CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekadar bertuala tak cukup untuk dakwa – Peguam

3-12-2025 08:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1767| Komen: 41

 


KUALA LUMPUR – Peguam kanan, Muhammad Hasif Hasan menegaskan adalah  penting untuk mendapatkan bukti yang boleh mengaitkan seseorang individu dengan kegiatan tidak bermoral termasuk dalam kes kontroversi serbuan pusat sauna gay di Chow Kit baru-baru ini.

Menurutnya, beban pembuktian kes terletak di bahu pihak pendakwaan dan tanpa bukti kukuh, adalah sukar bagi pihak pendakwaan mendakwa seterusnya memenangkan kes di mahkamah.

Sekiranya pendakwaan diteruskan, hakim tiada pilihan melainkan melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan.

Tambah beliau, untuk menangkap individu tidak terlalu sukar kerana seseorang itu boleh ditahan berdasarkan syak yang munasabah bahawa mereka dipercayai telah melakukan kesalahan jenayah.

Namun tangkapan dan pendakwaan adalah dua perkara yang berbeza.

 


“Peruntukkan yang ada di bawah Seksyen 377A, 377B dan 377C adalah berkaitan dengan seks luar tabii. Adalah menjadi kesalahan bagi pelaku secara paksa atau sukarela melakukan kesalahan persetubuhan luar tabii ini,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau malam tadi.

Merujuk kepada kes di pusat sauna gay di Chow Kit, Hasif berkata, persoalan timbul berhubung apa sebenarnya yang sedang mereka lakukan ketika serbuan oleh pihak berkuasa.

Ujarnya, jika tidak ada seorang pun yang ‘sedang’ melakukan perbuatan seks luar tabii semasa serbuan maka sukar dicari bukti bagi pelaku kesalahan tersebut.

Tambah beliau, jika dikatakan ada percubaan melakukan seks luar tabii pula, masih perlu kepada bukti bagi perbuatan tersebut.

Siasatan penguat kuasa akan menjadi lebih sukar sekiranya selepas ditangkap, tidak ada seorang pun yang mengaku telah melakukan seks luar tabii sama ada secara rela atau dipaksa.

“Jika kita gunakan perundangan Syariah sekalipun keberadaan lelaki sesama lelaki di dalam premis tertutup tidak menjadi kesalahan sebaliknya dakwaan berkhalwat hanya jika terdapat lelaki dan wanita,” katanya.

Tambah Hasif, jika sekali pun ada dakwaan semua lelaki yang ditangkap adalah gay, masih sukar untuk membuktikannya, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mengaku.

Malah sekiranya mereka semua adalah gay, masih tidak ada kesalahan berkumpul bersama melainkan terdapat bukti mereka ‘sedang’ melakukan seks luar tabii.

“Jika sekiranya mereka memakai tuala mandi, masih tidak mencukupi untuk menuduh mereka melakukan seks luar tabii atau berpakaian tidak sopan,” katanya.

Menurut Hasif, selama kira-kira 30 tahun menjadi peguam, kes pendakwaan akan mudah dan terurus apabila mangsa memberi kerjasama atau mahu mendapatkan keadilan bagi diri mereka, umpama akan hadir tanpa disuruh.

“Saya percaya jika kaedah perundangan tidak berkesan, maka kaedah holistik atau keagamaan wajar diterapkan kepada individu berkenaan,” katanya. 

Sumber – MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-12-2025 09:34 PM
Dakwa tauke takleh ke?


Quote Skuau 3-12-2025 09:53 PM
Korang x antar spy ke sebelum ni??? Terus serbu jer...berdasarkan..'dengar2'???
Quote airfilterkotor 4-12-2025 12:25 AM
Aku percaya, yang hadir ke spa tu bukan taktau tempat tu tempat apa. Ofkos tau punyalah.
Kalau disoal, memang takkan mengaku laa. Giler ko.
Quote dua_chzy 4-12-2025 01:09 AM
Kan? Takda 4 saksi nampak penis masuk dalam dubur, camna nak dakawa?

#videohanyalabesi
Quote B40tastePosh 4-12-2025 02:48 AM
dua_chzy replied at 4-12-2025 01:09 AM
Kan? Takda 4 saksi nampak penis masuk dalam dubur, camna nak dakawa?

