CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

6 Tips Melancong Dengan Bajet Ciput

3-2-2016 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9532| Komen: 42

Description: Adakah anda fikir anda mempunyai wang yang banyak untuk mengembara keluar negara? Fikir sekali lagi,

Oleh : Dean BZ


Adakah anda fikir anda mempunyai wang yang banyak untuk mengembara keluar negara? Fikir sekali lagi, untuk tujuan apa anda mengembara. Menikmati percutian serba mewah atau sekadar ingin mencari ketenangan dan mengenal "tempat orang".  

Ikut tip-tip mudah yang disedikan oleh Cari Infonet khas untuk anda yang ingin menikmati percutian bila-bila masa, di mana sahaja dengan bajet tercekik/low budget.


1. Rancang lebih awal
Segala-galanya menjadi lebih mahal jika semakin lama anda tunggu contohnya tiket kapal terbang, tempahan hotel, apatah lagi pakej pelancongan. Jadi anda harus merancang perjalanan dari awal. Kenalpasti destinasi dan tempat penginapan yang ingin dituju. Yang penting, selepas kira-kira bajet untuk pengangkutan, penginap dan makanan, jangan lupa simpan separuh bajet untuk hal-hal kecemasan.



2. Travel luar waktu puncak
Kebiasaannya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. Diwaktu puncak seperti ini harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga dihari-hari biasa. Cuba elakkan melancong diwaktu puncak terutamanya dipenghujung tahun.


3. Penginapan
Jika betul-betul nak jimat, pilihlah hostel backpacker atau hotel bajet sahaja. Tapi awas, elakkan walk-in kalau tak nak kena "sembelih harga". Juga elakkan melancong dalam bandar sahaja.


4. Pengangkutan
Kos pengangkutan amat penting untuk diketahui lebih-lebih lagi bila berada diluar negara. Buat survey harga bas, teksi, bot dan juga sewa kereta terlebih dahulu. Jangan sampai kena tipu hingga bajet anda untuk hal-hal lain sudah terpakai untuk tambang sewa pengangkutan.


5. Makanan
Kalau nak jimat tak perlulah makan di restoran mewah. Lebih elok bawa bekal sebelum berangkat sekurang-kurangnya boleh mengisi perut untuk sarapan pagi dan makan malam. Makan tengahari mungkin bolehlah cuba makanan restoran untuk merasa kelainan masakan luar.


6. Souvenir/Cenderamata
Jika anda mahukan sesuatu untuk kenangan, snap saja gambar dengan telefon anda. kalau tak nak kedekut sangat, jika anda mahu membawa sesuatu cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga, cuba sesuatu yang murah dan unik seperti key chain dan fridge magnets. Tak perlulah beli t-shirt yang sudah tentu harganya tak murah. 

Semoga tip ini membantu anda merancang pengembaraan anda dengan sebaik mungkin. Tak mewah tetapi yang pastinya semakin jauh dan luas pemandangan anda. - CARI Infonet.


11

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Peterpan17 3-2-2016 08:44 PM
chacon replied at 3-2-2016 06:43 PM
kalau saya dah xde duit jadah apa nak melancong...siap nak bajet2...

nak bajet dok diam2 rumah l ...

hahahah!! jgnlah kejam sgt. Dgn duit yg sedikit pun kita blh travel klu tau kaedahnya.
Quote irwansuhadi 4-2-2016 12:44 PM
teringat zaman backpacking ke europe...
Quote Peterpan17 5-2-2016 12:27 PM
mohabbatein replied at 4-2-2016 05:34 PM
kan,, bukan semua orang kaya and nak tunggu ada duit baru nak travel memang lama lagi la

tulah psl. dgn budget yg sedikit, kita melancong jgnlah dok 5 star hotel. Skrg ni byk hostel/airbnb yg mampu utk disewa. Pastu jgnlah makan kat tempat mahal2. Bawalah megi ke biskut ke. Yg penting dpt tgk tmpt org tanpa perlu berbelanja yg melampau lampau.

