CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Silent call’ rupanya rakam suara jadi penipuan AI. Siapa pernah kena?

12-12-2025 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 591| Komen: 5

 

 

PETALING JAYA – Taktik penipuan dalam talian menggunakan kaedah panggilan senyap (silent call) apabila ramai menerima panggilan tiada suara untuk dirakam sebagai bahan penipuan.

Menurut Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Inspektor Tai Yong Keong, panggilan senyap bertujuan sebagai alat saringan mangsa oleh sindiket penipuan dalam talian.

“Sindiket penipuan dalam talian akan merakam suara dalam beberapa saat sekali gus menyumbang kepada jenayah komersial dan jenayah penipuan.

“Sindiket ini mampu mengubah suara dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) untuk menghubungi keluarga atau kenalan kita untuk penipuan.

“Jangan terus menjawab panggilan atau memberi salam selepas menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Tunggu pemanggil bercakap terlebih dahulu,” katanya dalam siaran langsung di TikTok @Polis_KL.


Tinjauan Kosmo! mendapati ramai mengingatkan agar lebih berhati-hati ketika menjawab panggilan tidak dikenali.

“Selepas ini, tak perlu terima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Pesan kepada keluarga dan kawan, kalau terdesak boleh mesej sahaja,” komen @Eroplane79.

“Boleh pastikan keluarga simpan nombor akaun bank kita. Kalau ‘scammer’ minta masukkan ke nombor akaun bank lain, biarkan sahaja,” komen @LimoNadeSen.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 13-12-2025 03:10 AM
Scammer bisu
Quote Melanie91 14-12-2025 02:53 PM
Lagi satu derang suka suruh kita confirm kan alamat kita. Cth, time kita takde kat rumah dia calll kata ada parcel. n dia tnya betul ke alamat kita tu. Dia akan bacakan alamat utk kita sahkan. Ada jugak dia call bgtau apa2 tujuan...n dia bacakan no. Ic kita. Kita pun ingat genuine call, kita pun pegi sahkan maklumat kita tu. Padahal dia tgh kumpulkan info kita
Quote plywood 14-12-2025 05:12 PM
Sialan punya scamer
Quote Minami2013 14-12-2025 05:29 PM
I kerap kena silent call ni. Dia akan call dan senyap atau pun letak. Lepas tu kdg terima call tanya kenapa i kol padahal tak kol pun.

Skrg mmg i tak angkat dah kol yg i tak kenal. Kdg risau jugak takut urgent/emergency ke ape. Haihhhh.. menyusahkan betul scammer ni.
Quote Page88 14-12-2025 10:07 PM
I just never pick up.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2026 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.041952 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top