|
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, mendedahkan pengalaman paling unik sepanjang kehidupannya apabila 'bergayut' di telefon selama enam jam bersama bakal suaminya, ahli perniagaan Ezwan Zain atau Mr. E. Erra, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, mengakui dia sebenarnya bukan individu yang gemar berbual panjang di telefon, sebaliknya lebih selesa berkomunikasi menerusi mesej. Namun, Ezwan berjaya membuatkannya berborak lebih lama daripada kebiasaan. "Saya bukan kaki borak dalam telefon. Selalunya saya mesej sahaja. Tapi dia (Ezwan) nak telefon pula. "Tahu tak berapa lama? Enam jam. Pertama kali dalam hidup saya yang sudah masuk 50 tahun, saya boleh bercakap selama itu. "Dalam hati saya terfikir, 'dia ni bila nak letak telefon'. Tapi sebagai wanita sopan, saya layankan," katanya sambil berseloroh dalam sesi bual bicara audio siar Kasi Onz milik mereka.
Menurut Erra, Ezwan banyak berkongsi cerita hingga dia mampu meletakkan telefon di tepi sambil melakukan kerja lain. Sementara itu, Ezwan secara bersahaja mengakui tempoh enam jam itu 'tidak terasa' dan mendedahkan cabaran awal untuk mendekati Erra memandangkan wanita itu tiada aplikasi WhatsApp. "Saya nak berkomunikasi dengan Erra cukup susah. Dia tak ada WhatsApp. "Biasa orang guna WeChat untuk ke China, tapi Erra guna di Malaysia dengan sangat konsisten. Mula-mula saya ingat dia tipu atau pakai dua telefon," kongsinya. Disebabkan itu, perkenalan mereka berlangsung menerusi mesej langsung (DM) di Instagram sebelum Erra memberikan nombor telefon beberapa bulan kemudian. Ezwan kemudian membuat panggilan pertama selepas mendapatkan persetujuan Erra. Sementara itu, Erra menjelaskan, dia pernah menggunakan WhatsApp namun beralih kepada WeChat selepas menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali. "Saya selesa dengan WeChat. Saya ini 'rare'. Saya ada OCD, jadi saya tak boleh tengok notifikasi yang jumlahnya ratus atau ribu. "Lagipun saya introvert, saya caj tenaga di rumah. Kami banyak berhubung melalui telefon sebab Ezwan pula jenis aktif dan suka keluar," jelas Primadona Filem Melayu Alaf Baharu ini. Pasangan itu mula berkenalan di konti radio Sinar FM pada 2022, selepas bertemu secara ringkas beberapa tahun sebelumnya. Sikap Ezwan yang konsisten dan bersungguh mendekatinya membuatkan Erra berasa selesa. Keserasian yang terjalin membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius tanpa rasa janggal. Ketika ini, Erra dan Ezwan sedang menunggu detik penyatuan sebagai suami isteri pada 12 Disember ini, seperti yang diumumkan Erra ketika pelancaran muzik video single terbaharunya, Cinta Abadi, bulan lalu. Pada majlis itu, penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu tidak mampu menahan sebak ketika berkongsi berita gembira berkenaan. Hubungan mereka mula diperkatakan sejak hujung tahun lalu selepas beberapa perkongsian Erra di media sosial berbaur romantis. Sumber :– BH |
L.U.S.M replied at 9-12-2025 10:10 AM
Sorry aku tgk si ezwan ni mcm Benny Blanco yang gigih bgtau org Selena yang minat dia
Mula2 mmg ak ...
annehuda replied at 9-12-2025 10:57 AM
Benny Blanco tu aku rasa bertiang2 better dari JB. also Benny tu maybe la tak famous mcm JB tapi B ...
(husband iols pun oil n gas
)
Iols happy ahkak Yerra happy. Macam muda2 dulu bercinta handphone letak tepi sambil buat kerja 
ADVERTISEMENT