CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Takut jika mati tidak tutup aurat’, pramugari Air Asia syukur dibenarkan berhijab

9-12-2025 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 754| Komen: 19

 


PETALING JAYA – Seorang pramugari berkongsi ketakutan terbesar yang sentiasa menghantui dirinya setiap kali bertugas di awan biru iaitu sekiranya ditimpa musibah dalam keadaan auratnya belum ditutup dengan sempurna.

Menerusi perkongsian di aplikasi Thread, pramugari yang dikenali sebagai Farah Shazreen mengakui rasa takut itu semakin kuat setiap kali dia mengenakan seragam skirt ketika penerbangan ke destinasi tertentu.

“Saya selalu takut kalau terjadi apa-apa kepada saya, lepas itu orang jumpa jasad saya dalam keadaan tak menutup aurat. Perasaan ini selalunya datang bila pergi destinasi yang memerlukan saya pakai skirt.

“Sebab itu saya selalu minta penerbangan ke Jeddah dan Madinah. Tapi sekarang, alhamdulillah dah tak perlu risau sangat bila nak pergi kerja,” katanya yang bersyukur kerana dibenarkan terus berhijab ketika bertugas.

Dalam hantarannya, Farah turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan dirinya memakai pakaian seragam baharu dan mengenakan hijab.


Lebih menyentuh hati, rakan-rakan pramugari di syarikat penerbangan sama turut mengenakan hijab sejak pembaharuan tersebut diumumkan baru-baru ini.

Mengulas mengenai penghijrahannya, Farah mengakui proses beralih daripada tidak bertudung kepada bertudung bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila kerjaya masih menuntutnya memakai skirt pada peringkat awal.

Jelasnya, dia sedar masih banyak kekurangan dalam menutup aurat sepenuhnya, termasuk soal penampilan di media sosial, namun tidak berhenti berdoa memohon agar hatinya terus kuat.

“Saya tahu masih banyak kena belajar. Saya masih belum betul-betul kuat berhijab sepenuhnya dan masih tunjuk aurat di media sosial. Saya memang sukakan kecantikan luaran.

“Tapi setiap kali solat, saya doa supaya Allah kuatkan hijrah saya dan buat saya rasa cantik apabila menutup aurat. Saya juga doa mendapat kerja yang memang memerlukan saya menutup aurat,” katanya.

Tanpa disangka, katanya, doa itu dimakbulkan apabila majikannya memberi kelonggaran dan menyediakan polisi yang memudahkannya terus berhijab tanpa perlu bertukar kerjaya lain.

“Hari ini, Allah tak ubah kerja saya, tapi Dia mudahkan kerja yang sama untuk saya terus berhijab. Alhamdulillah ya Allah kerana makbulkan doa. Dan terima kasih kepada tempat kerja saya kerana permudahkan perjalanan ni,” luahnya.

Farah Shazreen antara kru wanita AirAsia yang dibenarkan memakai hijab dalam pengumuman pembaharuan dalam polisi pakaian seragam syarikat penerbangan itu.

Dalam konteks ini, pakaian seragam kru kabin AirAsia yang berwarna merah akan kekal dengan pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional mengikut reka bentuk yang sama seperti dipakai oleh kru bertugas di laluan Jeddah. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE
 
 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 9-12-2025 11:04 PM
Maka dapat dipastikan setelah mati .. semua pramugari air asia dipastikan masuk syurga firdaus... bayangkan nikmat hidup sebagai pramugari air asia... bergaji tinggi ketika masih bekerja +  dijamin masuk syurga pula setelah mati ...



Quote afie_m 10-12-2025 09:18 AM
sopan dah, ni bukan hanya utk penerbangan utk umrah ja kan
Quote nisako 10-12-2025 09:27 AM
wowwwww
Quote kemaruk 10-12-2025 09:47 AM
Propa sangat sis

Sape je paksa ko kerja tu
Quote KamikuP 10-12-2025 09:54 AM
Alhamdulillah syukur, lepasni takyah le nak set rambut berjam2 tu.. ekekeke
Quote prince_marhaen 10-12-2025 10:15 AM
Alhamdulillah lah... tapi tu lah.. takde siapa letak pisau kat leher kau kerja tu...
Tutup atas je, baju tetap body shape, makeup mampan...so-? Relax sudah. Macam hina sangat lah kawan2 kau yang lain sedangkan bezanya tutup kepala je.
Quote pearl.silver 10-12-2025 10:18 AM
Nnt pki tudung kne tuang arak juga tak?

Mcm pelik je

Baru je semlm nmpk org pos kt fb, adalah satu jenayah di malaysia bg seorg muslim jual arak
Quote cm_vungtau 10-12-2025 10:22 AM
Terpaling tudung tapi nakk jugak kerja pramugari. Naper ko tak kerja kerani aje?
Quote Decaffeinated 10-12-2025 11:31 AM
Cakap macam ko askar ke medan perang. Kalau accident kapal terbang ko jadi cebisan dik, lain lah accident SUV.
Quote midori888 10-12-2025 11:50 AM
Edited by midori888 at 10-12-2025 11:53 AM

nak pakai tudung ker nak free hair ker biarlah kemas...nie kdg2 tu serabai jer...kalu nak buat sanggul tu, biarlah kemas2 skit...sometimes meols wonder airasia nie takde buat grooming class utk org2 dia ke...
Quote B40tastePosh 10-12-2025 12:07 PM
nusaraya replied at 9-12-2025 11:04 PM
Maka dapat dipastikan setelah mati .. semua pramugari air asia dipastikan masuk syurga firdaus... ba ...

Takda pula sebut dijamin .

Dalam Islamkan ada Husnul Khotimah
Quote B40tastePosh 10-12-2025 12:09 PM
Decaffeinated replied at 10-12-2025 11:31 AM
Cakap macam ko askar ke medan perang. Kalau accident kapal terbang ko jadi cebisan dik, lain lah acc ...

At least dia ikut syariat.
Quote sharlenetexas 10-12-2025 12:29 PM
Dah pakai tudung tu jangan tergedik2 mendada pulak.


Quote Decaffeinated 10-12-2025 01:51 PM
midori888 replied at 10-12-2025 11:50 AM
nak pakai tudung ker nak free hair ker biarlah kemas...nie kdg2 tu serabai jer...kalu nak buat sangg ...

Tudung tu lebih sesuai kalau jenis yang melekap mcm surgeon bukan yang berkibar ala2 rambut mengerbang tu.
Quote midori888 10-12-2025 02:41 PM
Decaffeinated replied at 10-12-2025 01:51 PM
Tudung tu lebih sesuai kalau jenis yang melekap mcm surgeon bukan yang berkibar ala2 rambut menger ...

tgk MAS punya AMAL crew, kemas jer...yes tudung jenis melekap...
crew AA ramai stewardess rambut mengerbang, warna rambut pun kdg2 kurang sesuai...




Quote uda 10-12-2025 02:49 PM
Adalah lebih baik jika baju dilonggarkan dan dilabuhkan sikit. Begitu juga dengan seluar, besarkan sikit.
Quote miszclassique 10-12-2025 03:14 PM
Dia ni yang dulu dengan Talha Harith tu kan
Quote pengecatbintang 10-12-2025 03:20 PM
cm_vungtau replied at 10-12-2025 10:22 AM
Terpaling tudung tapi nakk jugak kerja pramugari. Naper ko tak kerja kerani aje?

kerani pun ada yg tak pakai tudung


Quote clueless_gamer 10-12-2025 08:56 PM
aku yg pakai kau plak yg panas kekdahnya..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054245 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top