|
PENDAKWAH bebas, PU Syed tampil memberi reaksi susulan pengumuman pelantikan Muhd Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Haris sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR).
PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, dia menyambut baik keputusan PU Riz yang memilih untuk bersama PKR dan menyifatkan perkara itu sebagai hak individu dalam sebuah negara demokrasi. “PU Riz masuk PKR, PU Syed masih ahli PAS. “Inikan negara demokrasi. Masing-masing ada hak untuk masuk mana-mana parti di Malaysia. “Ambe doakan adinda PU Riz dapat menyampaikan dakwah yang terbaik dalam PKR. Jangan lupakan ambe deh,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial. Kenyataan tersebut dilihat sebagai respons terbuka terhadap pelantikan PU Riz yang diumumkan pada Ahad sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai penglibatan golongan pendakwah dalam arena politik. Terdahulu, PU Riz diumumkan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu. Sumber – mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-3-2026 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.112633 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.