CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Skandal bergayut di balkoni, lari daripada isteri teman lelaki

11-12-2025 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 794| Komen: 14

 


BEIJING – Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan nekad seorang wanita di wilayah Guangdong, China bergayut pada balkoni sebuah unit apartmen kerana mahu melarikan diri daripada isteri teman lelakinya, lapor laman berita NDTV semalam.

Pasangan berkenaan dikatakan panik apabila isteri lelaki tersebut pulang ke rumah sekali gus memaksa teman wanitanya memanjat balkoni aras 10 apartmen.

Dalam video tersebut, wanita itu pada awalnya dilihat bercakap dengan seorang lelaki tidak berbaju di tepi balkoni.

Dia kemudian berpaut pada pagar balkoni secara berbahaya sebelum melangkah ke bahagian luar bangunan menggunakan paip dan gerigi tingkap.

Wanita tersebut seterusnya berpaut pada gerigi dengan sebelah tangan sambil badannya tergantung di udara ketika orang ramai memerhati dari jalan di bawah.

Sambil memegang telefon bimbit, dia berhati-hati memanjat turun ke tingkat bawah menggunakan paip luar bangunan dan birai tingkap. 


Selepas itu, wanita tersebut mengetuk tingkap jirannya untuk meminta bantuan sebelum dia ditarik masuk oleh penghuni berkenaan.

Video itu mengundang perhatian pengguna media sosial dengan ramai mengecam tindakan wanita berkenaan.

“Lelaki yang meletakkan nyawa anda dalam bahaya adalah tidak berguna,” kata seorang netizen.

“Lelaki itu tidak layak kerana meletakkan anda dalam situasi tersebut. Sila jaga maruah anda,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 11-12-2025 02:27 PM
tak berbaloi kak ko mati utk jantan mcm tu
Quote Decaffeinated 11-12-2025 05:29 PM
Perempuan ni memang biasa main sarkis kot or memang seorang spiderwoman.

Quote airfilterkotor 11-12-2025 06:24 PM
Lenkali nak carik skandal, pilihlah melayu. Udah tentu ko boleh menikah.
Jadik bini kedua dengan izin. Legal dan selamat.

Tak payah ko bersusah-susah gayut tepi bangunan tinggi macam tu dekkk.
Quote airfilterkotor 11-12-2025 06:25 PM
Decaffeinated replied at 11-12-2025 05:29 PM
Perempuan ni memang biasa main sarkis kot or memang seorang spiderwoman.

Suami orang lagi dipanjat, apa la sangat dengan bangunan yang keras kejung macam tu. No hal punya.
Quote pocongkiutss 11-12-2025 06:40 PM
Semoga
.
.
.
Quote Jitu 11-12-2025 08:39 PM
beraninya panjat tinggi2 mcm tu tak gayat
Quote sharlenetexas 11-12-2025 08:40 PM
Lautan api sanggup kurenangi.


Quote makita 11-12-2025 09:23 PM
Mujur tak jatuh n mati. Kalau tidak dah tambah statistik mcm mamat kat Melaka nak elak dari tangkap kalwat
Quote kemaruk 11-12-2025 09:56 PM
Adrenaline masa kongkek masih berbaki lettew sebab tu berani sangat
Quote TTun_Teja 12-12-2025 12:03 AM
Speechless..
Quote zarulnazmi 12-12-2025 08:49 AM
kalaulah ada yang tembak laser time dia turun....
Quote Dwdrum 12-12-2025 08:55 AM
Next time if mahu ber scandal dengan laki orang... Cari yang landed house.. Tidak perlu jadi jane...

Note untuk kaki scandal...
Quote BungaKencana 12-12-2025 09:57 AM
kalau jatuh sia2 je kak, terus lelaki tu cari skandal lain
Quote Decaffeinated 12-12-2025 10:16 AM
airfilterkotor replied at 11-12-2025 06:24 PM
Lenkali nak carik skandal, pilihlah melayu. Udah tentu ko boleh menikah.
Jadik bini kedua dengan iz ...

aka jadilah penyondol....

Larikkk...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.106596 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top