CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain sepakat tidak jaja hal peribadi di media sosial

7-4-2026 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1087| Komen: 19

 



Urusan rumah tangga bukanlah untuk tatapan umum. Biarpun mengakui dirinya milik masyarakat, pelakon serta penyanyi Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain sepakat untuk tidak berkongsi sebarang perkara negatif membabitkan urusan rumah tangga mereka di media sosial.

Mengambil langkah berhati-hati dan berjaga-jaga, Erra atau Fazira Wan Chek, 52, berkata dia lebih selesa mengekalkan privasi terutamanya jika berlaku sebarang salah faham atau perselisihan kecil demi menjaga keharmonian perkahwinan mereka.

"Sebenarnya sebelum berumah tangga lagi kami sudah bincang pasal ini. Sebab saya seorang yang tak suka kongsi berlebihan dengan orang terutama benda negatif.

"Benda-benda seperti salah faham, nak merajuk, nak sentap ke untuk dikongsi, dan perkara itu seorang pun tak perlu nak tahu dan biarlah disimpan. 

"Tetapi kalau ia sesuatu yang memberi inspirasi, yang melihat itu boleh rasa bahagia dan sebagainya, mengapa tidak? Kita bagi... kita motivasikan orang lain. 

"Itu okay. Jadi itu adalah deal kita di awal-awal lagi. Jadi saya harap... saya rasa suami pun macam itu jugalah," katanya yang semakin berseri sejak kembali bergelar isteri.

ANGGAP dia dan Ezwan masih dalam proses mengenali diri satu sama lain. FOTO Rohanis Shukri



Menurutnya, jika ada perasaan yang disebutkan tadi, sebolehnya mungkin biarlah hanya mereka berdua yang mengetahuinya.

"Sebenarnya saya pun tak suka kalau macam kita beramai-ramai tiba-tiba nak bergaduh hingga semua orang tahu. Itu tak payah melalui sosial media,

"Sendiri dekat-dekat pun kalau boleh kita tak nak orang lain tahu kita bergaduh kan. Jadi saya tahu di situ ada kesepakatan antara kami.

"Saya haraplah. Tapi kita kan manusia biasa. Walaupun kadang-kadang kita like atau even kita share, itu pun menjadi tanda tanya pada orang lain," katanya.

Baginya, dia sentiasa belajar perkara antaranya tidak berkongsi benda yang tidak seronok dengan masyarakat.

"Sebab ada banyak toksik-toksik kat luar. Banyak cerita tak best. Cukup dengan berlakon, kita keluarkan yang 'best 'saja. Yang tak best, yang sakit, tanggung sendirilah.

"Saya pun akui tak terlampau kongsi sangat momen dengan suami di Instagram. Saya kekalkan cara saya. Kongsi mana-mana yang patut sahaja.

"Tapi saya tahu Encik Suami (panggilan mesra buat Ezwan) yang lebih daripada saya. Jadi cukuplah dia seorang. Kalau dua-dua pun macam nak tunjuk, tak best jadinya," katanya.

Erra mengakui Ezwan seorang yang rajin mengambil gambar serta menghasilkan video serta pelbagai lagi perkara menarik membabitkan mereka.

"Encik Suami menghargai semua momen, biar dia buat. Saya tak, saya sebelum kahwin saya 'maintain' sajalah," katanya yang teruja apabila menyentuh mengenai kegemaran suaminya.

Hampir lima bulan menempuh fasa sebagai isteri menerusi perkahwinan pada 12 Disember lalu, Erra mengakui keseronokannya bergelar isteri.

"Saya rasa semua orang yang mengalami, yang baru-baru berumah tangga akan melalui momen yang manis-manis kan. Saya pun tak terkecuali.

"Sebenarnya kami berdua masih dalam proses nak mengenali, masih lagi nak faham. Ada benda yang boleh dan tak boleh. Dia pun baru nak faham saya, baru nak nampak warna sebenar saya.

"Saya pun baru nak nampak warna sebenar dia. Tapi disebabkan masing-masing ada pengalaman, kadang-kadang kita 'sit down' juga kita cakap jangan buat macam itu sebab benda ini saya pernah mengalaminya.

"Saya takut benda ini nanti akan merosakkan dalam jangkamasa panjang. Jadi kita terbuka dalam perkara ini," katanya.

Sesuatu yang istimewa, pasangan ini mencipta kenangan luar biasa apabila memilih cara unik menyambut Aidilfitri tahun ini dengan meraikan Syawal di dasar laut perairan Pulau Tenggol di Terengganu.

Erra memakaikan sampin kepada suaminya sebelum menyelam. Pasangan itu bersalam dan bermaafan di dasar laut.

"Itu masa Raya ketiga. Ia sebenarnya idea Encik Suami dan team. Mereka beria nak. Saya pula jenis yang simple-simple sudah kan.

"Tapi mereka yang sanggup nak bersongkok bagai, silakanlah. Dan saya okay saja, saya on saja. Mereka rancang semuanya, jadi kami bermaaf-maafan di dalam laut," katanya.


