CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota JPJ dijel 2 tahun, denda RM208,000 ambil suapan bulanan

12-12-2025 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 342| Komen: 3

 


MELAKA – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM208,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah terhadap 16 pertuduhan menerima suapan daripada pengusaha lori, sembilan tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Ahmad Jamil Md. Saru, 43, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh disabitkan bersalah atas enam pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama dan 10 pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, tertuduh sebagai pembantu penguat kuasa JPJ Cawangan Muar didapati menerima suapan berjumlah RM31,100 daripada pengurus syarikat pengangkutan secara pindahan dalam talian di dua cawangan bank.


Wang tersebut diterimanya sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori milik syarikat berkenaan, sekali gus telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu bagi pertuduhan satu hingga 10 di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh didapati menerima wang keseluruhan berjumlah RM5,000 tanpa balasan daripada pengurus syarikat sama dengan mengetahui premis terbabit mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Semua kesalahan itu dilakukan di Maybank Malaysia Berhad Cawangan Merlimau, Jasin, antara 28 April 2020 hingga 3 Mac 2021.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Natrah Fareha Rahmat, memohon hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh dengan mengambil kira kesalahan rasuah adalah kesalahan yang serius dan membabitkan kepentingan awam.

“Sebagai pembantu penguat kuasa JPJ yang berurusan dengan orang awam tertuduh gagal memberikan contoh baik apabila menyalah guna kuasa dan jawatan.

“Ia secara tidak langsung mencemarkan imej JPJ, justeru hukuman tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Peguam Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias merayu hukuman diringankan dan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya, selain tertuduh perlu menanggung isteri dan dua anak berusia 19 dan 13 tahun.

“Tertuduh sekeluarga juga masih bersedih atas kematian anak sulung bulan lalu akibat kanser, selain turut berdepan masalah kewangan akibat menanggung kos rawatan sebelum ini. Dia juga masih ditahan kerja dan mempunyai komitmen rumah serta kereta,”katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 dan denda keseluruhan berjumlah RM158,000 atau penjara antara tiga hingga lapan bulan penjara, jika gagal bayar.

Elesabet bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh pensabitan hari ini.

Beliau kemudian menetapkan denda berjumlah keseluruhan RM50,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar bagi pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohd. Azlan bagaimanapun merayu penangguhan pelaksanaan hukuman dan ia dibenarkan dengan syarat Notis Rayuan perlu difailkan pada hari ini dan jaminan dinaikkan daripada RM10,500 kepada RM15,000.

Tertuduh kemudian membayar jaminan terbabit. 

Sumber – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 12-12-2025 10:37 PM
bilis bilisan   
Quote sharlenetexas 12-12-2025 10:45 PM
Melaka lagi.


Quote Lily_Elizabeth_ 14-12-2025 08:45 PM
Jamil Jamil!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058553 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top