CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah sambut ‘birthday’ dengan keluarga Andi di Jakarta?

2-12-2025 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1522| Komen: 5

 

Meraikan ulang tahun ke-40 dengan penuh kesyukuran, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan segala yang dilalui sama ada suka atau duka memberi nikmat tersendiri.

Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, setiap pengalaman dilalui sepanjang 2025 menjadikannya sebagai insan yang terus kuat.

“Selamat hari lahir kepada diri sendiri. Saya bersyukur atas setiap peluang yang telah membantu saya berkembang sepanjang tahun ini.

“Saya juga berterima kasih atas setiap pintu yang tertutup, kerana itu bukan jalan yang terbaik untuk saya,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Pada perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengabadikan foto menyambut ulang tahun bersama permata hati serta beberapa individu dipercayai ahli keluarga pelakon Indonesia, Andi Arsyil di sebuah restoran di Jakarta, Indonesia

Menerusi hantaran sama, Puteri Sarah menitipkan doa agar tahun baharu yang hanya berbaki beberapa minggu lagi membawa ketenangan serta ruang bermuhasabah.

“Pada tahun yang bakal datang, saya mahu meluangkan masa di tengah-tengah kesibukan untuk menenangkan fikiran.

“Saya ingin merenung siapa diri saya, dan siapa yang saya ingin menjadi. Saya akan mencari dan mengenali diri saya sepenuhnya,” ujarnya.

Difahamkan, pelakon drama Evolusi KL Drift: The Series itu bercuti bersama anak-anaknya di Indonesia sejak empat hari lalu.

Terdahulu, selepas bercerai dengan pengarah, Syamsul Yusof pada Jun 2023, Puteri Sarah dilihat akrab dengan Andi.

Begitupun, kedua-duanya mengakui hubungan mereka berlangsung secara profesional iaitu sebagai rakan perniagaan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-12-2025 09:59 AM
dah basiii...ex-laki pun dah cerai ngan birah...dia masih lagi try hard nak nampak laku...
Quote Farnor 3-12-2025 04:50 PM
Kahwin lah ps.. Boleh dah tu move on.
Quote pocongkiutss 3-12-2025 05:42 PM
Farnor replied at 3-12-2025 04:50 PM
Kahwin lah ps.. Boleh dah tu move on.

Yindon tu okeh ke uols..huhuh
Quote haniasyira 3-12-2025 05:56 PM
prince_marhaen replied at 3-12-2025 09:59 AM
dah basiii...ex-laki pun dah cerai ngan birah...dia masih lagi try hard nak nampak laku...

Kan,pastu kadang Rengsa jugk tgk dia suka melentik2 kan badan bila begambar
Quote Farnor 3-12-2025 07:23 PM
pocongkiutss replied at 3-12-2025 05:42 PM
Yindon tu okeh ke uols..huhuh

Ada jer yindon ok n berakal serta bijak tp nak cari pasangan yg mcm ni agak susah sikit dlm ratusan juta rakyat..kena tapis lah kot.. Andi tu ok jer bg guwe.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067562 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top