CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hubungan sejenis kini punca utama jangkitan HIV di Melaka

1-12-2025 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 547| Komen: 3

 


MELAKA – Hubungan seksual, khususnya hubungan sejenis kini dikenal pasti sebagai punca utama jangkitan baharu HIV di negeri ini berbanding trend beberapa tahun lalu yang disumbangkan daripada perkongsian jarum suntikan.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa berkata, situasi itu berkait rapat dengan perubahan corak pengambilan dadah apabila rata-rata penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah sintetik.

Menurutnya, peralihan tersebut menyebabkan risiko jangkitan melalui perkongsian jarum menurun dengan ketara, sekali gus menjadikan faktor hubungan seksual sebagai penyumbang utama jangkitan.

“Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini kita dapat melihat peningkatan jelas jangkitan HIV yang berpunca daripada hubungan seksual, termasuk hubungan sejenis, selari dengan trend di peringkat nasional.

“Golongan yang paling terkesan adalah dalam lingkungan umur 25 hingga 60 tahun, iaitu kumpulan usia bekerja,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Plak dan Sijil Pengiktirafan Sijil Bersih dan Selamat (BeSS) yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem di Zus Coffee, Bukit Baru di sini, hari ini.

Tambah Ruzita, walaupun jumlah kes tidak menunjukkan peningkatan mendadak, perubahan kepada punca jangkitan itu wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Kini, kebanyakan jangkitan yang dikesan adalah melalui hubungan seksual sama ada membabitkan gay ataupun lesbian, seperti yang turut direkodkan di peringkat nasional,” jelasnya.

“Tapi ingin saya mengingatkan masyarakat agar tidak membuat tanggapan melulu kerana tidak semua pesakit HIV dijangkiti akibat tingkah laku berisiko, ada sebahagian mereka yang tidak bersalah, sebab itulah usaha mengurangkan stigma sangat penting,” ujarnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 10-12-2025 11:48 PM
“Kini, kebanyakan jangkitan yang dikesan adalah melalui hubungan seksual sama ada membabitkan gay ataupun lesbian, seperti yang turut direkodkan di peringkat nasional,” jelasnya.

“Tapi ingin saya mengingatkan masyarakat agar tidak membuat tanggapan melulu kerana tidak semua pesakit HIV dijangkiti akibat tingkah laku berisiko, ada sebahagian mereka yang tidak bersalah, sebab itulah usaha mengurangkan stigma sangat penting,” ujarnya.

https://infosihat.moh.gov.my/pen ... kal-suami-anda.html



Quote Samerosie 11-12-2025 12:09 AM
Apalah photographer ni kau x reti guna panorama lense ke, kesian adik baju hitam dah rupa giant dah.
Quote kemaruk 11-12-2025 12:31 AM
sebelum ni apa punca utama? disuntik hiv dalam badan?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.040819 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top