|
KOTA BHARU – Seorang penganggur yang dipercayai menikam isterinya sampai mati dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh dekat Tanah Merah semalam negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, keputusan itu diperoleh hasil daripada ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek yang berusia 63 tahun selepas lelaki tersebut ditahan. Menurutnya, siasatan awal mendapati, tahap kesihatan mental suspek juga normal dan tidak mengalami sebarang gangguan semasa kejadian. “Kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu. Suspek dikatakan terlampau marah selepas mengesyaki isterinya mempunyai kekasih sebelum bertindak menikam wanita itu. “Pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati, mangsa maut dengan kesan tikaman pada badannya dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang penganggur yang dipercayai menikam isterinya hingga mati dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh dekat Tanah Merah semalam kerana cemburu selepas mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih direman enam hari. Perintah reman yang bermula hari ini hingga Ahad ini terhadap lelaki berusia 63 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini. Tahanan reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sumber – KOSMO! ONLINE |

emera replied at 2-12-2025 02:24 PM
Tua bangka, bini 3, x keje.. hinanya kaw. Aku x phm apa yg buat bini2 tu nk kat jantan useless nih : ...
krustykrab replied at 2-12-2025 02:01 PM
Kalau umur 63 tu boleh dikategori sbg penganggur ke?
So atok nenek yg dah tak kerja tu kira pengangg ...

Skuau replied at 2-12-2025 03:00 PM
tafsiran depa..atok ni dr abeh sekolah sampaila 63....tak pernah kerja....nganggur memanjang...:lo ...
krustykrab replied at 2-12-2025 02:01 PM
Kalau umur 63 tu boleh dikategori sbg penganggur ke?
So atok nenek yg dah tak kerja tu kira pengangg ...
copy_paste replied at 2-12-2025 03:07 PM
kita ni lepas pencen nt dikira penganggur la kot hahahaha,


TravellingBear replied at 2-12-2025 08:56 PM
Penganggur sudah sekian lama . Tu la dipanggil penganggur

copy_paste replied at 2-12-2025 07:07 AM
kita ni lepas pencen nt dikira penganggur la kot hahahaha,

ADVERTISEMENT