CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Allah tutup satu, Dia buka satu lagi mata, alhamdulillah’ - Aaron Aziz

12-3-2026 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 982| Komen: 8

 

Berdepan kecederaan mata kiri, pelakon Datuk Aaron Aziz menyifatkan insiden yang berlaku ketika bermain pickleball sebagai peringatan daripada Allah SWT kepadanya.

Aaron atau pemilik nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, 50, berkata, tahap penglihatan mata kirinya kini menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di hospital.

“Alhamdulillah saya dah  keluar hospital. Doktor kata, mata saya dah 80 peratus pulih. Dari pengalaman ini, saya rasa Allah cuba mengingatkan saya tentang sesuatu.

“Allah ajar bahawa perkara lebih teruk boleh berlaku pada penglihatan saya, boleh jadi buta, boleh tak nampak.

“Kalau hilang satu mata, saya tak boleh ‘shooting’, cari rezeki atau teruskan kerja seperti biasa,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Pelakon filem Banduan itu berkata, kemalangan ketika beriadah itu turut membuatkannya lebih menghargai kurniaan Tuhan.

 


“Kiranya seperti Allah tutup satu mata, tapi Dia buka satu lagi mata untuk saya memperingatkan diri sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, Aaron turut menitipkan pesanan kepada netizen untuk mengejar malam Lailatul Qadar selain tidak melakukan perkara tidak berfaedah.

“Tabarakallah. Alhamdulillah. Yang baik semuanya dari Allah Azza Wajalla dan yang buruk dari diri sendiri.

“Selamat mengejar malam Lailatul Qadar semua. Terima kasih pada semua yang doakan saya,” katanya lagi.

Pada 8 Mac lalu, bapa kepada tiga cahaya mata itu mendedahkan terpaksa melupakan hasrat untuk bertemu peminat di Jalan TAR kerana ditahan di hospital.

Aaron menyatakan mata kirinya yang terkena pantulan bola pickleball cedera serta perlu dimasukkan ubat titis setiap 30 minit. 

Sumber - Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-3-2026 07:10 PM
Byk dah kes bola pickleball ni kena mata..
Quote prince_marhaen 13-3-2026 08:19 AM
..Kalau hilang satu mata, saya tak boleh ‘shooting’, cari rezeki atau teruskan kerja seperti biasa...


bang...orang buta dua-dua belah mata elok je kerja bang. Ada yang sebatang kara, takde family... kau serba serbi lengkap dah.. banyak hal la dia ni.
Quote hihanghoheng 13-3-2026 11:59 AM
prince_marhaen replied at 13-3-2026 08:19 AM
bang...orang buta dua-dua belah mata elok je kerja bang. Ada yang sebatang kara, takde family... k ...

Agak byk drama dia akhir2 ni
Quote prince_marhaen 13-3-2026 12:00 PM
hihanghoheng replied at 12-3-2026 05:59 PM
Agak byk drama dia akhir2 ni

Nak kekal relevan.... movie pun berapa tahun sekali keluar, watak sama je.. pastu acah2 samseng singapore.. jual vape.. tu je lah.
Nak tak nak kena la buat drama... hihihi
Quote hyie 13-3-2026 12:04 PM
iols perasan muka heols flawless sejak dari muda lagi yach
Quote hyie 13-3-2026 12:04 PM
zaman emil emilda
Quote hihanghoheng 13-3-2026 12:07 PM
prince_marhaen replied at 13-3-2026 12:00 PM
Nak kekal relevan.... movie pun berapa tahun sekali keluar, watak sama je.. pastu acah2 samseng si ...

Begitulah putaran dunia retis...
Dulu digilai skrg mengilai
Quote LadyCarefree 13-3-2026 04:11 PM
Harong bila nak bla balik ngapor?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045878 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top