|
Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida tampil membalas kenyataan pengarah dan pelakon Ahmad Idham yang mendakwa premis perniagaannya menjadi punca kesesakan lalu lintas. Menerusi hantaran di Threads, Shahida berkata dia dan suaminya sudah lama menjalankan perniagaan di kawasan tersebut. “Abang yang saya hormati, janganlah cakap wisma saya ini kawasan tidak bertamadun. Saya dekat wisma ini sejak tahun 2015 dan ini adalah bangunan yang saya beli sendiri. Saya adalah orang pertama yang pindah di sini,” katanya. Menurut Shahida lagi, kawasan tersebut merupakan pusat perniagaan dan kurang sesuai untuk membuat sekolah.
Sebelum ini, Ahmad Idham ada memuat naik hantaran meluahkan rasa kesal kawasan sekitar wisma milik Shahida dan Aliff menjadi tumpuan orang ramai sehingga mengganggu lalu lintas. Tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun salah satu premis di kawasan tersebut dipercayai milik Shahida. Dalam satu komen balas, Idham berpendapat kawasan berkenaan tidak sesuai dijadikan lokasi jualan yang menarik ramai pelanggan. Sumber – Rotikaya |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-4-2026 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.038479 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.