CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Emoji cinta, tangan berdoa dan wanita dalam IG Story Faisal Halim

12-12-2025 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1374| Komen: 9

 


PETALING JAYA – Tanda tanya mula timbul dalam kalangan peminat bola sepak selepas pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, memuat naik hantaran di Instagram Story yang memaparkan seorang wanita dirakam dari arah belakang.

Hantaran itu turut dihiasi dengan emoji cinta serta karakter tangan berdoa.

Situasi dalam hantaran tersebut turut menimbulkan spekulasi peminat, seolah-olah pemain kebangsaan yang dikenali dengan nama jolokan Mickey itu sedang bercuti bersama wanita berkenaan di luar negara.

Walaupun wajah wanita berkenaan tidak didedahkan, kehadiran emoji-emoji yang penuh makna itu mencetuskan rasa ingin tahu ramai pihak mengenai hubungan antara mereka.

Sebelum ini, Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim sah bercerai talak dua dengan Nur Syazwani Mizuana Shahril pada 28 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah Klang.


Terdahulu, kapsyen dengan tanda pagar #curangitupilihanbukankebetulan yang dimuat naik Nur Syazawani selepas selesai proses perceraian bersama Faisal menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.  

Sumber – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-12-2025 10:47 PM
Wanita mana tu? Ex atau org lain. Apa2 hal elakkan menggunakan jalan yang ditutup terutama yg ada gaung.


Quote imthegirl 12-12-2025 11:16 PM
Pasangan rempit kalau kawen lagi confirm cari rempit juge. Hanya rempit mampu kawen rempit.
Quote dua_chzy 13-12-2025 01:30 AM
Patut la ex ko bising...
Quote sukacactus 13-12-2025 06:16 AM
So betul la mcm ex ko katakan
Quote Firenzza 13-12-2025 06:58 AM
Muka fh tu knp Dr x repair sekali masa buat rawatan haritu kan senang sekali jln
Quote awanearisu 13-12-2025 03:04 PM
Tak ambil iktibar, atau sombong?
Quote eyansss 14-12-2025 06:46 PM
Firenzza: Muka fh tu knp Dr x repair sekali masa buat rawatan haritu kan senang sekali jln


kena bagi luka elok dulu baru boleh reconstruct muka balik…
Quote nusaraya 14-12-2025 08:10 PM
[youtube]vNYT-f2u5Rs[/youtube]


[youtube]f7NQ0vQwL8k[/youtube]


Quote prince_marhaen 15-12-2025 10:18 AM
tak padan katik muka dah celoreng....kotey tetap gila lobang.. hihihi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066580 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top