|
Terpanggil memberikan pandangan, pelakon Adam Corrie berharap individu mualaf yang mempunyai tatu di tubuh mereka menyembunyikan bahagian anggota badan tersebut. Adam atau nama lengkapnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 57, berkata, mereka yang mendapat hidayah Allah wajar mengelakkan diri daripada mengundang fitnah. “Apabila kita sudah terima syahadah, apa yang mampu kita elakkan, kita cuba elakkan. “Contohnya (kalau) ada tatu di tangan, pakailah baju yang berlengan panjang. “Bukan kerana malu dengan manusia tetapi mahu menjaga adab dan mengelakkan fitnah,” katanya dalam perkongsian di Threads. Dalam hantaran sama, Adam yang memeluk Islam hampir dua dekad lalu turut berkongsi hadis berkaitan tiada lagi dosa lalu sebaik menjadi saudara baharu. “Semua dosa lampau dihapuskan termasuklah tatu yang dibuat sebelum syahadah. Ini berdasarkan hadis: Islam itu menghapuskan dosa-dosa sebelumnya. (HR Muslim).
Begitupun, akui aktor yang terkenal sebagai pelakon aksi itu menyatakan perkara disarankan merupakan pilihan, bukan satu paksaan. “Selain itu, membuang tatu juga tidak diwajibkan sekiranya tindakan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kerana Islam tidak pernah membebankan penganutnya. “Namun, sebagai seorang Muslim, perbuatan itu hendaklah disesali dan tidak diulangi lagi,” ujarnya. Adam yang juga Tokoh Saudara Kita 2017 sempena Maal Hijrah aktif menyuarakan pandangan berkaitan isu semasa menerusi laman sosialnya. Sumber: – KOSMO! ONLINE |
hazlya replied at 5-12-2025 08:46 PM
Setuju. Ada parent kawan anak iols kt SBP banyak tatu kat tangan. Tapi asek la pakai tshirt tangan p ...

klu tak sepanjang masa kat luar guna long sleeves ...boleh ler berlengan pendek ke mana juga.. HappyGumbira replied at 6-12-2025 10:31 PM
Ipar iols mualaf bertatoo, banyak kat tangan kaki. Besar2...tapi kalau blk kg memang pakai baju berl ...
azimodin replied at 6-12-2025 09:40 AM
Suami sepupu iouls orang temasik pon sama. Mak bapak memang melayu ya. Balik kampung untuk kenduri ...
red_velvet replied at 7-12-2025 07:18 AM
57 dah umur dia.. Tak sangka, sikit masa lagi nak dapat gelaran warga emas.. Macam baru je nampak d ...
helicornia replied at 7-12-2025 10:17 AM
Mmg kebanyakan org bertatu ni try hard sgt nak menunjuk tatu dorang. Klu bole sleeveless terus.ei do ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041278 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.