Quote Daisy_Putih 8-2-2016 03:03 PM
teringin nak melancong, tapi budget x cukup2.. haha
maybe boleh pegi dekat2 dulu.
Quote MissNigga 9-2-2016 05:21 PM
exactly ...
yang paling paling penting ... kena rancang awal awal ...
suma aktiviti on the ground arranged sundirik ... jgn pakai TA...
dok back pack hotel ... buat booking in advance kat internet ...
beli tiket tyme promo .... mmg murah gilerrrrrrrrr....

pengalaman iols ... melancong ke seoul, guangzhou, beijing, xian, melby, sydney & perth ... total overall ~RM1500 jew utk each destination. balik .. ada duit balance sumore (especially ke GZ, Beijing and Xian)
Quote mirian1110 22-2-2016 08:02 PM
Edited by mirian1110 at 22-2-2016 08:03 PM
Peterpan17 replied at 3-2-2016 08:44 PM
hahahah!! jgnlah kejam sgt. Dgn duit yg sedikit pun kita blh travel klu tau kaedahnya.

Hahaha, lucu bebeno, kalau sekali dah merasa keseronokan travel ni, pastu memang confirm 'ketagih' nak travel aje kerje
Quote skyreds 23-2-2016 12:44 AM
mohabbatein replied at 4-2-2016 05:34 PM
kan,, bukan semua orang kaya and nak tunggu ada duit baru nak travel memang lama lagi la

tunggu2 ... dah kawen,tunggu lagi dah ade anak2 ... akhirnye terus x merasa kemana2
Quote Peterpan17 23-2-2016 10:46 AM
mirian1110 replied at 22-2-2016 08:02 PM
Hahaha, lucu bebeno, kalau sekali dah merasa keseronokan travel ni, pastu memang confirm 'ketagih' ...

hhahahah!! aku pun asyik dok nak berjalan je. Ni hati skrg dah takde mood nak kerja. Dok teringat ingat 20/3/16 nak gi jepun 3 minggu.

Quote mirian1110 23-2-2016 03:46 PM
Peterpan17 replied at 23-2-2016 10:46 AM
hhahahah!! aku pun asyik dok nak berjalan je. Ni hati skrg dah takde mood nak kerja. Dok teringat  ...

curlassss ko, musim ekonomi tak menentu ni, dapat jugak jenjalan oversea,gi japan agii tuh 3 mingguu
Quote Peterpan17 23-2-2016 04:09 PM
mirian1110 replied at 23-2-2016 03:46 PM
curlassss ko, musim ekonomi tak menentu ni, dapat jugak jenjalan oversea,gi japan agii tuh 3 mingg ...

Aku dah takde hutang. Hidup aku bebas tanpa hutang. Keta rumah semua dah abis bayar. Barulah dpt jenjalan sepuas puasnya tanpa sempadan
Quote mirian1110 23-2-2016 06:53 PM
Peterpan17 replied at 23-2-2016 04:09 PM
Aku dah takde hutang. Hidup aku bebas tanpa hutang. Keta rumah semua dah abis bayar. Barulah dpt j ...

Alangkah bahagia nya hidup ko! cewahh hihihi. Aku bulan september ni plan nak ke melben musim munge, tu pun tengok keadaan dulu lah, kalau fulus cukup ok aar, btw, tahun ni agak2 nya bila AA nak umum tiket free seat eh?
Quote Peterpan17 23-2-2016 09:18 PM
mirian1110 replied at 23-2-2016 06:53 PM
Alangkah bahagia nya hidup ko! cewahh hihihi. Aku bulan september ni plan nak ke melben musim mung ...

Ntah, aku tak pernah naik AA lg sejak kena tipu dgn AA. Biarlah aku byr lbh sikit yg penting tak kena tipu.  Bulan 3 ni ada MATTA Fair. 11/3-13/3. Mesti ada promo punya.
Quote mimiko 24-2-2016 11:34 AM
Peterpan17 replied at 23-2-2016 10:46 AM
hhahahah!! aku pun asyik dok nak berjalan je. Ni hati skrg dah takde mood nak kerja. Dok teringat  ...

