|
Ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat telah mendorong kenaikan harga minyak dunia, namun Malaysia mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada paras RM1.99 seliter bagi melindungi rakyat daripada kesan langsung kenaikan tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat walaupun harga pasaran global meningkat ketara akibat konflik geopolitik yang menjejaskan pasaran tenaga dunia. Beliau yang juga Menteri Kewangan mengakui langkah mengekalkan harga petrol tersebut bukan keputusan mudah memandangkan harga sebenar minyak jauh lebih tinggi berbanding harga yang ditetapkan kerajaan. “Ini satu keputusan yang sukar tapi (RON95) akan dikekalkan pada paras RM1.99 sen seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi dari harga sebenar, apalagi kalau dibanding dengan harga di negara-negara jiran, tiga kali ganda (banding harganya),” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Dalam masa sama, Anwar memberi jaminan bahawa bekalan produk petroleum negara berada pada tahap terkawal walaupun ketegangan di Asia Barat terus berlarutan. “Pertama, keterjaminan bekalan minyak di Malaysia terkawal. Itu dalam keadaan sangat membanggakan, Alhamdulillah. Bila kita semak dengan PETRONAS, kita dapati bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.” “Ini tentunya berbeza daripada keadaan di kebanyakan negara lain. Sebab itu, saya selalu tekankan mengenai isu tatakelola pengurusan yang cekap, beramanah dan profesional,” katanya. Menurut beliau, kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan kebajikan rakyat serta kestabilan ekonomi negara terus terpelihara. Anwar berkata beliau juga telah meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan bekalan minyak di pasaran kekal stabil serta mengawal aktiviti penyeludupan. Selain itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menilai kesan ekonomi semasa secara harian dan melaporkan perkembangan kepada kepimpinan kerajaan. Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada langkah melindungi rakyat daripada impak kenaikan harga global sambil memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara kekal stabil. Sumber : Rotikaya
|
pengecatbintang replied at 12-3-2026 12:16 PM
kalo resuah n sakau masih berleluasa mcm dulu
gov takkan mampu bagi n menten sabsidi yg besar
pengecatbintang replied at 12-3-2026 04:16 AM
kalo resuah n sakau masih berleluasa mcm dulu
gov takkan mampu bagi n menten sabsidi yg besar


silance replied at 12-3-2026 12:32 PM
Taun lepas, bila PM umum budget untuk baikpulih bangunan lama, ada pensokong pembangang kata budge ...

Kitty_catz replied at 12-3-2026 12:48 PM
salam ramadhan abam.. next GE mohon bertanding yerr
pengecatbintang replied at 12-3-2026 12:16 PM
kalo resuah n sakau masih berleluasa mcm dulu
gov takkan mampu bagi n menten sabsidi yg besar


Skuau replied at 12-3-2026 02:58 PM
APA RISAU....Putrajaya tadaq minyak..kita SAKAU kat negeri2 lain tuan2puan2.
Skuau replied at 12-3-2026 02:58 PM
APA RISAU....Putrajaya tadaq minyak..kita SAKAU kat negeri2 lain tuan2puan2.

Firenzza replied at 12-3-2026 01:27 PM
Bkn ke dulu dia jg ckp Rega minyak mahal kita jg yg untung? Dah tu duit untung jual myk mahal ko x r ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-5-2026 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054495 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.