CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Insya-Allah, kalau ada benda baik perlu dikongsi, kami beritahu’ - Nora Danish

5-12-2025 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2319| Komen: 26

 

Meski sering didakwa sedang menjalin hubungan istimewa, pelakon Nora Danish masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status hubungannya dengan perunding kewangan, Mickey Ayo.

Belum bersedia untuk berkongsi kepada umum, Nora, 43, , bagaimanapun menghargai setiap doa dan restu yang diberikan orang ramai terhadap hubungannya dengan jejaka berusia 35 tahun berkenaan.

“Saya rasa masih terlalu awal untuk kami komen lebih lanjut tetapi sangat bersyukur kerana ada penyokong yang sentiasa mendoakan dan bersama dengan saya sehingga hari ini.

“Saya amat menghargainya dan semoga kalian terus mendoakan yang terbaik buat semua.

“Insya-Allah, kalau ada perkara yang baik dan perlu dikongsi, kami akan beritahu perkara itu,” katanya ditemui pada program Amber Allstar Picklebash di Kings Court@TTDI, di sini, semalam.

Mengulas mengenai Mickey yang kini kerap menjadi bahan bualan ramai, dia berkata, pernah menasihati agar sentiasa positif dengan setiap respons diberikan.


Dia juga memberitahu hanya melalui setiap episod kehidupan termasuk hubungan dengan Mickey seperti diaturkan Tuhan.

“Sebenarnya, saya serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Jika sudah tertulis begitu, saya terima sebagai takdir.

“Kadang-kadang memang ada tekanan, terutama bagi Mickey kerana dia tidak biasa dengan perhatian umum.

“Saya juga selalu pesan padanya untuk kuat dari segi mental dan fizikal. Dalam dunia ini, memang akan ada yang suka dan sebaliknya tetapi itu lumrah serta pasti ada hikmah,” katanya lagi.

Sementara itu, Mickey pula memberitahu, dia berasa kurang selesa dengan perhatian yang diterima sejak hubungannya dengan Nora mula bertebaran dalam media sosial.

“Memang ada sedikit kurang selesa sebab saya tak biasa dengan situasi begini.

“Bidang saya pun bukan dalam dunia hiburan tetapi inilah realiti bila kita berkawan dengan selebriti, perkara sebegini memang tak dapat dielakkan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Nora menjadi perhatian selepas memuat naik foto seorang lelaki berkopiah putih, sekali gus menimbulkan khabar angin dia sudah memiliki teman istimewa.

Mereka juga kini dilihat semakin terbuka muncul berdua dalam majlis keramaian atau aktiviti sukan bersama.

Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum bercerai pada 19 Jun 2024. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu, Nora turut berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan berpisah pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal, 17.  
 

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 5-12-2025 01:01 PM
Boleh saing2 dgn primadona
Quote Perawankota 5-12-2025 01:58 PM
Asalkan ko bahagiaaa
Quote afie_m 5-12-2025 02:51 PM
ok lah, moga berbahagia
Quote Maroon_nerds 5-12-2025 09:43 PM
Dia sama ngan erra. Punya la ramai dato2, vvip. Tapi tetap memilih yang biasa je. Agaknya dah bosan ngan lelaki berpangkat & ada nama ni.
Quote cmf_jeangrey 5-12-2025 11:48 PM
Laki tu xde nama sebenar ke? Rimas baca nama samaran ni
Quote thelilyallen 5-12-2025 11:54 PM
cmf_jeangrey replied at 5-12-2025 11:48 PM
Laki tu xde nama sebenar ke? Rimas baca nama samaran ni

Aku terbayang mickey mouse je tiap kali baca. Tapi gelilah, dah tua ganyut pun nak bermickey mickey
Quote jambatannetizen 6-12-2025 09:50 AM
Sorry. Tak sesuai langsung! I rase sekejap je ini. Umur pun beza banyak yang perempuan itu jauh tua.
Quote emera 6-12-2025 09:58 PM
Mcm xkan lama tahannya.
Quote Burong_Hantuk 6-12-2025 10:50 PM
Sendu...
Quote missyL 7-12-2025 03:27 AM
Aku sorang je ke menyampah sejak nowa hijrah. .ahahah makin gedix plk. Elok mase sexy
Pminat nowa jgn marah
Quote NazRysha 7-12-2025 05:05 PM
Maroon_nerds replied at 5-12-2025 09:43 PM
Dia sama ngan erra. Punya la ramai dato2, vvip. Tapi tetap memilih yang biasa je. Agaknya dah bosan  ...

vvip pun dah tak hingin kat dia ni
Quote cm_vungtau 7-12-2025 05:41 PM
Menyampah manusia2 perunding kewangan ni semua. Padahal agent insurans kot
Quote sukanyanyi 7-12-2025 05:44 PM
missyL replied at 7-12-2025 03:27 AM
Aku sorang je ke menyampah sejak nowa hijrah. .ahahah makin gedix plk. Elok mase sexy
Pminat nowa j ...

Meols pon lg suke sheols berambot kepok2. Sbb sheols mcm tak pandai styling tudung..pastu baju nampak marhaen sgt.  Org yg baru berhijrah mmg ade masalah ni..
Quote sukanyanyi 7-12-2025 05:47 PM
Deleted
Quote sukanyanyi 7-12-2025 05:48 PM
NazRysha replied at 7-12-2025 05:05 PM
vvip pun dah tak hingin kat dia ni

Meols mmg tak fhm kalo org cdg retis2 miss j dgn vvip. Kalo vvip tu leh dpt marhaen yg lg cun bergetah stok bini sapetah yg pungkok mcm kim k baru ni tu, nape mesti dgn retis yg ade baggage? Muka cun pun itu dulu kala kot sblm deyols kawen..
Quote NazRysha 7-12-2025 05:51 PM
sukanyanyi replied at 7-12-2025 05:48 PM
Meols mmg tak fhm kalo org cdg retis2 miss j dgn vvip. Kalo vvip tu leh dpt marhaen yg lg cun berg ...

kan u
vvip skang ni xheran dah kat artis pun
baik amik anak dara
Quote NazRysha 7-12-2025 05:51 PM
thelilyallen replied at 5-12-2025 11:54 PM
Aku terbayang mickey mouse je tiap kali baca. Tapi gelilah, dah tua ganyut pun nak bermickey micke ...

macam mamat rempit
Quote amyza 7-12-2025 07:01 PM
Puan sri dah taknak kenen nowa balik ke jejai? Masing² tengah single. Kan nowa kesygan puan sri.
Tiber rindu pulak thread bergasak nd vs fs
Quote boudinniA 7-12-2025 08:08 PM
Kadang2 kasihan pada artis2 single. Theyols tak kata pun nak vvip ke siapa ke, tapi netizen yang pepandai komen macam tu. Lepas tu artis tu yang kena cerca macam2.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038204 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top