CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdiri sambil bertongkat, tiada siapa beri tempat duduk

9-12-2025 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1184| Komen: 35

 


PETALING JAYA – Tular satu rakaman video memaparkan seorang remaja perempuan yang bertongkat tidak diberikan tempat duduk oleh penumpang dalam sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT).

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali @natberacun, difahamkan kejadian itu berlaku di dalam tren koc wanita.

Dalam video tersebut, kelihatan remaja itu terpaksa berdiri di satu sudut bersebelahan pintu masuk sambil memegang tongkat. Kelihatan beberapa penumpang yang duduk di sekelilingnya tidak mempedulikan keadaannya yang sepatutnya diberikan tempat duduk.

“Tiga kali macam ni, orang nampak je tapi buat tak tahu. Dalam video ini tunggu satu stesen je, jadi tidak mengapalah. Kali ketiga ada polis Prasarana masuk, pada awalnya tak ada orang bangun, bila ditegur baru bangun.

“Pernah masuk koc laki sebab tepat-tepat je tren sampai, tak sempat nak masuk pintu koc wanita. Alhamdulillah, ada remaja lelaki kejar kita bagi tempat duduk,” katanya.


Perkongsian itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan sikap segelintir penumpang yang tidak prihatin, apatah lagi apabila melibatkan golongan yang memerlukan bantuan.

Di ruangan komen, pihak Rapid KL mengingatkan orang ramai supaya memberi keutamaan tempat duduk kepada golongan memerlukan.

“Kalau memang nampak tapi buat-buat tak nampak, itu memang tak patut. Pengumuman dalam tren kami pun selalu pasang, berikan tempat duduk kepada yang memerlukan.

“Kami harap kejadian begini tak berlaku lagi pada awak ya. Nasib baik polis bantuan masuk dan minta dorang bagi tempat duduk. Semoga awak baik-baik sahaja,” katanya.

Menurut garis panduan Rapid KL, tempat duduk keutamaan di dalam tren dan bas adalah untuk warga emas, ibu hamil, orang kelainan upaya serta penumpang yang membawa kanak-kanak kecil.

Penmpang lain digalakkan mengosongkan tempat duduk tersebut apabila melihat individu yang lebih memerlukan.  


Sumber: – KOSMO! ONLINE
 
 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 9-12-2025 11:47 PM
Kalau film tamil tongkat tu kasi hempok sekor dua
Quote pinkpunk 10-12-2025 08:20 AM
semua tu buta kot
Quote shernazz 10-12-2025 08:25 AM
Semua tu mmg bodo..
Otak tertinggal.kat rumah
Mata tatap hp.je
Harap.takde.forumner dalammkoc tu.yang.tak.bg.orang.memerlukan.duduk...
Quote Samerosie 10-12-2025 08:26 AM
Bukan nka ckp apa, kebanyakkan malaysian ni x reti bahasa.  Priority seat pun dia sapu tanpa rasa malu. Kalau reti bahasa takanlah ada yg buat2 tido bila nampak ibu mengandung naik berdiri deoan muka dia padahal bila sampai stesen dia elok pula dia sedar.

Kat mesia ni kalau nak duduk kena buka mulut.  
Quote sagiman91 10-12-2025 08:27 AM
cuba pergi tmpt duduk lelaki...tak sampai 5 saat ada org akan bagi tmpt duduk...
Quote A-Are 10-12-2025 08:34 AM
berdiri tengah2 pandang muka dorang, confirm dia malu sendiri bangun...iols dulu commute naik train dekat 4tahun,...masuk2 kalau penat mmg iols slumber duduk kat tepi koc..selalunya bahagian hujung2 sebelah penyambung koc tu xramai...kalau dah penat sgt duduk jela bawah bg priority seat tu dekat yg memerlukan..
Quote nusaraya 10-12-2025 08:36 AM
Betul-betul TRAGIK ..Jangan-jangan ini gambar real dan sebenarnya  posisi status bangsa melayu itu sendiri di tanah melayu .. Pemilik Tanah Melayu yang kini harus hidup menumpang di tanahnya sendiri ...
[youtube]hVNKtfr2C-U[/youtube]





Quote Samerosie 10-12-2025 08:42 AM
A-Are replied at 10-12-2025 08:34 AM
berdiri tengah2 pandang muka dorang, confirm dia malu sendiri bangun...iols dulu commute naik train  ...

Dulu masa tinggal di australia, pergi balik kerja naik bas.  Dlm bas tu tak de siapa berani duduk priority seat kalau tk nak kena bambu penuh camne pun org akan berdiri.  Lagi satu budak sekolah tak boleh duduk unless bas kosong kalau ada org lain berdiri tp dia duduk mmg kena bambu gak.
Quote rosa_canina 10-12-2025 08:45 AM
dasatnye perangai.. xde simpati lgsung
msti masing2 kata aku bayar tiket kot
tp ko byr juta2 pn xde ihsan sesama manusia pn xguna jgk  
Quote nusaraya 10-12-2025 08:52 AM
rosa_canina replied at 10-12-2025 08:45 AM
dasatnye perangai.. xde simpati lgsung
msti masing2 kata aku bayar tiket kot
tp ko byr juta2 pn xde  ...

Mungkin itulah TAKDIR akibat perbuatan yang kamu lakukan sendiri ... Menyesal pu kini sudah X ada gunanya lagi ...


