CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Demi Allah Saya Tak Pekik, Video Owner Tu Tak Berasas, Timbulkan Fitnah” -Betty Rahmad

3-3-2026 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1361| Komen: 15

 



Pelakon dan usahawan Betty Rahmad tampil memberi penjelasan susulan ada peniaga mendakwa dirinya memekik staf ketika berkunjung ke sebuah booth di Celebfast Singapura.

Menerusi sesi siaran langsung pagi tadi, Betty bersumpah dia tidak berbuat demikian sebaliknya ungkapan ‘I want this’ ditujukan kepada rakannya seorang introvert.

Menurut Betty, dia memberitahu kepada rakannya jika mahu meminta atau membeli sesuatu tidak boleh mengharapkan hanya duduk di situ dan menunggu staf datang. 

“Demi Allah, bulan Ramadan, saya tak pekik. Saya tidak jerit dekat sales girl itu. Saya bercakap dengan kawan saya cara nak minta dekat orang. Dia (kawan) tak boleh expect duduk situ dan orang datang dekat dia.

“Jadi, saya cakap dekat kawan saya ‘I want this’ macam itu cara untuk minta. Saya percaya korang ada yang kawan jenis introvert, tak tahu nak bercakap,” katanya.

Sementara itu, Betty berkata dakwaan peniaga itu tidak berasas kerana tidak menceritakan seluruh kejadian sekaligus boleh menimbulkan fitnah.

“Dalam video yang owner itu buat, sangat berbeza, tak berasas, menimbulkan fitnah, syak wasangka, scenario yang berbeza dengan cerita yang saya.

“Owner kata saya pergi ke kaunter dan cakap ‘I want this!’, sampai situ saja. Tak ada cerita selepas atau sebelum itu,” katanya.

Bagaimanapun, Betty memohon maaf sekiranya salah faham yang berlaku mengguris hati mana-mana pihak.

“Untuk sales girl tu saya minta maaf kalau mengguris hati awak, kalau ada apa-apa kita boleh DM dan selesaikan secara baik,” katanya.


Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 3-3-2026 10:41 AM
tapi ada bystander nampak, so apacer
Quote L.U.S.M 3-3-2026 10:42 AM
Laaahhhhh beriya suruh org masuk live dia siap ckp xde siaran ulangan just utk suruh bdk sales girl tu dm dia? Kahkahkah...nmpk sgt mmg propa Betty kuda ni
Quote ragazza 3-3-2026 11:16 AM
Hahaaa meaning yang ayat "kau siapa , retis ke" ditujukan kepada kawan dia lah [em:3:]
Quote KamikuP 3-3-2026 11:19 AM
hahahah.. Betty kuda... ekekek
Quote per706 3-3-2026 01:01 PM
X semestinya pekik baru nk nmpak kurang ajr

Jika kita Cakap ksar and biadab even low tone pon tetapla kurang ajr.berckp mcam org nk gaduh
Quote nisako 3-3-2026 01:06 PM
mmg x percaya ko tu mmg jenis berlagak
Quote mrsLucky 3-3-2026 01:11 PM
tak pernah suka.
Quote Nadiabella 4-3-2026 06:32 AM
Diam lah.....makin byk kau cakap makin nampak kau yg salah.
Quote pet_ayut 4-3-2026 07:52 AM
die niii...haaa..teringat dulu awal2 ig tu aktif kat malaysia..
ade org komen die cantik ke? terus die ss komen tu..post..ajak tololwers die kecam berjemaah/..shiball punye perangai
Quote brunesss 4-3-2026 10:03 AM
dia yang biadap, dia jual kawan dia pula. wowwww ini ke kelakuan geng usrahhhhhh
Quote chandrahusin 4-3-2026 10:19 AM
aku pnh nmpak UA kat 1 restoran
mmg vibe belagak
siap pakai spek hitam masuk restoran
tapi aku tak nmpak 1 umat pun approach
tegur ke nak bergambar ke apa
Quote apedehal 4-3-2026 10:51 AM
Xpernah jumpa ...nasib baik, tp tgk muka pun dah tau muka blagak..org kenal pun sbb adik umi aida je kut da lah suka menunggang, suka menjawab, suka playvictim
Quote LadyWhistledown 4-3-2026 11:49 AM
next time belajar guna ayat Hi, excuse me miss/adik. bukan terus2 i want this. kalau dah bersopan santun pun tak dilayan, blah je.. tp kes ni orang ramai kan? salesgirl tu pun tak terlayan ramai2. ikut giliran..
Quote asfaz 4-3-2026 12:00 PM
pet_ayut replied at 4-3-2026 07:52 AM
die niii...haaa..teringat dulu awal2 ig tu aktif kat malaysia..
ade org komen die cantik ke? terus d ...

Dia tak boleh terima dia tak cantik
Quote kalchi 4-3-2026 12:19 PM
Tapi korg tgk mak semah pun cara cakap mcmtu kan. Pada diorang tak kasar tp org lain rasa mcm takda adab. Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2026 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.055979 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top