CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktiviti songsang: JAWI panggil individu untuk dirakam percakapan

1-12-2025 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 994| Komen: 14

 


PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengambil keterangan dan merakam percakapan sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di sebuah kelab kesihatan di ibu negara pada Jumaat lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata Orang Yang Disyaki (OYDS) terbabit dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI untuk diambil keterangan dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata rakaman percakapan tersebut dijalankan berdasarkan Seksyen 59, Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) [Akta560] 1997.

"JAWI sudah selesai mengadakan siasatan terhadap individu yang disyaki bagi tujuan siasatan berkaitan Seksyen 25 (Liwat), Seksyen 29 (Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam) dan Seksyen 47 (Percubaan) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559)," katanya.


Beliau berkata OYDS hadir ke Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan memberikan kerjasama yang baik ketika sesi rakaman percakapan diadakan.

"Seterusnya, rakaman percakapan saksi pula akan dibuat dalam masa terdekat untuk mengumpulkan maklumat dan keterangan bagi menyokong keterangan mereka," katanya.

Mohd Na'im menyeru semua pihak supaya tidak sekali-kali memandang remeh terhadap gejala keruntuhan moral ini dan berkata isu ini jika dibiarkan mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara.

"Institusi dakwah perlu memperhebat usaha penerangan tentang kefahaman Islam yang murni kepada masyarakat," katanya.

Jumaat lalu, 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut membabitkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-12-2025 12:19 AM
Korang ni bila kena hiv+, bontot berulat pun belum tentu nak insaf. Bila maut datang menjemput terlambat sudahhhh.


Quote nisako 2-12-2025 10:34 AM
dari dulu pun mmg byk now lagi laaaaaaaaaaaaaa
Quote Kancilkering 2-12-2025 11:14 AM
masuk je satu cell dgn ahli gisb tu

Quote Decaffeinated 2-12-2025 11:48 AM
isu ini jika dibiarkan mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara.

memang dah famous satu dunia pun Malaysia angkut gay naik lori, tak tau le nak suka ka nak bangga
Quote Decaffeinated 2-12-2025 11:56 AM
sharlenetexas replied at 2-12-2025 12:19 AM
Korang ni bila kena hiv+, bontot berulat pun belum tentu nak insaf. Bila maut datang menjemput terla ...

nak insaf dari membirah itu possible ada ja gay ni nak settle down dengan pasangan pilihan hati tapi di tanah air ni tak dibenarkan la pulak. kena kawin di Siam juga lah nampak gayanya tiru lelaki straight nak poligami.

Quote Dwdrum 2-12-2025 11:57 AM
Geli pula aku baca thread anti lgbt ber cerita tentang bontot and tahi... Sama perangai pula dengan gay main bontot...new fetish ka apa cara ber dakwah.... Nasty and gross...
Quote MissYouSayang 2-12-2025 02:12 PM
Liwat tu bermaksud main jubur  .x kisah la ko rela ke tak or top ke botem still kategori satu kesalahan jgk...
Quote sharlenetexas 2-12-2025 02:34 PM
Decaffeinated replied at 2-12-2025 11:56 AM
nak insaf dari membirah itu possible ada ja gay ni nak settle down dengan pasangan pilihan hati ta ...

Bila dapat penyakit kronik tanggung sendirilah. Ubat pun mahal. Dah gayah ni sinonim dengan anus. Apsal geli pulak bila sebut bontot. Rektum bunyi educated. Kanser kolon. Colonoscopy. Geli tak dengar? Bodoh jahil punya orang.


Quote sharlenetexas 2-12-2025 03:12 PM
Dwdrum replied at 2-12-2025 11:57 AM
Geli pula aku baca thread anti lgbt ber cerita tentang bontot and tahi... Sama perangai pula dengan  ...

Dah perkataannya bontot. Anus tak geli? Uranus neptune pluto. Acah2 geli. Punyalah perangai acah2 privilege pulak.



Quote Decaffeinated 2-12-2025 09:47 PM
sharlenetexas replied at 2-12-2025 02:34 PM
Bila dapat penyakit kronik tanggung sendirilah. Ubat pun mahal. Dah gayah ni sinonim dengan anus.  ...

salah reply ka ni? macam tak tally ja dengan komen aku

Quote clueless_gamer 10-12-2025 11:42 PM
aritu aku ade tengok jap yg wartawan tu tanya org kena tangkap tu.. ada yg ngaku sendiri dia second time datang dan nak TRY ORANG LAIN, ke ada yg first time sampai berdarah towel tu?

gay ni berpasangan ramai ye, maksudnya boleh menyebar dkt org lain.. dah ada anak bini pun tapi masih main belakang lagi..

ko mungkin takde hiv tp bila boypren ko tu sebenarnya tak tau dia pun baru berjangkit dgn scandal dia yg nombor 3 tu. pastu ONS dgn ko pastu ko balik dok peluk bini plak, pastu ada yg breastfeeding anak lagi.. tak ke dah berjangkit satu keluarga tu nanti? tak ke rosak masyarakat tu nanti?

yelah benda sedap suka sama suka ni.. tapi bila dah sakit nanti, anak bini tu yg datang lawat ko dkt hospital nanti, hantar ko dkt liang lahad nanti, berbaloi ke nak pakai alasan konon tu hak individu hak privasi dia sendiri? padahal dah banyak mangsa yg kena aids dlm diam ni nanti?

ke rasa tu bukan masalah ko? ke ko rasa tuhan tu tak adil? atau agama ni kolot?

Quote kemaruk 10-12-2025 11:55 PM
clueless_gamer replied at 10-12-2025 11:42 PM
aritu aku ade tengok jap yg wartawan tu tanya org kena tangkap tu.. ada yg ngaku sendiri dia second  ...

hati2 ada ramai LGBT/peliwat enabler kat dalam forum ni
Quote silance 11-12-2025 12:41 AM
Jumaat lalu, 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut membabitkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

-Haaaaa, momod tolong check sapa tak login/comment sejak jumaat mungkin ada dalam 208 tu.

Quote stingerkaypoh 11-12-2025 04:57 AM
kemaruk replied at 11-12-2025 01:55 AM
hati2 ada ramai LGBT/peliwat enabler kat dalam forum ni

Meroyan nampak malam ni... rahsia sis KM sudah pecah kerrr? Ader ke lelaki sejati gigih nk mengomen pasal kes Mdolla nyah?!
Ader kah?







Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.135698 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top