CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Que Haidar Hanya Berkawan Dengan Fazura, Akui Segan Tiap Kali Jumpa

8-3-2026 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1469| Komen: 8

 


Pelakon Que Haidar berkata hubungannya dengan selebriti popular, Nur Fazura sekadar rakan lama yang sudah lama tidak bertemu.

Memetik Utusan, Que berkata dia mengakui rasa segan setiap kali bertemu Fazura kerana dia sudah lama menjauhkan diri daripada industri hiburan.

“Memang kami bersahabat. Fazura ialah sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa dan kami memasuki industri ini dalam tempoh yang lebih kurang sama.

“Bila jumpa semula, mestilah ada rasa malu-malu. Maklumlah saya sudah lama meninggalkan industri. Kadang-kadang saya terfikir juga, ‘wow, besarnya nama awak sekarang’, sedangkan saya rasa nama saya kecil sahaja,” katanya.

Sementara itu, Que berkata dia memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif apabila ada peminat yang seakan memberi restu sekiranya hubungan mereka.

Tambahnya lagi, selagi gurauan itu mampu menceriakan orang ramai, dia tidak kisah untuk melayan telatah peminat.


“Kalau orang gembira, Alhamdulillah. Kalau perkara ‘kenen-kenen’ ini buat orang gembira atau boleh hilangkan keresahan mereka, saya okey sahaja.

“Kita tidak perlu fikir terlalu berat. Kalau saya beratkan, ia jadi berat. Kalau saya ringankan, ia jadi ringan. Jadi saya layan sahaja,” katanya.

Sumber – Utusan Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 8-3-2026 10:58 PM
Kalau dah suka sama suka, masuk je meminang. Nak hidup bahagia dan tenang jgn layan mulut2 org. Kalau bersahabat pon xde masalah.
Quote penmerah 8-3-2026 11:11 PM
Okey Q,
Awak concentrate berlakon je lah


#fazzydisep better tak kesah walau marhaen kerja gomen skalipun#
Quote menjad 9-3-2026 10:15 AM
tak jadi rejek ker Q...malu-malu pulak macam ko umo 20 an pulak. apa pun alhamdulillah. moga terus ke pelaminan. kerabat tuhhh
Quote hihanghoheng 10-3-2026 11:48 AM
I doakan kaka faz dan bang que berjodoh
Quote dani-rox 10-3-2026 06:38 PM
tak cayalaahh. mesti ada hubungan spesel kan... takkanlah gojes teramat mcm tu kena friend zoned
Quote DeLuna85 10-3-2026 07:04 PM
Que haidar ni pun bukannya sendu. Sentiasa je ada.
Quote Nuyak 11-3-2026 10:36 AM
biar la faz cari yg kaya raya 7 keturunan tak habis makan..risau kalau dengan Que tak mampu nak cover lifestyle  & maintenance dia..bukan senang perempuan kaya nak redha suami tak berapa kaya..
Quote Kancilkering 11-3-2026 11:12 AM
bamjay tu ok ke semalam accident

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061292 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top