Sumber : Harian Metro




 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 7-4-2026 12:40 PM
matang dan classy..
Quote pocongkiutss 7-4-2026 12:57 PM
Eww..tak tanya pon

Eloklah dedua player kan..sekufu
Quote KBW2 7-4-2026 01:07 PM
Gigihnya bersalaman raya di dasar laut, pehtu? Juadah raya ketupat rumpai dan rendang sotong kurita?
Quote likilu 7-4-2026 02:19 PM
pocongkiutss replied at 7-4-2026 12:57 PM
Eww..tak tanya pon

Eloklah dedua player kan..sekufu

Betul, couple lain lain pun dah lama gitu, show off kebahagiaan extra kemanisan on social media, mula mula laki bini, now tayang anak anak pulak, japgi mesti nak jemput ex ex masing masing pulak. Gasakla tetap korang nak kejar popularity kan

Kata la nak bg inspirasi ke buat orang tumpang happy ke apa apa lah

Tup tup berpisah juaaa

Tak nak dengar cakap suami neelofa semua ni, ain tau tak ain
Quote prince_marhaen 7-4-2026 02:29 PM
kak ratu kena nasihat laki kak ratu tu mulut jangan macam kak nam sangat, dah lah berimejkan pengkid, mulut pun boleh tahan asyik menceceh je sampai buat podcast... jangan nanti kak ratu senyap2 dia pulak rajin bercerita, ye lah macam acik2 jual kuih kan..nama pun tokey kueh... hihihihi
Quote ninja boy 7-4-2026 02:38 PM
Macam2
Quote HoneyManjer 7-4-2026 02:38 PM
Okay ikut korang la nak jalani kehidupan macam mana pun...
nak kena uar uarkan ke socmed ke
Quote KBW2 7-4-2026 02:47 PM
prince_marhaen replied at 7-4-2026 02:29 PM
kak ratu kena nasihat laki kak ratu tu mulut jangan macam kak nam sangat, dah lah berimejkan pengkid ...

toklaki dia banyak cakap pulak yer, aku kadang konpius mana satu yang retisnya.
Quote prince_marhaen 7-4-2026 04:01 PM
KBW2 replied at 6-4-2026 08:47 PM
toklaki dia banyak cakap pulak yer, aku kadang konpius mana satu yang retisnya.

Ye, lepas Kak Ratu reveal kekasih hati, terus open for interview ye...mulut pulak pokpek... mungkin itulah yang kak ratu inginkan, previous ex semua jenis berat mulut... maybe she enjoy kot nak happy2.. wajah pengkid pun pengkid lahh hahahaha
Quote PinkyPie 7-4-2026 04:15 PM
Kak Ratu so far belum merentan. Tapi in future kita taktau lagi kan. Anddd habang tu nampak potensi muaehehehe
Quote pembacagosip 7-4-2026 05:30 PM
PODCAST KASI ONZZZZ tu apa eh
x menjaja keeeeeeeeee
Quote DARSITA 7-4-2026 05:36 PM

dulu aii suka ikut podcast dia tapi sekarang dah naik meluat. Sebab suami dia mcm attention seeker sangat.

Satu lagi show off sangat as lovely-dovey .. sayang ke hulu sayang ke hilir. Masa dlm kedai terjerit memangil sayanggg sayanggg ... ishh meluat!
Quote gideoncross 7-4-2026 06:59 PM
KBW2 replied at 7-4-2026 01:07 PM
Gigihnya bersalaman raya di dasar laut, pehtu? Juadah raya ketupat rumpai dan rendang sotong kurita?

Yg ni lawak hahahahah
Quote Shayang 7-4-2026 09:55 PM
Aku mcm risau plak baca dia sebut mcm byk menda dia ikut jela keberiaan suami dia tu huhuhu
Nampaknya banyak menda mereka tak sekufu tapi sedang cuba untuk sesuaikan diri memasing
Quote pujanggacinta 7-4-2026 11:15 PM
gedik mengelitis sejak kawin baru
terkinja kinja x padan dgn umor
tp still malas masak...
Quote BoongaKertas 8-4-2026 08:56 AM
iols ingt kat forum semua ok with kakaratu. tak sangka plak sheols dinyampahkan jua. hmmm...iols doakan kakaratu and shuben bahagia sentiasa lah.
Quote KBW2 8-4-2026 01:18 PM
prince_marhaen replied at 7-4-2026 04:01 PM
Ye, lepas Kak Ratu reveal kekasih hati, terus open for interview ye...mulut pulak pokpek... mungki ...

Yang kelakonya dia suka usik yang bini dia lagi tuwe drpada dia. Masalahnya betullah dari segi usia mmg Erra lg tuwe, tapi kalo kita nengokkan dia yang nampak lagi tuwe. Tak usahler dibangkit-bangkitkan kalo dah rope gituh.
Quote supernaturalee 8-4-2026 04:16 PM
again....relax2 sudah

kali ke-3 dah kot



Quote noor2 8-4-2026 05:34 PM
Dia ni mmg cantik

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.039971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top