|
USAHAWAN Nur Nilam Ortiz memberi bayangan seakan-akan rumah tangganya dengan suami yang juga pelakon Azlan Komeng sudah berakhir.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Nilam memaklumkan mereka sepakat membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama. "Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain. "Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu," katanya dalam satu hantaran di Tiktok miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Nilam turut menyifatkan Azlan sebagai seorang ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawab sepanjang tempoh perkahwinan mereka. "Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. "Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza," ujarnya. Tambah Nilam, meskipun tidak lagi bersama, mereka tetap komited untuk membesarkan anak sulung yang kini berusia sebulan. "Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa. "Ini bukan kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik," ujarnya.
Untuk rekod, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Sumber – mStar |
Tambah Nilam, meskipun tidak lagi bersama, mereka tetap komited untuk membesarkan anak sulung yang kini berusia sebulan.

divalaura replied at 3-3-2026 03:27 PM
tak habis2 berpisah. laki bini paling kacip 2026. tak padan muka laki macam penyendal pintu kandang ...

NuansaBiru replied at 3-3-2026 02:47 PM
Mcm berlomba2 dgn 1 lagi pasangan busuk itu duk lapar perhatian netizen....tolong lah netizennnnn... ...
NuansaBiru replied at 3-3-2026 02:47 PM
Mcm berlomba2 dgn 1 lagi pasangan busuk itu duk lapar perhatian netizen....tolong lah netizennnnn... ...


makadek replied at 3-3-2026 03:20 PM
bukan dh lama beranak ke pesal baru sebulan ..ada je akal dia nk up kan diri
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-3-2026 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.038401 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.