CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki parah diserang buaya akibat limpahan tali air di Teluk Intan

1-12-2025 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1896| Komen: 20

 


Teluk Intan: Seorang lelaki cedera akibat dibaham buaya dalam kejadian di kawasan kebun di Kampung Sungai Buaya, di sini Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada lutut kiri.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff berkata, laporan kejadian diterima pihaknya jam 6.30 petang Sabtu lalu, dengan mangsa yang cedera kemudiannya dirawat di Hospital Teluk Intan.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemunculan buaya yang menyerang lelaki itu datang daripada limpahan dari tali air berdekatan susulan banjir yang melanda kawasan sekitar.

"Memang ada kes itu. Kita terima laporan jam 6.30 petang Sabtu lalu.

"Kemungkinan, buaya itu terlepas di situ disebabkan banjir, dan ya, ia kemunculan pertama buaya di kawasan berhampiran di situ," katanya ketika dihubungi malam ini.


Menurutnya, setakat ini tindakan yang diambil pihak Perhilitan adalah melakukan pemantauan di samping memasang papan tanda amaran.

Sejak semalam, tular di aplikasi WhatsApp mengenai seorang lelaki mengalami kecederaan serius susulan diserang buaya sewaktu sedang menjaring ikan di kawasan kebunnya di Kampung Sungai Buaya.

Berdasarkan tular itu, buaya dikatakan masuk melalui kawasan pintu air yang terdapat sekitar kawasan kampung yang mana ia didapati bersambung dengan Sungai Perak.

Pada jam 8 malam Sabtu lalu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan terdapat 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan banjir yang melanda daerah Hilir Perak yang kawasan Teluk Intan berada di dalamnya, membabitkan 1,950 mangsa daripada 587 keluarga.



Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 2-12-2025 07:15 AM
buaya ikut air banjir, seram
Quote KamikuP 2-12-2025 08:26 AM
pATUT LEr nama Kg Sungai Buaya.. tempat buaya rupanya
Quote TravellingBear 2-12-2025 08:29 AM
Kalau buaya kecil (alligator) boleh serang manusia gak ke
Quote midori888 2-12-2025 08:45 AM
mmg betul ada buaya rupanyer sungai tu...
Quote AbukRokok 2-12-2025 09:06 AM
malaysia darul buaya
Quote afie_m 2-12-2025 09:13 AM
seram, kena beringat bila banjir melanda lah dekat jg tu
Quote cef_digivice 2-12-2025 09:17 AM
So terrified
Quote nisako 2-12-2025 10:33 AM
takunyeeeeeeeee
Quote vanilacup 2-12-2025 10:38 AM
Allahu Rabb semoga diangkat segala kesakitan beliau dan dipermudahkan urusan rawatan. Malang memang tidak berbau. Ujian besar yg tak pernah disangka akan dtg sebegitu rupa..
Quote IzzahF 2-12-2025 11:03 AM
nama kampung dia pun kampung sungai buaya? mmg ada buaya la maksudnya...
Quote Skuau 2-12-2025 11:55 AM
JADI...Papan tanda tu..nak ingatkan BUAYA supaya jangan masuk ke kawasan manusia ke???Reti ke buaya tu baca dan fikir
Quote Skuau 2-12-2025 11:56 AM
KamikuP replied at 2-12-2025 08:26 AM
pATUT LEr nama Kg Sungai Buaya.. tempat buaya rupanya

Dah KAMPUNG BUAYA...AWAT depa pi ceroboh...tak heran la buaya marah...
Quote kotakbaju 2-12-2025 06:51 PM
Bukan buaya semenanjung jenis tak kokak makan orang ke, sebab dulu2 ada perjanjian antara kaum buaya dan manusia ke iols silap paham.
Quote kotakbaju 2-12-2025 06:52 PM
Skuau replied at 2-12-2025 11:56 AM
Dah KAMPUNG BUAYA...AWAT depa pi ceroboh...tak heran la buaya marah...

Takde kata2 dari buaya ke skuau
Quote sharlenetexas 2-12-2025 07:19 PM
Mana gambar buayanya?


Quote Jitu 2-12-2025 09:42 PM
ngeri
Quote Jitu 2-12-2025 09:43 PM
kotakbaju replied at 2-12-2025 06:51 PM
Bukan buaya semenanjung jenis tak kokak makan orang ke, sebab dulu2 ada perjanjian antara kaum buaya ...

hanya sungai pahang
tp kesahihan tak dpt dipastikan
Quote kotakbaju 2-12-2025 09:47 PM
Jitu replied at 2-12-2025 09:43 PM
hanya sungai pahang
tp kesahihan tak dpt dipastikan

Ingatkan semua buaya di semenanjung. Jadi tak heran la berita kena kokak dek buaya di kampung buaya di perak @KittyCatz
Quote kotakbaju 2-12-2025 09:49 PM
Jitu replied at 2-12-2025 09:43 PM
hanya sungai pahang
tp kesahihan tak dpt dipastikan


-double post-

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054029 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top