[youtube]wqbIREkfQSA[/youtube]

Quote ctaz 10-12-2025 09:02 AM
suba sekor lelaki masuk kat tpt duduk perempuan...
semua mengelabah tetek...mcm lelaki tu nak merogol la dibuatnya...
time budak OKU ni...sekor2 TERpaling buta
Quote darencelim77 10-12-2025 09:02 AM
If i were there...
Quote nisako 10-12-2025 09:24 AM
hmmmmmmm
Quote BungaKencana 10-12-2025 09:29 AM
ada komen dkt TT "what if yg ddk tu bla bla bla" ape lg berduyun netizen kecam dia & ckp engkau ke yg tgh ddk tu.. tp mmg buta la semua yg ddk tu
Quote KamikuP 10-12-2025 09:50 AM
Koc pompuan what duyu ekspek.. pompuan kepam semua betul khuenzzz... ekekekeke buta perut betoi pompuan haprak dlm koc wanita tu... ptuihhhhhhh


Quote PULANGKAN 10-12-2025 09:54 AM
dulu penah depan mata iols, ada acik pregnant, tak tau la kandungan berapa, tapi confirm mengandung la, perut ke depan. roughly 4-5 months maybe.

masa dia jalan, semua bagi laluan, pastu dia berdiri kejap depan seat, semua pandang phone. masa ni yang duduk tak perasan lagi. then sorang angkat kepala baru perasan, eh, cik, sorry, duduk sini. guess what happen

acik tu senyum, dengan lembut, tapi loud volume, "Eh takpe takpe, adik duduk je. Saya okay. Fuuhhh" sambil hembus nafas penat. budak tu nampak malu and serba salah. lepas tu terus bangun jalan ke tempat lain. acik tu still tak duduk walaupun ada seat kosong. orang lain masa ni tengok je, nak duduk pun segan. lepas tu kiri kanan semua bangun, kosong terus priority seat kat situ, dengan pregnant lady kat situ, semua tak duduk. iols tahan gelak laaa weyyyy. go acik go, go acik go, rasa nak bersorak tepuk tangan

lama lepas tu, sheols duduk, lepas satu stesen, baru bangun keluar. time ni orang lain nak duduk baru tengok keliling, kot ada pregnant lady lain, atau orang lain yang lebih memerlukan. sampai sekarang iols gelak bila teringat.

acik, whoever you are, harapnya anak acik pun jadi hebat macam acik haritu.
Quote forselab 10-12-2025 09:59 AM
what if budak tu yg memilih taknak duduk..? dlm keadaan dia mcm tu dia memilih utk berdiri di tepi pintu supaya senang nk keluar...once dia duduk dia akan ambik masa utk bangun & berjalan ke pintu...pintu tren tu bukak katup bknnya tunggu kita pun...

sy memilih utk bersangka baik sbb sgt jarang bila naik tren org takde empathy mcm ni...malah bangla2 skrg pun prihatin tak selfish...ada je yg akan offer tpt duduk..
Quote akuMNdia 10-12-2025 10:10 AM
Edited by akuMNdia at 10-12-2025 10:15 AM

balik kerja aku rela berdiri dr duduk tiap kali naik tren sbb malas nak duduk bangun, duduk bangun sbb nak bagi seat kat org.
setakat berdiri tak sampai 20 minit apa la sgt.

balik pada topik... aku nak husnuzon yg org dah offer seat tapi budak tu sendiri takmo duduk sbb susah nak bangun dgn tongkat bagai tu & stesen yg dia nak turun pun tak jauh mana pun. jgn kecam aku sbb benda ni tak mustahil.

tapi pernah yer jadi dpn mata aku, pempuan ngandung berdiri sambil kerut2 muka tahan sakit tapi x ada yg offer seat...plus ada lelaki yg betul2 duduk dpn akak tu buat2 tido.
aku bukan fitnah dia buat2 tido tapi mmg aku nampak & perhatikan jer mamat tu dari awal akak tu naik tren. dari mamat tu celik mata sebelum akak tu berdiri dpn dia, tetiber dia tutup mata. pastu bukak sikit mata tgk akak tu dah blah ke belum, semua tu aku peratikan sampai la akak tu keluar tren.

kes lain.. anak buah aku balik kerja naik tren masa ngandung dlm 7/8 bulan, tak ada org bagi seat, yg ada sorg tu instead of offer her seat, dia pi tunjuk kat anak buah aku ni ada 1 seat kosong kat coach sebelah yg dia nampak... nasib baik aku tak ada kat tpt kejadian.

1 kes lagi, dlm komuter masa aku nak balik  kpg. tren agak penuh (coach pempuan)
cik kak ni dukung anak, sampai tertido anak akak tu takder org offer seat. sudahnya akak ni bersila kat lantai.
ada polis bantuan lelaki dlm tren tu tapi tak perasan hal ni. sebelum aku keluar tren aku sound brader tu mintak tolong dptkan seat utk akak tu (sambil tunjuk arah akak tu yg duduk bersila dgn anak dia yg tido tu).

sekian cerita aku

Quote vanilacup 10-12-2025 10:27 AM
Edited by vanilacup at 10-12-2025 10:29 AM

Sedihnya bila tiada ruang diberi langsung utk duduk ...semoga dipermudahkan urusan naik tren utk hari2 yg mendatang..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.049995 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top