|
"ABANG tak 'shooting' lagikah?" Itu soalan yang memenatkan untuk dijawab pelakon, Zed Zaidi setiap kali diajukan peminat dan rakan media. Bagaimanapun, 'penat' itu bakal hilang kerana dia akan melangkah ke set penggambaran filem aksi 'thriller', Zero menjelang Januari tahun depan. "Penggambaran bermula Disember ini, tapi babak yang membabitkan saya, rasanya Januari depan. Kali ini saya memegang watak sebagai ketua pasukan komando. "Watak ini berprinsip, tegas dan penuh tanggungjawab. Sepanjang kerjayanya, dia tak pernah gagal sehingga salah seorang anggotanya terkorban. "Tapi, saya tak boleh nak cerita lebih kerana banyak 'benda' masih perlu dirahsiakan," katanya.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.037014 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.