CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mak Cik, Aiskrim Asam Boi Dua! Ohsem Imbau Memori Dulu

2-2-2016 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 15995| Komen: 18

Description: Pelbagai perisa boleh dibuat seperti sirap, oren, asam boi, milo jagung dan sebagainya
Oleh Izzah Abbasy

Teringat zaman dulu-dulu. Aiskrim batang merupakan aiskrim paling popular suatu ketika dahulu. Balik dari sekolah, mulalah ketuk pintu rumah jiran sebab nak beli aiskrim. Bukan sahaja dahulu, kini ia masih menjadi pencuci mulut tetapi hanya diperkenalkan dalam ahli keluarga sahaja atau di kampung-kampung.

Ada juga yang menjualnya, tetapi tidak ramai. Kadang-kadang si ibu yang rajin akan membuatnya dan disimpan dalam peti. Bukan sahaja dibuat untuk santapan pencuci mulut, air oren, sirap, bandung dan milo yang tidak habis diminum juga daripada membazir boleh dijadikan aiskrim batang ini. Sedap makan ketika musim panas.  

Biasanya, aiskrim batang dijual di rumah sahaja dan di gerai atau kedai-kedai runcit. Pelbagai perisa boleh dibuat seperti sirap, oren, asam boi, milo jagung dan sebagainya. Ada juga yang rajin buat aiskrim bubur seperti aiskrim batang perisa bubur kacang hijau dan pulut hitam.

Dahulu, aiskrim ini dijual dengan harga 5 sen sebatang. Kemudian, 10 sen dan 20 sen. Kini, agak-agak anda berapa harga untuk sebatang aiskrim ini ya? Boleh cecah 50 sen ke RM1. Betul tak? - CARI Infonet 








22

Bagus
20

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
6

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 2-2-2016 04:57 PM
wa dulu panggil sekerim malaysia..buruk nau rasanya nak sebut sekerim batang
Quote CARI-IIN 2-2-2016 04:59 PM
jerukkedondong: wa dulu panggil sekerim malaysia..buruk nau rasanya nak sebut sekerim batang


Dulu dah ada 1 Malaysia ke? Hihihi
Kita orang kampung, panggillah aiskrim batang.
Quote sabar_sabariah 2-2-2016 05:13 PM
paling sedap perisa bubur kacang, tp harganya mahal sikit. skang tak tau bape harganya ntah.
Quote antidote 2-2-2016 05:18 PM
Edited by antidote at 2-2-2016 05:19 PM

dulu2 nak makan mesti kerat eskrem tu tgh2kadang2 gigit bontot eskrem tu.
kadang2 gunting yg ikat tu.
rindu nya..


Quote froggy_frog 2-2-2016 05:21 PM
jerukkedondong replied at 2-2-2016 04:57 PM
wa dulu panggil sekerim malaysia..buruk nau rasanya nak sebut sekerim batang

i dulu pggil sekem 20 sen je . buruk beno pggil sekem btg .lgi2 pemikiran org skrg ni mcm2
Quote Themilo 2-2-2016 05:25 PM
2-3 tahun lepas, ada la orang jual eskrim nih kat depan office akak. ko tahu berapa sen sebatang? Enam posen!!
Quote ciskek.leleh 2-2-2016 05:29 PM
skang ada yg jual 50sen, tp dia letak nata de coco, aiskrim jus buah, aiskrim green tea, latest ni aiskrim choki2 & nutella..klu dlu aiskrim keras, skrg leh buat gebu2 punya aiskrim
Quote misscendol 3-2-2016 03:05 AM
Throwback sesangat. Dulu yg feveret milo,asam boi. Haihhhh kenangan betol
Quote MistrezHermanaz 3-2-2016 09:00 AM
CARI-IIN replied at 2-2-2016 04:59 PM
Dulu dah ada 1 Malaysia ke? Hihihi
Kita orang kampung, panggillah aiskrim batang.

dulu panggil aiskrim Malaysia, bukan 1 Malaysia..huhu nostalgia sungguh

Quote otomatic_prince 3-2-2016 11:22 AM
knp ckp eskrem batang?? mencarut???
Quote tengah_bosan 3-2-2016 12:38 PM
Huwaa.. yg asam boi and buah mangga masam paling best!
Quote Ipo 3-2-2016 12:50 PM
dulu saya suka jual ais krim ni...gigih bawa gi sekolah dalam bekas chiller tuh
yg laku..asam boi, milo dan jeruk mangga
dapatlah duit poket..
last2 cikgu dapt tahu...
digodek bag saya...tu dia..ada coklat lagi untuk dijual
bila tengok si mail dalam upin ipin tuh.."2 singgit!!"
rasa nak gelak je..teringat kenangan sekolah rendah

Quote AGSA 3-2-2016 06:50 PM
perghhh faberet aku aiskrim kacang hijau...slurp22
Quote zie_indah 8-2-2016 10:53 AM
Sedap nye ais keim batang terimbau zaman kanak2 duli
Quote MYviHaZz 14-2-2016 04:08 PM
tengah gila wat aiskrim ni ngan anak...asam boi..wah balik nin bleh mkn...
Quote deekhan 27-3-2016 06:02 PM
panas2 nie mmg sedap
Quote AisyDani13 11-4-2016 11:07 AM
Pergghh terliur..
eskrim jagung..
hehe
Quote mak 14-7-2016 10:51 AM
zaman akak kecik2 dulu tahun 70an, mak akak rajin buat eskerim malaysia jual kat kejiranan kuarters tempat kami tinggal area Jln Peel..mmg laku lah...macam2 jenis kami jual..sirap asamboi, kacang hijau, laici, sirap bandung, jagung...sebatang 5 sen jer dedulu...nostalgia sangat..

skg ni eskrem dah upgrade..akak suka choki2...slurpp..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077872 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top