CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muflis & Hidap Beberapa Penyakit, Suami Miera Liyana Rayu Ikat Jamin Dikurangkan

13-3-2026 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2610| Komen: 12

 


Suami kepada pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman merayu agar mahkamah  menetapkan jumlah ikat jamin lebih rendah selepas didakwa atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), lima tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, peguam mewakili Rosland berkata anak guamnya telah diisytiharkan muflis pada tahun 2023 serta menghidap beberapa penyakit termasuk kencing manis, glaukoma dan masalah saraf.

“Dengan keadaan kesihatan serta tanggungan  keluarga yang besar, saya memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan anak guam diikat jamin pada jumlah yang lebih rendah dan munasabah,” katanya.

Dalam sebutan hari ini, Rosland mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tujuh anak itu yang ketika itu merupakan pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad didakwa menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berkaitan hal ehwal syarikat tersebut.

Pernyataan palsu itu didakwa terkandung dalam dokumen Interim Financial Report on Consolidated Results for the Quarter Ended 30 September 2021.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 Mei ini.


Sumber: Sinar Harian, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-3-2026 04:07 PM
Bekas bini yg cantik tu tersenyum sinis... mauhahahahaha
Quote Buritan 13-3-2026 04:39 PM
Cptnya dpt cash.. Aku sian Rachel je
Quote LadyWhistledown 13-3-2026 05:06 PM
tak kesian..
Quote AkokKocik 13-3-2026 07:15 PM
Ongkaya, sblum diisytiharkn muflis, diorg akn pindahkn segala reta benda ke merata tempat...muflis ongkaya bukan mcm muflis org marhein....xyah kesian....drama sangat....diorg ketawa sinis jer dgr perkataan kifarah....
Quote epuepy 13-3-2026 11:09 PM
Pergh, ikat jamin je 500k.masyukk..
Quote pocongkiutss 13-3-2026 11:54 PM
AkokKocik replied at 13-3-2026 07:15 PM
Ongkaya, sblum diisytiharkn muflis, diorg akn pindahkn segala reta benda ke merata tempat...muflis o ...

Kalau csmni....takkan mahkamah takleh trace kan... obvious kut
Quote AkokKocik 14-3-2026 10:20 PM
pocongkiutss replied at 13-3-2026 11:54 PM
Kalau csmni....takkan mahkamah takleh trace kan... obvious kut

Tgk vivy yusoff, mana hilangnya duit juta2 yg dia dpt dr khazanah tu...ada pihak mahkamah jumpa x???tp hidup ttp nampak mewah.

Quote pocongkiutss 14-3-2026 10:49 PM
AkokKocik replied at 14-3-2026 10:20 PM
Tgk vivy yusoff, mana hilangnya duit juta2 yg dia dpt dr khazanah tu...ada pihak mahkamah jumpa x? ...

Tulah..unfair gila..padahal boleh je kalau nk trace kan
Quote sunshinelady 15-3-2026 06:14 AM
AkokKocik replied at 14-3-2026 10:20 PM
Tgk vivy yusoff, mana hilangnya duit juta2 yg dia dpt dr khazanah tu...ada pihak mahkamah jumpa x? ...

kan? siap gumbira lagi dapat pelepasan nak gi tunai haji lagi. duit sapa la tu guna gi haji.

Quote azimodin 15-3-2026 01:38 PM
AkokKocik replied at 14-3-2026 10:20 PM
Tgk vivy yusoff, mana hilangnya duit juta2 yg dia dpt dr khazanah tu...ada pihak mahkamah jumpa x? ...

Nak buat macam mana kan... Money rules giteww. Cuma padan muka si mak itik tak dapat nak flaunt wealth non stop dekat penjilat menara itik
Quote Incanto 15-3-2026 01:54 PM
pocongkiutss replied at 13-3-2026 11:54 PM
Kalau csmni....takkan mahkamah takleh trace kan... obvious kut

polis boleh trace ...tapi tak boleh ambil sbb bukan under nama  pesalah

Quote heythere123 15-3-2026 03:35 PM
taktik murahan haktuihhhhhhhh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.051167 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top