna oii
Quote prince_marhaen 2-12-2025 08:02 AM
mungkin laki heshe kena stop kejap jadi acah2 pondan & babytalk....
Quote KamikuP 2-12-2025 09:08 AM
Moga dipermudahkan urusan mek jenna untuk hamil. AAmin
Mohon laki ko buat senaman bahu jugekk.. ekekek
Quote IzzahF 2-12-2025 11:04 AM
dlm bideo tu ai tgk kaki sheols je....mak aihh. kalo workout patut makin kecik dan toned la
Quote gangerina 2-12-2025 12:42 PM
teringat podcast sembang seram yg interview dia citer pasal kes ada saka berubat dgn Ashraf Muslim....dah boleh muhasabah diri lah Janna.....tone dia masa interview tu pada I mcm lekehkan Ashraf Muslim yg ikhlas niat nak tolong dia berubat....wallahualam
Quote makcun14 2-12-2025 01:10 PM
pi london nak study ke nak beranak?
konpius aku
Quote heythere123 2-12-2025 01:14 PM
gangerina replied at 2-12-2025 12:42 PM
teringat podcast sembang seram yg interview dia citer pasal kes ada saka berubat dgn Ashraf Muslim.. ...

dia memang rempit, tak reti nak cakap elok.
Quote sukanyanyi 2-12-2025 01:36 PM
Cite yg same lg. Yelah, org tak benti tanye kan, sheols pon tak benti la menjwb
Quote cm_vungtau 2-12-2025 02:53 PM
Kengkonon pergi study tapi nak conceive jugak. Naper ko tak pergi bercuti aje setahun. Tak payah bayar school fees
Quote Perawankota 2-12-2025 04:41 PM
Rasa dia dh patut diam x yah ckp apa2 pasal tu dah..
Quote kalchi 2-12-2025 04:57 PM
Nak tanya,  dia gemok sbb dia buat rawatan nk dpt anak tu atau mmg sebab kuat makan? Gemok dia mcm menjadi jadi
Quote bankerpencen 2-12-2025 09:49 PM
Tak payah cakap pon semua sedia tahu
Quote sharlenetexas 2-12-2025 10:41 PM
Bosan.


Quote L.U.S.M 2-12-2025 10:43 PM
Nak tiru izara ckp dia buncit ke tp izara mulut xcelupar mcm si Jana ni..hahah
Quote adeqbun 3-12-2025 08:13 AM
prince_marhaen replied at 2-12-2025 08:02 AM
mungkin laki heshe kena stop kejap jadi acah2 pondan & babytalk....

acah2 pondan pon jenis join hyrox merata2 weh...
Quote Mekgadis16 3-12-2025 10:50 AM
gangerina replied at 2-12-2025 12:42 PM
teringat podcast sembang seram yg interview dia citer pasal kes ada saka berubat dgn Ashraf Muslim.. ...

I ada tengok jugak podcast tu and i pun rasa benda sama. Bagi aku, tak kesah la kau nak percaya ke tak tapi jangan la nampak sangat kau macam nak memperlekehkan orang lain. Lagi2 bila orang tu niat dia nak tolong kau.
Quote Mekgadis16 3-12-2025 10:52 AM
L.U.S.M replied at 2-12-2025 10:43 PM
Nak tiru izara ckp dia buncit ke tp izara mulut xcelupar mcm si Jana ni..hahah

Haaa izara! No wonder aku rasa macam penah dengar orang cakap dia buncit je bukan mengandung. Duk pikir la sape. Izara rupanya
Quote Bulanbaru 3-12-2025 01:24 PM
kalchi replied at 2-12-2025 04:57 PM
Nak tanya,  dia gemok sbb dia buat rawatan nk dpt anak tu atau mmg sebab kuat makan? Gemok dia mcm m ...

Tu pun daku pikir sama. Sebab dulu makcik I menjalani fertility process desperate nak dapat kan zuriat. Hormone treatment ke ape, tak tau teknikal term semo. Tapi mendaki berat badan sheol dr size 6 ke size 14-16. Tapi rezeki masih tak datang2. Dah gib up lama skang.
Quote fifie_olin 3-12-2025 02:57 PM
dok review mkn je mana x buncit

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054080 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top