CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS sasar pelbagai aset ketenteraan Iran dalam 24 jam pertama 'Operation Epic Fury'

2-3-2026 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 665| Komen: 2

 

 

Istanbul: Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) memulakan serangan terhadap pusat kawalan Iran, tapak peluru berpandu balistik, kapal tentera laut dan sistem pertahanan udara dalam tempoh 24 jam pertama 'Operation Epic Fury', menurut Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

CENTCOM menyatakan bahawa operasi itu dilancarkan pada 1.15 pagi Sabtu atas arahan Presiden Donald Trump, dengan pasukan menyasarkan 'aparat (jentera) keselamatan rejim Iran, mengutamakan lokasi yang menimbulkan ancaman segera'.

Antara aset yang dikerahkan ialah pesawat pengebom B-2 stealth, jet pejuang F-22, F-35 dan F-16, jet serangan A-10, pesawat peperangan elektronik EA-18G, dron MQ-9 Reaper, kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear, kapal pemusnah peluru berpandu serta sistem pertahanan peluru berpandu Patriot dan THAAD, menurut markas itu.

Sasaran tersebut termasuk ibu pejabat pasukan gabungan dan aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), sistem pertahanan udara bersepadu, kapal dan kapal selam Iran, kedudukan peluru berpandu antikapal serta infrastruktur komunikasi ketenteraan, tambahnya.

Pasukan AS dan Israel sudah menyerang sekitar 2,000 sasaran di Iran sejak permulaan serangan bersama tersebut, lapor The Wall Street Journal dengan memetik dua individu yang diberi taklimat mengenai operasi itu.

AS dan Israel menghabiskan ribuan jam membina senarai sasaran bersama dalam bulan-bulan sebelumnya, kata seorang pegawai Israel kepada akhbar berkenaan.

Serangan tersebut telah mengorbankan beberapa pegawai tinggi Iran, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk.

Tiga anggota perkhidmatan AS terkorban dan lima lagi cedera parah.



Sumber: Harian Metro

 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 3-3-2026 10:43 AM

[twitter]https://twitter.com/blahhhhhh34/status/2028604326868832555?s=61[/twitter]
Quote kemaruk 3-3-2026 10:52 AM
tak heran la budak sekolah jadi sasaran si pedo trump

https://www.bbc.com/news/articles/c1l7rvqq51eo

At least 153 people including children have died after a reported strike hit a school in southern Iran, according to Iranian officials.

Iran has blamed the US and Israel. The US military's Central Command (Centcom) said it was looking into reports of the incident, while Israel's military said it was "not aware" of any IDF operations in the area.

The girls' school was located in Minab, near an Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) base which has previously been a target.

At least 201 people have been killed in air strikes in Iran and 747 hurt since Saturday, the Iranian Red Crescent said.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2026 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068590 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top