#videohanyalabesi

Paderi Maiden lama tak nampak... Takkan Undang2 sekular tak boleh mendakwa Cina cina tu juga...
Quote TomyamPuteh 4-12-2025 06:33 AM
Kalau gitu kena cekup time tgh menusuk Dan ditusuk la ye?
Quote Tinot7 4-12-2025 06:41 AM
TomyamPuteh replied at 4-12-2025 06:33 AM
Kalau gitu kena cekup time tgh menusuk Dan ditusuk la ye?

Kalau kena serbu, takkan nak continue xtvt
Quote venom1 4-12-2025 06:56 AM
darah kat towel tu darah period ke
Quote Ai_kiu 4-12-2025 08:24 AM
https://www.threads.com/@republik.indo.store/post/DRzBKlUkutp?xmt=AQF0k1QvPcL2kyL3r3EEOhaxXzbekKoYIngxjv9YPcgmqZ05bsP95wKF1L-qAOzP7dxnZPQd&slof=1

Syg nya malaysia hanya negara Islam pada nama
Undang syariah & sivil selalu berlaga angin. Byk kerenah sgt hudud takleh dilaksanakan atas dasar menjaga hati non muslim.
Quote stingerkaypoh 4-12-2025 08:25 AM

Atas kapasiti apa eh sissytexan?
Lesen spa tu lesen rumah ibadah kew? ... unless ada bideo/ footage CCTV budak2 tu menonggeng...menyontot bersepai kunyit  sampai ke suboh.
Quote me12345 4-12-2025 08:29 AM
Bila dh buat operasi raid baru nk pikir mekanisme padahal geng jubur taik ni dh lama..bodoh sungguh ustat menteri, penguat kuasa, jab agama..selama ni korang mkn gaji buta
Quote bulalof 4-12-2025 08:33 AM
besarnya lompong undang undang....
Quote plywood 4-12-2025 08:55 AM
Baguslah peguam pun dah ada yang bagi pendapat dari perspektif undang-undang.. nak dakwa kena ada bukti yang kuat atau pengakuan.. bukti tak ada dan siapa yang nak mengaku..




Quote tripleid 4-12-2025 10:14 AM
Edited by tripleid at 4-12-2025 10:18 AM
me12345 replied at 4-12-2025 08:29 AM
Bila dh buat operasi raid baru nk pikir mekanisme padahal geng jubur taik ni dh lama..bodoh sungguh  ...


menteri lobai Pas zmn tebok atap dulu penah bgtau undang2 lgbt ni dah mncukupi katenyehhh...



Screenshot_2025-12-04-10-11-51-245_com.android.chrome-edit.jpg
Quote Decaffeinated 4-12-2025 10:16 AM
Ada acik forum sorang boleh ajar polis cara2 menangkap gei. Dia belajar dari hanif katri, loyer juga tu. Katanya lah
Quote Decaffeinated 4-12-2025 11:55 AM
bulalof replied at 4-12-2025 08:33 AM
besarnya lompong undang undang....

bukan lompong tapi perkara paling basic dalam pendakwaan ialah bukti.

undang2 anti liwat ini digubal untuk serangan seksual, ada mangsa nak testify tapi sekarang diguna untuk kerajaan tentukan what people do with their dicks. Kena pula yang nak didakwa itu sendiri seorang pendakwa raya, memang payah lah.

Quote B40tastePosh 4-12-2025 12:16 PM
Tinot7 replied at 4-12-2025 06:41 AM
Kalau kena serbu, takkan nak continue xtvt

Boleh suruh saksi² atau pendakwa raya , hidu ada bau taik tak pada zakar... Kenapa zakar bau taik.
Quote edayildiz 4-12-2025 12:39 PM
Skuau replied at 3-12-2025 09:53 PM
Korang x antar spy ke sebelum ni??? Terus serbu jer...berdasarkan..'dengar2'???

sapa yg nk jd spy...kena sacrifice body ..
Quote ultra78 4-12-2025 01:01 PM
dua_chzy replied at 4-12-2025 01:09 AM
Kan? Takda 4 saksi nampak penis masuk dalam dubur, camna nak dakawa?

#videohanyalabesi

Saya bersetuju dengan peguam tu. Mcm mana nak dakwa kalau tiada siapa pun mengaku jadi mangsa. Kalau didakwa pun nanti akan dibuang aje kes ni di mahkamah.

Kalau mahkamah syariah nak proceed silakan. Tapi cukup ke bukti nak dakwa.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.048320 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top