2 minggu duduk japan december lepas. Masih tak boleh move on. Semacam kena repeat tahun ni
Quote midori888 24-2-2016 11:37 AM
Peterpan17 replied at 23-2-2016 09:18 PM
Ntah, aku tak pernah naik AA lg sejak kena tipu dgn AA. Biarlah aku byr lbh sikit yg penting tak k ...


kena tipu camner tu Peter?
Quote Peterpan17 24-2-2016 11:39 AM
mimiko replied at 24-2-2016 11:34 AM
2 minggu duduk japan december lepas. Masih tak boleh move on. Semacam kena repeat tahun ni  ...

kekekekekek!!! apa susah! repeat je. Tak dpt repeat 2 minggu, seminggu pun jd. Dpt hilangkan kemaruk tu

Quote Peterpan17 24-2-2016 11:45 AM
midori888 replied at 24-2-2016 11:37 AM
kena tipu camner tu Peter?

Aku beli tkt blk KK. Pastu mak mentua kena msk spital utk operation quite seriouslah. So before that aku mmg dah tau dia dlm keadaan teruk tp tak tau what is the next step. Bila aku book dgn AA tu, aku confirm dgn derang terms and condition klu beli tkt skrg nanti aku nak tukar tarikh boleh tak. Derang kata boleh psl tiket aku tu bukan promo ke atau apa2. Normal price. Aku hanya kena byr price differences saja.  Sekali bila mak mentua aku kena hospitalise, aku pigi AA ofis kat LCCT2 masa tu rasanya. Derang kata tiket tu burn tak blh buat apa2. Aku kata klu tambah duit tukar tarikh takkan tak blh. Sikit pun derang tak mau berganjak. Aku ckp lah, bukan ke ada dlm terms and condition korang ada case case tertentu korang blh buat camtu. Ini msk spital utk operation bukan ke kes hidup dan mati?? Lgsg aku kena bolayan.

Second case, aku beli tiket blk KK gak. Tak ingat time blk KK ke KL pukul berapa tp aku smp on time, flight dah terbang without any notification dr AA psl pertukaran masa. Derang kata dah email, aku bg derang tgk my email contain, pastu pusing kata dah sms. Aku tunjuk semua mesej dlm phone dan aku minta derang bukti penghantaran email dan sms tu.  Haruslah aku gogah gogah airport KK tu. Nasib tak ku bom saja. Last2 aku minta adik aku antar gi KKIA yg satu lg naik MAS blk KL. Bangsat punya AA. Sejak dr situ aku mmg pangkah AA.

Quote saladin780 24-2-2016 11:46 AM
Peterpan17 replied at 24-2-2016 11:39 AM
kekekekekek!!! apa susah! repeat je. Tak dpt repeat 2 minggu, seminggu pun jd. Dpt hilangkan kemar ...

TT lupa satu tips ni..jgn citer kat org ko nak gi melancong..

nanti adala tu yg nak kirim macam2..tp duit tak bagi..cam laknat sgt perangai
tu blum lg yg mengharap org bagi souvenir bagai
Quote Peterpan17 24-2-2016 11:51 AM
saladin780 replied at 24-2-2016 11:46 AM
TT lupa satu tips ni..jgn citer kat org ko nak gi melancong..

nanti adala tu yg nak kirim macam ...

hahahahahah!!! tepat sekali. Paling pantang sungguh aku org suka mengirim dgn air liur. Aku klu org yg kirim dgn air liur ni, bila aku blk tanya brg kiriman aku jawab senang saja. Kirim air liur aku blk pun bawa blk air liur.

Quote midori888 24-2-2016 11:59 AM
Peterpan17 replied at 24-2-2016 11:45 AM
Aku beli tkt blk KK. Pastu mak mentua kena msk spital utk operation quite seriouslah. So before th ...


oic....mmg patut lah ko boikot AAsia....

cuti CNY haritu aku naik AA, aku rasa aku booked food for both sector, yg pergi jer dpt...masa balik tak dpt pun....taktau camner nak check...


Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068903 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top